selamat menyambut awal muharram

By | December 6, 2010

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Ma’al Hijrah 1432 atau juga dikenali sebagai Awal Muharram kepada semua khususnya kepada para Muslimin dan Muslimat. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan kita lebih kekuatan dan semangat untuk memperbaiki diri. Tingkatkan keupayaan diri kepada lebih berinovasi dan berdaya maju. Mudah2an  tahun ini, kita akan lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. Perlulah kita melihat hijrah itu dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.

Muharram adalah bulan pertama dan tahun baru bagi umat islam dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Bersamalah memasang azam untuk meningkatkan ilmu, iman dan amal. Kita harus melangkah dan mula melakukan gerak kerja yang teratur untuk tujuan kemajuan dan kemuliaan Islam iaitu menceburkan diri dalam pelbagai kajian dan penemuan dengan lebih kuat daripada masyarakat lain, asalkan ianya berfaedah dan tidak bercanggah dengan batas2 syarak. Kita juga perlu bergerak dan bekerja secara terbuka tanpa terikat dengan kongkongan pemikiran yang sempit dan merugikan, dan juga perlu menghidupkan dan menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan berkorban dalam mencapai cita2 murni yang bertepatan dengan Islam.

Sebagai Umat Islam harus dan perlu memperkukuhkan tonggak kekuatan yang terdiri dari kekuatan akidah, fizikal dan material, juga perlu mempertingkatkan usaha melahirkan masyarakat yang soleh dan seimbang dari segi rohani dan jasmani kerana ia menjadi syarat mewarisi teraju kepimpinan bumi ini.

Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak pengertian, kebahagiaan dan rahmatNya ke atas kita. Masyarakat Islam pada hakikatnya mempunyai aset dan sumber kekuatan yang perlu digerakkan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan kemuliaan umat. Kita mampu berbuat demikian jika kita mahu kerana bekalan sudah tersedia. Jika generasi awal umat Islam boleh melakukannya maka mengapa kita tidak boleh. Sesungguhnya Ma’al Hijrah adalah merupakan titik tolak yang paling sesuai ke arah itu.

32 thoughts on “selamat menyambut awal muharram

    1. hazlan Post author

      betul… bersatu padu.. bagi melahirkan kekuatan dan keperibadian yang mantap dan jitu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      salam kenal dan selamat menyambut awal muharram juga… ini baru betul tahun baru…

      Reply
  1. RedBoys

    salam maal hijrah buat bro.

    p/s: rasanya mcm 1st time singgah sini. hehe. thanks sudi singgah teratak hamba yg buruk tu.

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam maal hijrah juga… terima kasih banyak2 kerana sudi menyinggah… ish tak la buruk… macho la tu… infomasi berkualiti

      Reply
    1. hazlan Post author

      salam maal hijrah juga bro… bro punya themes dah berhijrah… aku je belum lagi…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *