hebatnya komputer kuantum

By | December 14, 2010

Teknologi perkomputeran memang akan sentiasa berubah-ubah dengan kepelbagaian kemajuan terkini. Bermula dengan saiz yang sebesar bilik, namun pada hari ini ia boleh dikecilkan hanya sebesar tapak tangan sahaja. Bukan hanya pada saiz, kemampuan komputer itu sendiri dengan memproses data2 sememangnya hebat dan mengagumkan sehinggakan aktiviti dan kerja harian kita tidak dapat dilakukan dengan tiadanya komputer.

Lumrah alam, manusia memang tidak pernah puas, kemampuan komputer semakin terus ditingkatkan, selain saiznya yang kecil kini kepelbagaian bentu termasuk penciptaan telefon bimbit telah di perbaiki dengan memasukkan ciri2 komputer.

Kini para saintis telah berusaha untuk menghasilkan komputer yang benar2 berkuasa tinggi yang dikenali sebagai Superkomputer Kuantum. Kalau dibandingkan dengan sebuatan, superkomputer agak kelihatan seperti versi yang sudah lama. Teori mengenai komputer kuantum telah dicetuskan oleh Paul Benioff, seorang saintis fizik dari Argonne National Laboratory, Illinois, Amerika Syarikat kira2 20 tahun yang lalu. Beliau merupakan orang yang mengaplikasikan teori fizikal kuantum dalam dunia komputer pada tahun 1981.

Komputer Masa ini

Komputer yang biasa kita gunakan setiap hari adalah menggunakan komputer berversi digital yang mempunyai cip mikropemproses terdiri daripada cip2 kecil tersusun dari banyak transistor.

Mikropemproses juga biasanya amat dikenali sebagai nama unit Pemproses Sepusat (CPU) dan ia merupakan jantung kepada pengoperasian sesebuah komputer. Mikropemproses tunggal yang pertama adalah Intel 4004 yang telah diperkenalkan dan mula wujud pada tahun 1971 dikeluarkan oleh Intel corporation.

Komputer pertama ini hanya boleh melakukan perjumlahan dan pengurangan sahaja, sistem memori komputer adalah menggunakan sistem binary atau sistem asas 2 (0 dan 1) yang pernah aku tuliskan sebelum ini di sini: arahan komputer. Ia dikenali sebagai bit (iaitu singkatan binari digit). Sistem 0 dan 1 yang di gunakan ini adalah dalam memproses segala maklumat telahpun dimasukkan dan digunakan untuk komputer hari ini.

Komputer Kuantum

Quantum Komputer atau komputer kuantum pula mempunyai maklumat kerana ia boleh mempunyai superposisi. Jika dalam pemprosesan pengkomputeran biasa, hanya sistem 0 dan 1 dalam bit yang boleh digunakan dalam sesuatu masa.

Kelebihan komputer kuantum membolehkan penggunaan sistem 0 dan 1 ini dengan serentak dalam memori yang dikenali sebagai qubit (Quantum Bit). Komputer kuantum juga menggunakan partikel yang boleh berada dalam dua keadaan sekaligus.

Boleh ke korang paham? Secara mudahnya, cuba kita lihat apakah kemampuan komputer kuantum ini. Untuk permudahkan perbandingan, komputer digital yang paling berkuasa pada masa kini hanyalah boleh memproses buku telefon di seluruh dunia untuk mencari satu nombor tertentu dalam masa sebulan. Bagaimanapun, dengan adanya komputer kuantum, proses itu hanya akan mengambil masa selama 27 minit.

Namun ketika aku menulis pembinaan komputer kuantum masih lagi di peringkat permulaan iaitu mempunyai kemampuan 7 qubit dan telah mencapai sehingga 42 qubit sahaja, namun akan dijangka peningkatan pencapaian akan menjejaki sehingga 100 qubit dalam masa beberapa tahun lagi. Boleh lihat di sini> Quantum Computer: New World Record on JUGENE

Sudah pastilah dengan penggunaan komputer kuantum, proses pengiraan yang kompleks dan mengambil masa contohnya seperti berkaitan dengan penyelidikan perubatan, sains angkasa dan sebagainya dapat terlaksana dengan amat mudah di masa depan.

Selain dari komputer kuantum namun ada lagi pembangunan komputer di masa depan seperti Komputer Optikal, Komputer DNA dan macam2 lagi. Namun akan aku kupaskan di masa yang lain. Insya-Allah.

Jika komputer masa kini menggunakan transistor, wayar dan elektrik, di masa depan komputer mungkin hanya menggunakan atom, fiber dan cahaya sahaja untuk beroperasi. Cubalah bayangkan… ianya tentu hebat bukan? Selamat berkreativiti dan berinovasi untuk semua. Waduh teringin nak tengok cerita Tron! Sesiapa nak tengok movie Tron ini kenalah layan ceritanya pada tahun 1982 dulu baru faham jalan cerita sebenarnya.

43 thoughts on “hebatnya komputer kuantum

  1. AyieBlog

    Assalamualaikum,wa entry yang menarik nie bro mancai,thank q berkongsi info yang berguna,kemajuan semakin hari semakin maju,cuma manusia zaman dah maju manusia masih berada di zaman dahulu kala,contoh pembuang bayi itukan zaman jahiliah :(..

    Reply
    1. hazlan Post author

      waalaikummussalam… tulatu setiap kebaikan pasti ada keburukan…

      Reply
  2. naimulfirdaus

    pencapaian yang sangat menguntungkan masyarakat, jika dioptimakan penggunaannya..
    dunia makin kecil seiring dengan perkembangan teknologi terkini..

    Reply
  3. Faarihin

    sekali baca tadi tajuk tu.. saya ingatkan komputer kuntum tadi.. hahaha.. teringat kat majalah kuntum..

    ini kira komputer masa depan eh..

    Reply
    1. hazlan Post author

      hahaha majalah kumtumada gak baca masa kecik2 dulu…ada ke lagi majalah tu sekarang erk…. yup komputer masa depan…

      Reply
  4. Thoha

    salam..terima kasih bro..menarik info ni..nampaknya masa depan komputer akan lebih canggih lagi pada masa hadapan dengan adanya komputer kuantum ni..

    Reply
    1. hazlan Post author

      mungkin satu hari nanti kita cuma pakai fikiran je bila nak taip komputer, nak search google…

      Reply
    1. hazlan Post author

      rasanya masih belum guna superkomputer mahupun komputer kuantum lagi .. setahu aku facebook dah lebih 30,000 server di seluruh dunia…

      Reply
    1. hazlan Post author

      masa tu kalau diizinkan masih bernafas lagi… cucu cicit la yang terror gunakannya

      Reply
    1. hazlan Post author

      tak tau la lagi mungkin dah pun digunakan untuk dalamam sahaja… bukan untuk di commercialkan lagi…

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… penghawa dingin pusat yang tak akan pernah rosak… huhuhuhu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      ntah la tak tau la lagi tu… masih dalam percubaan dan di gunakan untuk dalaman lagi kot… kalau di pasarkan harganya pasti mahal gila2

      Reply
      1. suri

        mungkin puluh ribu hurmm..

        industri it klu pandai dlm segala hal msti mudah nak bt duit kan ..

        tgok bil gates tu kaya raya haya dn microsoft jer h

        Reply
        1. hazlan Post author

          sekarang microsoft dikendali oleh Steve Ballmer, Bill Gate dah keluar… mungkin suri kena tengok cerita Pirates Of Silicon Valley kisah benar macamana apple dan Microsoft bermula…

          Reply
  5. zik

    perhh … satu lagi innovasi yang baru nih.. ternyata ia pasti , performance nya memang berapa kali ganda dengan supercomputer tuh… huhu

    Reply
    1. hazlan Post author

      pelan2 kayuh… kita sama2 masih menimba ilmu… mana2 yang terkurang harap maaf ya

      Reply
    1. hazlan Post author

      peh WikiLeaks memang berani punya kaki tu bro… kalau kat sini silap2 ISA la paling kurang pun… huhuhu… menarik jugak tajuk bocorsia tu…

      Reply
  6. fendidahada

    huhu…lagi laju lagi besar..hehehe..tapi biasa di gunakan untuk analisa data…atau simulation center amat memerlukan pc camni…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *