Teknologi Pensuisan-Switching Technologies

By | January 11, 2011

Pensuisan berlaku di dalam lapisan kedua iaitu Lapisan Sambung Data (Data Link Layer). Ia juga boleh dikenali sebagai Jejambat Berbilang (Multiport Bridge). Jejambat merupakan software based tetapi suis merupakan hardware based, ini menunjukkan suis mengunakan alamat perkakasan (MAC address) untuk mengawal hos NIC (Network Interface Card) di dalam sisten rangkaian.

Suis menggunakan litar bersepadu khusus penggunaan atau lebih dikenali sebagai Application-Specific Intergrated Circuits (ASICs) untuk membina dan menjaga jadual penapisan (filter table).

Suis lebih laju daripada router kerana ia hanya melihat setakat lapisan dua sahaja tidak seperti router yang melihat sehingga lapisan ketiga. Suis hanya perlu membaca alamat perkakasan frame untuk menentukan samada frame tersebut perlu dibawa kehadapan atau dilupuskan.

Rajah 1: Kedudukan Suis di dalam Model OSI

Merujuk kepada gambaran rajah 1, data yang dihantar oleh penghantar akan berubah bentuk dari segmen, packet, frame dan bit. Seterusnya dari pangkalan (port) suis penghantar data tersebut diubah menjadi dari bit kepada Frame dan pangkalan suis penerima akan menukar bentuk data yang diterima dari frame kepada bit, dan apabila tiba kepada komputer penerima, data tersebut akan ditukar dari bit, frame, packet dan seterusnya segmen. Sekiranya kita menggunakan penghala (router), pangkalan penghala akan pergi lebih tinggi sehingga ke lapisan rangkaian. Ini membuktikan suis lebih pantas daripada penghala.

Perbandingan Antara Jejambat (Bridge) dan Suis LAN

  1. Jejambat adalah software based manakala suis adalah hardware based kerana menggunakan cip ASICs untuk melakukan penapisan.
  2. Jejambat hanya boleh mempunyai satu spanning tree untuk setiap jejambat, tetapi suis boleh mempunyai banyak spanning tree.
  3. Jejambat hanya menyokong sehingga 16 pangkalan, manakala suis boleh sehingga beratus-ratus pangkalan.

Tiga Fungsi Suis

  1. Address Learning – suis dan jejambat akan mengingati setiap frame yang diterima pada antara muka (interface) dan menyimpannya di dalam pengkalan data MAC. Ini merujuk kepada setiap pangkalan (port) yang ada pada jejambat dan suis.
  2. Forward/filter decisions – bila frame diterima pada antara muka, suis akan melihat destinasi alamat perkakasan (hardware address) dan melihatnya di dalam pengkalan data MAC yang ada, seterusnya menghantar frame tersebut ke destinasinya.
  3. Loop avoidance – sekiranya terdapat lebih dari satu sambungan antara suis, sama ada untuk talian pendua (redundancy) atau pemasangan secara tidak sengaja. Maka akan berlaku network loop.

16 thoughts on “Teknologi Pensuisan-Switching Technologies

  1. zik

    loop2 nie yang tak berapa gemar nie.. mana nak cari , area mana yang selalu redundant nie..

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu bisa memeningkan kepala… kalau aku kena cari satu2 la jawabnya… try n error… insya-Allah aku akan postkan permasaalahan dan cara baikinya akan datang… harap2 ada la masanya tu nanti

      Reply
  2. suri

    Salam petang..
    hurm sukarnya nak memahami..cam rumit.. agaknya kena baca dua tiga kali baru faham sikit2 🙂

    kalu tak ada suis penyambungan cam ni mmg tak blh nak networklah kan huu

    Reply
  3. Ali ridha

    arus elektrik komputer terlalu kuat.
    pernah terbakar suis dirumah.

    sekali pada komputer riba.kali kedua
    masa adik main PS2.

    Reply
    1. hazlan Post author

      kekadang over limit pun ada bro tengok pada plcb berapa besar saiz agihan fius untuk pengagihan elektrik… soket dan suiz nilainya selalunya berbeza… atau mungkin perlu di tukar… jarang berlaku tu bro.. melainkan kita letak sama2 dengan penarik arus elektrik yang kuat macam ketuhar atau vakum rumah, tu memang akan blow pc ataupun alatan elektrik lain… sekadar bagi idea je bro jgn marah aaa… huhuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      biasanya derang ada port dia sendiri… topologi bintang, topologi cecincin dan topologi bas biasa digunakan… lebih2 lagi untuk Voice Ip Network (VoIP) / SIP contohnya dengan pengunaan Cisco IP phone system dan Cisco voice over IP phone. Kalau salah tolong betulkan..

      Reply
    1. hazlan Post author

      namun aku pun masih ada yang kena belajar…. tak terkejar nak ikut satu2 networking teknologi ni…

      Reply
    1. hazlan Post author

      pelan2 kayuh.. aku biasanya kalau nak paham kena bukak swicth dan perhati satu2… kalau tak penin jugak…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *