Radio Amatur dan Komunikasi

By | December 8, 2010

Radio Amatur dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Eja, radio amatur bermaksud pemancar atau isyarat radio dalam julat khas untuk kegunaan persendirian. Umumnya, radio amatur ini adalah perkhidmatan radio komunikasi untuk interkomunikasi, latihan diri dan penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh pemegang lesen radio amatur.

Perkhidmatan radio ini di katakan telah wujud sejak 100 tahun dahulu berdasarkan rekod sejarah. Di Malaysia pula, aktiviti radio amatur dipercayai mula menular pada tahun 1928 oleh seorang warga British. Manakala persatuan pertama ditubuhkan iaitu pada tahun 1947 ialah Persatuan Radio Amatur Selangor dan Perak. Kini telah terdapat banyak persatuan pengguna radio amatur berdaftar di Malaysia. Penggunaan dan aktiviti radio amatur adalah tidak terhad kepada permukaan bumi sahaja namun di gunakan sebagai perhubungan diantara bumi dan stesyen2 utama di angkasa lepas.

Komunikasi sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita pada hari ini dan teknologi mengubahnya daripada yang mudah dan ringkas kepada yang lebih canggih. Daripada penggunaan haiwan seperti burung yang diamalkan oleh manusia zaman dulu, penggunaan telefon, dan kini tanpa wayar atau wayarles, teknologi menjadikan dunia komunikasi bukan sahaja lebih pantas tetapi memudahkan pergerakan manusia.

Gambaran bagaimana gelombang radio merambat udara

Satu daripada komunikasi tanpa wayar yang popular ialah menggunakan radio yang mula diperkenalkan pada 1895. Komunikasi radio adalah penghantaran maklumat dengan menggunakan isyarat gelombang radio yang mana medium yang digunakan adalah ruang lepas tanpa menggunakan Wayar atau kabel. Komunikasi radio mengunakan ruang udara tanpa menggunakan wayar manakala komunikasi yang lain menggunakan kabel kuprum, kabel sepaksi dan gentian optik. Komunikasi radio Sesuai untuk kawasan luar bandar dan kawasan yang mana penggunaan kabel menghadapi masalah dan melibatkan kos Yang tinggi.Kos penggunaan komunikasi radio tidak bergantung kepada jarak tetapi kos bagi medium yang menggunakan kabel bergantung kepada jarak iaitu semakin jauh jarak lagi mahal kos yang diperlukan.

Bagaimanapun, kos tidak lagi menjadi beban kepada mereka yang benar2 memerlukan alat perhubungan dan hari ini, komunikasi radio digunakan secara meluas.Sebagai contoh telefon mudah alih, WiFi untuk capaian internet dan komunikasi melalui satelit. Sebahagian penggunaan komunikasi radio ialah penggunaan data, video dan suara; telefon mudah alih; komunikasi satelit, capaian internet jalur lebar, navigasi, radar dan radio amatur.

Radio berfungsi dengan cara penghantaran maklumat samada suara, data atau video yang berada pada julat frekuensi rendah. Semuanya ini perlu dimodulatkan dengan menggunakan teknik modulasi tertentu sama ada analog atau digital. la kemudian ditingkatkan kepada frekuensi yang lebih tinggi (bergantung kepada frekuensi yang telah ditetapkan untuk sesuatu penggunaan) sebelum dipancarkan ke ruang udara. Bahagian ini dinamakan pemancar. Isyarat yang dipancarkan akan diterima oleh penerima jika ia diselaraskan (tuning) pada frekuensi pemancar. Bila isyarat tersebut diterima, ia akan ditapis dan ditukar ke frekuensi yang lebih rendah sebelum dimodulatkan untuk mendapatkan semula maklumat yang dihantar. Penggunaan radio amatur juga kini semakin meluas kerana kegunaannya yang pelbagai. Radio amatur juga telah diiktiraf sebagai sel bahagian penting dalam komunikasi.

Julat Frekuansi Gelombang Radio
Jenis Frekuansi Julat frekuansi Jenis Perkhidmatan
Frekuansi terlalu rendah (VLF) 3 – 30 kHz Navigasi, Sonar
Frekuansi rendah (LF) 30 – 300 kHz Radio Beakon, Navigasi
Frekuansi pertengahan (MF) 300 -3000 kHz Penyiaran AM, Penentuan arah, Radio Maritim
Frekuansi tinggi (HF) 3 -30 MHz Telefon, telegraf dan faks, Penyiaran gelombang pendek, Radio amatur, Perkapalan, Komunikasi penerbangan
Frekuansi terlalu tinggi (VHF) 30 -300 MHz TV, Penyiaran FM, Kawalan Udara Trafik, Polis, Teksi, Radio bergerak
Frekuansi tinggi utra (UHF) 300 – 3000 MHz TV, komunikasi satelit, Radar peninjau, Bantuan navigasi
Frekuansi amat tinggi (SHF) 3 -30 GHz Radar, Talian gelombang micro, Komunikasi satelit
Frekuansi tinggi ektreme (EHF) 30 – 300 GHz Radar, Komunikasi satelit, Talian gelombang mikro

44 thoughts on “Radio Amatur dan Komunikasi

  1. lazaac

    salam bro… lazaac tak pernah guna lagi radio amatur tu.. huhu..

    btw, Astro masuk kategori UHF ker..?

    Reply
        1. hazlan Post author

          tak salah aku dalam kedua2 kategori HF dan VHF… kalau di rujuk kat kotak broadband streamyx…

          Reply
          1. hazlan Post author

            wakakaka popular dalam diam tuh… mesti ado secret admire tu…

            Reply
  2. etomyam

    memang sungguh berguna sekali info ni. zaman belajar dulu ada juga sesekali aku dengar radio yang budak2 student buat sendiri siarannya..memang merapu habis haha

    Reply
    1. hazlan Post author

      hahaha betul2 zaman dok hostel masa sekolah menengah itulah kerja kita orang…. yang best bila ader awek kat asrama putri… hari2 hiburkan derang…

      Reply
        1. hazlan Post author

          wakakaka… alaa biasalah tu… bujang2 dulu…dah kawin dah tobat le… kekeke

          Reply
  3. dnoBiz

    Radio amatur ni dah jadi macam hobi dah sekarang, siap ada kelab lagi. tapi kos peralatan dia agak tinggi dan kena berdaftar(kalau tak silap aku)

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2 kena berdaftar… bukan senang pun nak dapat tu…. naik turun tangga banyak kali dibuatnya…

      Reply
      1. dnoBiz

        nak kenal keta yg ada benda ni pun senang je, kalau nampak antena yng tinggi mencocok langit tu, sah la

        Reply
    1. hazlan Post author

      ish sayang nyer…kalau dah ada sijil… senang sikit langkah nak dapat lesen… leh goyang kaki je kat umah… pasal leh jadi service provider untuk para pak guard tu… tapi tak apa dah terlepaskan…

      Reply
  4. aktechpage.com

    Nice info…
    Mmg radio amatur ni salah 1 hobi, tp kena ada lesen dan juga kosnya agak tinggi dr segi peralatan…
    Better blogging menjadi hobi, murah & berinformasi lagi 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      elok juga kosnya tinggi pasal boleh mengelakkan salah laku dan macam2 lagi…

      Reply
  5. MR.Z

    dah lama juga ye perkhidmatan radio ni ada.. hehe.. tv boleh sampai frekuensi ultra tinggi tu.. tak bahaya ke pada kita?

    Reply
    1. hazlan Post author

      soalan menarik tu bro… maklumat itu mungkin digodek kemudian hari… insya-Allah

      Reply
  6. zik

    yang deme buat radio dari internet tuh macam ne ek??? siaran boleh dari internet jer…. itu tak guna frekuensi rasanya..huhu

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… tu la tu… mesti ada skill yang tersendiri kena tau ni…

      Reply
  7. kulanz

    dulu ada niat juga nak pakai radio amatur ni.. tapi dengar cerita kena lulus ujian dulu baru boleh guna.. jadi elok juga dapat baca info ni.. next time boleh dirujuk semula

    Reply
    1. hazlan Post author

      nak lulus pun tak la mudah rasanya… tapi elok kalau ada dan cuba2 manalah tau sumber rezeki dimasa akan datang…

      Reply
    1. hazlan Post author

      samalah adik aku tu… memang seronok layan… tapi kena ader gang baru best… tak silap ptt ni maxis je yang support… lelain tak tau la aku…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *