Content Management System atau CMS versi Open Source (sumber terbuka) memang diminati ramai, ini kerana pembuatan dan perlaksanaannya adalah diantara yang paling popular juga antara yang terbaik tetapi percuma. Setelah kehadiran versi terbaru CMS dari Drupal 7 kini versi CMS dari Joomla juga tidak mahu ketinggalan dan telah mengeluarkan dan melepaskan versi terbarunya iaitu joomla 1.6 dengan kod namanya Onward. Untuk mengetahui sejarah joomla boleh ikuti posting aku sebelum ini di: http://hairilhazlan.com/sejarah-joomla dan bagi yang ingin tahu tentang CMS boleh kenalinya di: http://hairilhazlan.com/apa-itu-cms
Versi terbaru dari Joomla merangkumi lebih kekuatan, lebih pada kawalan, dan lebih pilihan berbanding dari versi yang sebelumnya. Pembinaan yang merangkumi aplikasi yang berbagai, keluaran terbaru joomla dilihat akan memudahkan para penggunanya membina laman web secara santai samada kita diperingkat kecil, pertengahan atau syarikat2 perniagaan yang besar dan berjaya, di mana tujuannya adalah untuk menyampaikan persembahan laman web, intranet atau aplikasi2 lainya untuk pasaran masing2 supaya diapdatasikan dengan lebih sempurna.
Menyampaikan kekuatan melalui kesederhanaan, Joomla 1.6 memastikan tempatnya sebagai salah sebuah CMS popular dalam golongannya. Joomla 1.6 memberikan ciri2 baru bagi end-user dan pentadbir laman sesawang termasuk:
- Pengaksesan pengawalan yang lebih halus untuk melihat dan mengedit pengisian bersama sekumpulan pengguna juga tahap2 pengguna untuk melihat dan menggunakannya.
- Struktur kategori yang ditetapkan oleh pengguna, daripada satu kategori ditahap yang sederhana sehingga yang sangat kompleks.
- Tahap pemasangan di tingkatkan dengan membolehkan pemasangan beberapa sambungan dalam satu pakej dan boleh di update dengan satu klik sahaja.
- Memberi kemudahan kepada produksi dengan menyediakan bahasa2 sokongan di halaman multi-bahasa.
- Bermula dan berakhirnya sesebuah penerbitan, di mana2 tahap modul dengan memberikan lebih banyak kawalan oleh pihak pentadbir ingin papar dan pamerkan.
- Template yang menyenangkan mata memandang,tampilan dan gaya yang kreatif, capaian semantic web dan mudah untuk mesin carian (search engine).
- … dan beratus-ratus lagi ciri2 tambahan untuk kemudahan melaksanakan aliran kerja oleh pentadbir untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktiviti.
Dengan joomla 1.6 developers, pemaju akan membina pelbagai penyambungan (extensions) joomla ditahap segera dan cepat termasuk rekabentuk dan sebaran2 terkini.
Dengan menggunakan kemajuan terkini API, ia akan memberikan peluang baru untuk mengintegrasikan, bersaing dan memperluaskan ke pasaran2 yang sedia ada dan baru.
Penambahbaikan yang memberikan para pereka grafik dengan kawalan lebih besar dan lebih fleksibiliti untuk mencipta kesan yang sempurna bagi sesebuah laman web untuk di persembahkan. Pereka2 kini boleh menggunakan hampir semua output daripada Pentadbir Joomla sehingga memberi peluang baru bagi penggunaan dengan pelbagai capaian sehingga di kawasan Administrator pada mobile-friendly. Template milikan administrator juga boleh diberikan kepada pengguna individu di mana ini membolehkan web master untuk melaksanakan tanggungjawabnya pada setiap keperluan, keupayaan dan kesan2 khas.
Untuk yang tertanya-tanya tentang joomla 1.6 ini korang boleh mencuba dan merasainya sendiri secara online tanpa perlu membuat pemasangan terlebih dahulu di:
Demo Frontend | Demo Backend | Download Joomla 1.6
Backend credentials: demo / demo
Versi update Kod nama joomla:
- Joomla 1.5.15 Wojmamni ama mamni – Dilepaskan pada 4-November-2009
- Joomla 1.5.16 Wojmamni ama busani – Dilepaskan pada 23-April-2010
- Joomla 1.5.17 Wojmamni ama woobusan i-Dilepaskan pada 27-April-2010
- Joomla 1.5.18 Wojmamni ama wojnaik i- Dilepaskan pada 28-May-2010
- Joomla 1.5.19 Wojmamni ama batan i- Dilepaskan pada 15-July-2010
- Joomla 1.5.20 Senu takaa – Dilepaskan pada 18-July-2010
- Joomla 1.5.21 Senu takaa ama wepulai – Dilepaskan pada 8-October-2010
- Joomla 1.5.22 Senu takaa ama woi – Dilepaskan pada 5-November-201
- Joomla 1.6.0 Onward – Dilepaskan pada 10 -January-2011
p/s: yang mana lebih mudah? drupal 7 atau joomla 1.6? Aku pun belum test lagi kedua2nya ni…
dah try hari tu Joomla, mmg file banyak giler dari WP (kalo backup FTP, mmg lama tunggu)..agak pening sikit mula2 nak guna..sapa tahu Joomla mmg WP amat senang bagi ye…
SMF bro Mancai pernah wat tak ? best gak…
oh…. huhuhu… memang banyak bro… jenuh juga kalau menunggu tu… SMF : simple machine forum kan bro… tau ada wujud tapi tak pernah try lagi… sesenang kang nak gak try laa
wah…ada joomla baru…aku pun dah lupa aku punya version berapa…
upgrade kena berhati2 gayanya tu bro….
macam menarik.. bagaimana dengan plugin & module… dah ada untuk versi 1.6 ke 1.5 pun boleh digunakan sama
sepenglihatan aku tengah on the way… ada yang dah wujud tapi boleh dikira…
Drupal 7 senang lagi. Lagipun, drupal 7 ada UI baru, so senang nak belajar drupal
Joomla tu leceh sebab banyak klik-klik. Joomla 1.5 dengan Joomla 1.6 tak banyak beza.
Kalau nak buat blog, drupal lagi senang banding joomla.
terima kasih bro info berguna untuk semua nie…
waduh…waduh ilmu saya belum nyampai ini mas
tak apa.. kita sama2 kongsi ilmu…
aku rasa drupal lagi mudah.. tak tahu la kan.. agak payah juga nak faham joomla ni..
aku dah try nampaknya drupal 7 ni memang lebih mudah dari sebelumnya… joomla belum lagi tapi kalau di perhatikan macam lebih kurang dengan yang lama je…
hoho…duk praktis joomla tak abis2 lagi…bila nak pakai pun tak tau la…hehe
pelan2 kayuh… janji ada skill tu…
teringin juga nak cuba joomla terbaru ni
Insya Allah kalau dapat project untuk kelab kereta nanti boleh try sekali
mudah2an dapat projek tu nanti… kelab kereta apa tu bro?
sekarang dah pakai wordpress, dotclear dan b2evolution je.
joomla ni bila la nak pakai ni.
oh dot clear… aku pun tak pernah cuba lagi…
dotclear ni kena beranikan diri.
kalau tidak bagaimana nak
bersaing dengan wordpress
huhuhu.. dah tengok contohnya… baru je lepas download… nak jugak mencuba… betul bro… apa pun tak perlu rasa takut… baru boleh kehadapan…
dotclear ni perlu buat plugin/pemalam lebh banyak.atau mungkin convert kan plugin dari wordpress ke dotclear.baru semua selesa guna.
oh itu macam tak pe tengah godek2 ni…
semua belum try lagi bro mancai… nanti harap2 ada kesempatan …
pelan2 kayuh… tak lari gunung di kejar… huhuhuhu
banyaknya yg terbaru..rasa yg lama pun tak habis d belajar lagi..
terima kasih ats ilu yg d beri..
samo2.. den pun tak terkejar dah…