apakah fotonik

By | December 13, 2010

Adakah korang pernah dengar dengan perkataan Fotonik? Sekiranya aku dulu belajar bersungguh-sungguh sudah pastinya bidang inilah yang akan aku ceburi. Mungkin pada masa itu lansung tiada penerangan yang tepat mengenai arah tuju mengenai kelas pembelajaran yang aku ceburi. Mana tidaknya minda hanya di setkan jika kelas sains jadi doktor, jika kelas perdagangan jadi akauntan dan jika kelas pertanian kerja dengan kerajaan.

FOTONIK ialah satu bidang aplikasi fizik yang menjana, mengawal dan mengesan foton, terutamanya di dalam spektrum cahaya nampak dan inframerah dekat sehingga ke spektrum ultra-ungu, inframerah berjarak panjang dan juga inframerah jauh. Istilah fotonik berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu foton dan elektronik. Ia juga meliputi kajian mengenai cahaya termasuk lampu, menghasilkan, mengukur dan memanipulasi cahaya, laser, optik serta gentian optik.

Sejarah bidang fotonik yang bermula sejak era kegemilangan sains islam ini amat berguna dalam pelbagai bidang seperti pembinaan, imbasan, perubatan, kecantikan serta telekomunikasi.

Bidang ini juga merupakan hasil perkembangan penemuan pemancar cahaya separa pengalir pertama yang dicipta pada awal 1960-an di General Electrics, Makmal Lincoln MIT, IBM dan RCA. Lalu dijadikan ianya lebih praktikal oleh Zhores Alferov dan Dmitri Z. Garbuzov dan rakan usaha sama lain yang bekerja di Institut Fizik Teknikal Ioffe dan secara serentak dengan Izuo Hayashi dan Mort Panish yang bekerja di Bell Telephone Laboratories. Sama seperti perkembangan mendadak penggunaan peranti elektronik, selepas penemuannya pada tahun 1948, penggunaan unik peranti fotonik turut semakin terus berkembang.

Namun berdasarkan sejarah, banyak catatan menunjukkan bahawa ia bermula daripada pemerhati seorang saintis islam bernama Alhayzen atau Al- Haytham. Dimana beliau telah mendapati imej yang dilihat didalam lubang kecil kelihatan terbalik oleh mata pemerhati. Bermula dari penemuan dan teori2 Alhayzen inilah lalu bermula era fotonik berkembang kepada banyak bidang lain sehingga ke hari ini.

Makmal Fotonik

Dimana satu daripada komponen atau aplikasi penting dalam bidang fotonik ialah pengenalan gentian optik yang menjadi teras kepada bidang telekomunikasi. Kajian berkenaan meliputi gandaan optik menggunakan fiber khusus halus yang diletakkan bahan erbium dan ditembak dengan laser bagi mengujakan laser kepada paras tenaga lebih tinggi. Proses berkenaan akan membawa kepada gandaan optik yang digunakan dalam sistem telekomunikasi. Maka gandaan optik dapat meningkatkan isyarat dan digunakan oleh industri telekomunikasi, kapal selam dan kabel dasar laut.

Keupayaan kabel dasar laut yang memerlukan banyak maklumat juga amat memerlukan pembawa yang cepat. Oleh kerana teknologi sedia ada tidak mampu membawa maklumat seperti yang ditampung oleh kabel biasa, maka cahaya digunakan. Dengan tahap keupayaan dan kelajuan cahaya 3 x 108 meter sesaat juga tidak mungkin dapat ditampung oleh kabel biasa. Cahaya juga tahan kepada suhu tinggi sedangkan sekiranya hendak menggunakan alat elektronik ia mesti dalam litar tertutup. Sehubungan itu, teknologi baru yang paling sesuai adalah fotonik. Apa yang lebih membanggakan banyak rekaan fotonik ini telahpun digunakan beransur-ansur dalam teknologi telekomunikasi di Malaysia.

Peranti2 yang dianggap sebagai kelengkapan penting bagi peralatan fotonik separa pengalir daripada segi ekonomi termasuklah perakam maklumat optik, perhubungan menggunakan gentian optik, percetakan laser, teknologi paparan dan pengepam optik dalam laser berkuasa tinggi.

Makmal Ujian Fotonik

Keupayaan penggunaan teknologi ini dianggap sebagai hampir tidak terbatas kerana turut digunakan di dalam sintesis kimia, diagnostik perubatan, komunikasi maklumat bercip dan pertahanan laser. Sebenarnya kajian mengenai fotonik telah bertapak di Malaysia sejak 1980an di Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur. Seperti yang aku terangkan sebelum ini, dimana perkataan fotonik sendiri terdiri daripada gabungan foton atau cahaya dan elektronik. Bagi sesiapa yang minat dengan sains terutamanya fizik, ini adalah bidang yang terbaik untuk mencipta sesuatu di masa depan. Bermulalah dari sekarang.

28 thoughts on “apakah fotonik

    1. hazlan Post author

      perkembangan teknologi adalah dari perkembangan minda… ya betul semoga Malaysia mampu mengembangkannya…

      Reply
  1. Mohd Shahrul Hafizi

    Menariknya bidang fotonik. Dari dulu teruja dengan kehebatan ‘teknologi optik’ terutama penggunaan telefon rumah. Masa dulu rata-rata guna telefon rumah. Pelik juga bagaimana kita boleh bercakap dengan orang yang jauh berpuluh-ratus-malah ribu kilometer secara langsung.

    Semoga teknologi dan ilmu fotonik berkembang di Malaysia.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… aku pun pernah rasa pelik macam tu… semoga ilmu ini terus menerus berkembang… amin

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku tak pernah jumpa masa sekolah dulu… huhuhuhu… tapi elok juga bila dah dimasukkan dalam pengatahuan pembelajaran…

      Reply
  2. zik

    kat sekolah sampai sekarang ..rasanya tak pernah dengar nie bro… photogenic pernah.. lbih kurang photo gedik lah..hee

    Reply
    1. hazlan Post author

      hahaha… phoptogedik memang ramai sungguh kat sekolah… kalau fotosentisis aku selalu la dengar

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… fizik dengan math kena terror ni… macam aku dah tak terlarat nak mengira-ngira ni bro…

      Reply
    1. hazlan Post author

      syukur… terima kasih kerana menyinggah dan yang penting pengunjung blog ini dapat belajar dan memahami… susah juga nak menulis ni rupanya….

      Reply
  3. Cik Ila

    Owh,terkejut bila terbaca entri pasal ni.Sebelum ni,penat nak menjawap persoalan tentang apa itu Fotonik.Sebenarnya bidang ni lah Cik Ila sedang belajar sekarang,memang khusus bidang ni je..Photonics Engineering di UniMAP.Sangat mencabar sebab benda baru dan kebanyakkan orang tertanya2 belajar pasal apa..Salam perkenalan di sini.Cik Ila jumpa kat innit td..

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam kenal cik ila.. dan selamat datang juga terima kasih kerana mengomen… wah seorang pelajar dalam jurusan photonic, ader juga buku2 rujukan aku tentang photonic ni tapi kekadang blur juga nak paham… tak pe pelan2 kayuh… lama2 kang pro tu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… istilah daripada negara luar aku tak la pasti tapi rasanya sama sahaja kot…

      Reply
  4. biar rahsia

    Best sebenarnya fitonik nie belajar mcam mna electron tu mengeluarkan cahaya dan mengkaji macam mna nak memanipulasi sesuatu cahaya tersebut dia berkait rapat dengan kuantum mekanik saya baru bekajar dekat unimap jgak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *