drupal 7 telah dilepaskan

By | January 8, 2011

Untuk mengenali apakah itu drupal boleh membaca sendiri di hairilhazlan.com/pengenalan-drupal iaitu pengenalan dan sejarah drupal yang telah aku maklumkan satu masa dahulu. Beberapa hari lepas drupal telah pun melepaskan dengan bebas versi terbarunya di kenali sebagai Drupal 7.

Kandungan yang fleksibel

Menguruskan kandungan dengan antara muka web yang mudah digunakan. Drupal membolehkan kita dengan mudah membina dan mengurus bentuk secara peribadi iaitu membolehkan pengguna untuk membuat dan menguruskan kandungan tanpa perlu mengetahui HTML atau CSS.

Penentuan ruangan sesuai yang boleh digunakan di dalam jenis kandungan, pengguna, komen, syarat dan entiti lain. penyimpanan ruangan data di SQL, NoSQL, juga boleh menggunakan remote simpanan.

Tema/template yang menarik

Tema Drupal memberikan pilihan untuk kita memilih dengan menggunakan kawasan lalai atau kosong atau dengan penyesuaian sendiri. Dalam kawasan ini, kita boleh meletakkan blok untuk kandungan yang relevan bagi sesebuah halaman, termasuk menu atau blok khusus untuk widget. tema Drupal juga direka dengan prinsip-prinsip aksesibilitas dalam fikiran: navigasi yang mudah, tajuk yang jelas, struktur laman logik, dan banyak lagi.

Mengawal apa yang akan dipaparkan pada skrin dengan kelebihan API Render baru yang berhubung kait untuk pengubahan yang radikal. Modul RDF juga menyediakan markup semantik web.

Capaian

Untuk mentadbir paparan dengan versi drupal 7 ini jauh lebih mudah diakses untuk melakukan kerja2 pentadbiran. Banyak front-end telah di perbaiki membuatkan ianya lebih mudah bagi membina gerbang laman sesawang.

Gambar dan fail

Menambahkan dan memasukkan gambar ke kandungan sekarang bersifat terbina di dalam atau tersedia ada, ianya versi yang berbeza dari versi drupal sebelumnya. Penghasilan pembinaan thumbnail, preview dan gaya gambar dengan sifat yang berbeza-beza. Pengendalian fail peribadi kini juga boleh digunakan bersama-sama fail awam/umum.

Kod ujian automatik

Lebih daripada 30,000 Kerangka ujian baru secara automatik dengan terbina sedia ada membolehkan kita membuat ujian integrasi berterusan seluruh bahagian teras Drupal dan sumbangan modul.

Peningkatan sokongan database

Lapisan database menyediakan out-of support-the-box untuk SQLite, MySQL / MariaDB, dan PostgreSQL. Pemasangan sumbangan modul dengan menggunakan MS SQL Server, Oracle, dan banyak lagi.

Sokongan yang mantap

Gunakan profail untuk mengedar produk Drupal yang sesuai. Sebuah API baru dan konfigurasi eksport akan diberikan untuk menangkap secara terus (auto) tatacara yang berbagai ke dalam koding.

Meluas

Beribu-ribu orang pintar dan produktif bekerja sama untuk terus meningkatkan Drupal, modul, tema dan pengedaran. Berkat usaha komuniti yang luas ini, lebih dari 800 modul yang tersedia atau masih dalam pembangunan aktif dalam meningkatkan Drupal 7, termasuklah pembinaan Views, Pathauto, dan WYSIWYG, ianya akan terus berjalan setiap hari demi hari.

Untuk install Drupal 7, pekakasan teknikal yang diperlukan adalah:

  • Web Server: Apache (di sarankan), Nginx, Lighttpd, atau Microsoft IIS
  • Database: MySQL 5.0.15 dan ke atas, PostgreSQL 8.3 dan keatas, or SQLite 3.x
  • PHP: 5.2.4 dan ke atas.
  • Memory: 32MB (Sebuah proses laman web dengan sejumlah modul yang umum mungkin memerlukan 64 MB memori atau lebih.)

Walaupun aku sudah mendownload namun aku belum lagi mencuba versi drupal 7 yang baru ini. Masih lagi meneliti dan mencari info2 yang terkini. sekiranya berminat korang boleh mencuba sendiri dan download drupal 7 ini di sini: http://drupal.org/download

p/s: rasanya di dalam cpanel belum di masukkan lagi. Tak tau la korang punya cpanel…

33 thoughts on “drupal 7 telah dilepaskan

  1. wazy

    Dah lama tertarik dengan drupal ni
    cuma belum berkesempatan menggunakannya
    nice info bro

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… ada kesempatan nanti coba2lah bro… rasanya versi baru ni agak mudah sikit cara penggunaannya dari versi yang lama…

      Reply
  2. Pingback: Tweets that mention drupal 7 telah dilepaskan -- Topsy.com

    1. hazlan Post author

      insya-Allah… aku kena buat balik kertas kerja dengan versi baru ni… sebelum ni guna versi lama…

      Reply
    1. hazlan Post author

      dia sama je versi cms percuma… ada orang kata drupal ni macam bmw, joomla nissan skyline, wordpress ni macam kereta2 standard je.. macam tu la perumpamaannya… kalau di rujuk2 ada betulnya jugak… laman web white house dengan presiden obama pun guna drupal.

      Reply
            1. hazlan Post author

              betul2 suri… semakin advance harap2 semakin memudahkan

  3. zik

    drupal 7.. tak check lagi kat cpanel tuh ada pasang lagi ke tak?? erm… yang baru nie nampak lagi mudah la…. dulu pernah try pasang, untuk subdomain… tak berapa nak jadilah…

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhhuhu.. drupal ni ada tricknya yang tersendiri… cuma kekadang banyak sangat fail permission tu yang pening gak tu.. tu drupal versi yang sebelum la… harap2 yang baru ni tak la macam yang dulu tu…

      Reply
  4. MR.Z

    fuh..dah lama tak godek drupal ni.. last hari tu guna time buat final year project.. rasa drupal lagi senang berbanding joomla yang aku rasa agak kompleks..

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2… cuma themesnya agak terhad… yang lawa2 kebanyakannya berbayar…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tak per pelan2 kayuh.. wordpress juga antara yang termantap dan boleh dijadikan milik sendiri… blogger milikan google, cuma terima apa sahaja apa yang mereka syaratkan… apa pun janji boleh memblog… huhuhu

      Reply
      1. Mohd Shahrul Hafizi

        Betul tu. Aku pun bukannya nak serius dgn pembinaan laman web ni (buat masa ini). Tetapi belek-belek la sebagai ilmu tambahan. Mana tahu, satu hari nanti boleh digunakan.

        Reply
        1. hazlan Post author

          betul2 itu yang terbaik… sekurang2nya ilmu itu tertanam dalam jiwa… huhuhu… elok juga kalau di ajar kat anak2 kelak.

          Reply
  5. masokis

    law02… tapi masalah dengan myopenid… dlu komuniti debmal.my guna drupal..
    masokis lak gunakan id myopenid utk access sebelum ni. lepas naik taraf je.. terus xleh access..isk..

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. database dia hilang tu kot… atau kena buat lagi sekali le jawabnye… ciannya…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… lakukan apa yang perlu dulu… mudah2an abis study bro tu nanti…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *