Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Ma’al Hijrah 1432 atau juga dikenali sebagai Awal Muharram kepada semua khususnya kepada para Muslimin dan Muslimat. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan kita lebih kekuatan dan semangat untuk memperbaiki diri. Tingkatkan keupayaan diri kepada lebih berinovasi dan berdaya maju. Mudah2an tahun ini, kita akan lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. Perlulah kita melihat hijrah itu dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.
Muharram adalah bulan pertama dan tahun baru bagi umat islam dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Bersamalah memasang azam untuk meningkatkan ilmu, iman dan amal. Kita harus melangkah dan mula melakukan gerak kerja yang teratur untuk tujuan kemajuan dan kemuliaan Islam iaitu menceburkan diri dalam pelbagai kajian dan penemuan dengan lebih kuat daripada masyarakat lain, asalkan ianya berfaedah dan tidak bercanggah dengan batas2 syarak. Kita juga perlu bergerak dan bekerja secara terbuka tanpa terikat dengan kongkongan pemikiran yang sempit dan merugikan, dan juga perlu menghidupkan dan menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan berkorban dalam mencapai cita2 murni yang bertepatan dengan Islam.
Sebagai Umat Islam harus dan perlu memperkukuhkan tonggak kekuatan yang terdiri dari kekuatan akidah, fizikal dan material, juga perlu mempertingkatkan usaha melahirkan masyarakat yang soleh dan seimbang dari segi rohani dan jasmani kerana ia menjadi syarat mewarisi teraju kepimpinan bumi ini.
Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak pengertian, kebahagiaan dan rahmatNya ke atas kita. Masyarakat Islam pada hakikatnya mempunyai aset dan sumber kekuatan yang perlu digerakkan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan kemuliaan umat. Kita mampu berbuat demikian jika kita mahu kerana bekalan sudah tersedia. Jika generasi awal umat Islam boleh melakukannya maka mengapa kita tidak boleh. Sesungguhnya Ma’al Hijrah adalah merupakan titik tolak yang paling sesuai ke arah itu.
salam maal hijrah untuk bro hazlan 😀
salam maal hijrah juga untuk bro etomyam
salam 1 malaysia bro..
salam satu malaysia juga… bro
semoga hijrah ini menjadi titik tolak kepada pergerakan kita kepada perubahan yang lebih baik..
insya-Allah… besama berpegang pada yang satu…
salam maal hijrah bro… 🙂
salam maal hijrah juga lazaac
salam maal hijrah.
apa yang paling penting sekarang ini ialah, umat islam perlu sama-sama bersatu padu.
betul… bersatu padu.. bagi melahirkan kekuatan dan keperibadian yang mantap dan jitu…
betul tu Bro,
Saling bantu membantu antara satu sama lain
sapa lagi kalau bukan kita… kan
salam maal hijrah bro
lama aku tak singgah sini..
salam maal hijrah juga… tak pe tak derk hal tu…
Salam Maal Hijrah bro..
Semoga tahun ini kehidupan kita lebih diberkati drpd tahun sblm2 ini.
alam maal hijrah juga… sama2lah kita erk…
Salam perkenalan. Selamat menyambut awal Muharram. Moga dapat disemai benih azam yang baru
salam kenal dan selamat menyambut awal muharram juga… ini baru betul tahun baru…
Salam Maal Hijrah Buat Bro lan, Moga penghijrahan kali ni mendapat rahmat dan berkat dari nya
sama juga dengan bro dnoBiz…. salam maal hijrah juga…
semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya..insyallah…
insya-Allah… amin
semoga rezeki mencurah2 bro.. 🙂
terima kasih banyak2… begitu juga dengan bro…
salam maal hijrah buat bro.
p/s: rasanya mcm 1st time singgah sini. hehe. thanks sudi singgah teratak hamba yg buruk tu.
salam maal hijrah juga… terima kasih banyak2 kerana sudi menyinggah… ish tak la buruk… macho la tu… infomasi berkualiti
salam maal hijrah. 🙂
salam maal hijrah juga bro… bro punya themes dah berhijrah… aku je belum lagi…
selamat tahun baru untuk tuan ruamh dan rakan2 bloger yang lain..
selamat tahun baru wat suri juga
salam maal hijrah untuk bro
sorry lambat wish
salam maal hijrah juga… tak der hal tu bro…