Kalau di tanya pada setiap orang, pastinya kita amat berminat dengan perniagaan. Lebih2 lagi perniagaan itu adalah dari hasil titik peluh sendiri. Namun bagi memulakan perniagaan memerlukan pengatahuan dan perancangan yang rapi, dapatlah perniagaan kita ini semakin berkembang dan maju setiap hari, masa, waktu dan selama2nya. Di bawah ini aku sediakan di antara faktor2 panduan memulakan perniagaan yang patut dipertimbangkan apabila kita ingin memulakan sesebuah perniagaan.

Pendaftaran Perniagaan
Sebelum memulakan perniagaan kita perlulah memastikan perniagaan bahawa perniagaan itu telah didaftarkan disamping memastikan segala lesen dan permit yang berkaitan telah diperolehi. Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti2 lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

Lesen dan Permit
Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Kita perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi perniagaan masing2.

Francais
Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu “bentuk” perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais tertakluk di bawah Akta Francais 1998.

Sistem Francais
Sistem francais merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang di mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais kita perlu mendaftar dengan Pendaftaran Francais, di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Penyediaan Pelan Perniagaan
Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk memulakan sesuatu jenis perniagaan. Lebih baik lagi jika kita mempunyai pelan yang strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah yang dimaksudkan pelan perniagaan? Salah satu faktor kegagalan dalam perniagaan adalah kebayakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan atau ‘business plan’. Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan dan aliran kewangan secara tunai oleh sesebuah syarikat. Pelan ini juga akan membentangkan jangkaan perniagaan kita untuk jangka waktu tiga atau lima tahun yang mendatang (Pelan Jangka Panjang). Ramai peniaga kita salah faham dengan aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan ini tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan mereka adalah kecil sahaja. Sama ada perniagaan kita kecil atau besar, kita mesti tetap memerlukan pelan perniagaan.

Pencukaian
Di negara Malaysia, semua pendapatan syarikat atau individual yang diperolehi dikenakan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berfungsi dalam memberikan perkhidmatan penaksiran, pentadbiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai2 yang tertakluk di bawah bidang kuasa LHDN.

Pengurusan Kewangan
Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin2 tertentu, untuk mengurus dengan baik, sumber2 pendapatan serta aset seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah atau manfaat yang optimum, dan dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh pula menjamin pendapatan di masa hadapan. Dengan terurusnya kewangan seseorang itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan membuat komitmen2 kewangan yang mampu diselesaikan.

Apa sekali pun yang penting kita hendaklah juga perlu mengenal pasti lokasi dan tapak perniagaan yang sesuai dan kalau boleh ianya benar2 sesuai.

Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

40 Responses to panduan memulakan perniagaan

  1. Nine says:

    mantap..thanks utk tips nih bro..berniaga nih seronok juga..boleh juga cari rezeki lebih…kos hidup pun makin tinggi sekarang..abg sulong saya pun berniaga pas balik kije…..:)

    • hazlan says:

      peh lepas balik kerja tu… aku masih belum mampu nak buat lepas balik kerja buat kerja lain… tapi berminat juga nak buat macam tu..

  2. azizan4444 says:

    info yg bagus..bg sesiapa yg nak mulakan perniagaan tu, bole amik kira info kt atas ni..
    azizan4444´s last [type] ..5 Tanda Sebab Anda Perlu Tinggalkan Pasangan Lebih Tepat Girlfriend

  3. Anwar Osman says:

    aku xdakmodal banyak so aku buat jualan kasperky online jer la. tapi aku dah ada daftar dengan ssm satu nama perniagaan milikan tunggal. nanti2 nak guna nama atas pendaftaran tu pulak lah.
    Anwar Osman´s last [type] ..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop

    • hazlan says:

      wah penjualan online yang menarik ni… nak tanya kalau dalam RM tu berapa harga kira? tahun depan cadang nak renew baru 3 user… kat umah aku ni anak2 pakai pc…

  4. etomyam says:

    Panduan yg amat berguna untuk perancangan memulakan perniagaan, satu input kalau aku boleh tambah, sekarang ni MECD dah tak ada, jadinya aku tak tahu kat mana nak daftarkan perniagaan francais ni. Tak tahu agensi atau jabatan mana yang ambil portfolio tu.
    etomyam´s last [type] ..Latihan Di luar Tempat Kerja Tindakan Pembaziran

  5. zuls says:

    panduan yang bagus. Aku pun ada cita-cita nak mulakan perniagaan untuk keluarga..

  6. suri says:

    salam bro mancai apa khabar sihat ke?

    masih dok memikir kerja part time huhu harap2 akan dpt sokong khdupan dgn lebih baik lagi..

    • hazlan says:

      salam suri…. kabar baik… oh part time… online marketing rasanya nampak agak ringan sikit… harap2 suri akan mendapat kehidupan yang lebih baik akan datang… amin

      • suri says:

        suri minat kraf tapi idea msh tak dtg lagi..klu dak dah tentu suri blh jual brg melalui blog sendri melalui on line…

        oh idea dtglah kamu…

        • hazlan says:

          huhuhu… datang cepat… datang cepat idea tu…. oh, kalau nak ecomm sedia ada selain dari niagakit, boleh la suri layan kat : http://lot.my/ try letak barang2 yang mudah dulu… nanti akan datang idea yang baru…

  7. Botak says:

    sem depan nak buat bisnes servis aircond kecil²an kat bangi..
    senang² gunelah khidmat kami..
    huhuhuhu.. :D
    Botak´s last [type] ..15 PERKARA WAJIB

  8. zik says:

    sekarang nie duk underground jela…nak bayar itu ini takut tak cukup …syhhh.. yang penting panduan nie kena amik tahu jugak… insyallah..
    zik´s last [type] ..Kucing lawan Alligator- sapa menang

  9. Salam

    Kepada sesiapa yang mula berniaga tue,eloklah bermula secara kecil-kecilan kan cantik begitu.Dah banyak pengalaman baru buek bosar sikit.Yo tak?
    Kamal Mustafa´s last [type] ..Video Pilihan Kamal – Rancangan Tv Jepun- Tangga Berminyak

  10. MR.Z says:

    memang bagus panduan ini.. sesuai pada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan :D
    MR.Z´s last [type] ..Awas! Berhati-hati Membeli Barangan Dari Jualan Internet!

  11. botak says:

    yg bahagian franchais tu, dekat JB yg sy perasan sekarang bnyk ade franchais cool blog, big bundle, dan daily fresh. kalau jalan kat mana2 tempat pun mesti ade booth diorang ni..hebat betul laa

  12. wazy says:

    Terima kasih bro untuk panduan ni
    kalau ada rezeki nak buat bisnes untuk family
    papehal senang nak tampung hidup ni,memandangkan minyak dah naik
    macam kata orang-orang dulu,sediakan payung sebelum hujan
    wazy´s last [type] ..Raise Your Hand – Stop Child Abuse

  13. Faarihin says:

    teringin nak berniaga suatu hari nanti..
    Faarihin´s last [type] ..Macam Mana

  14. dnoBiz says:

    Berniaga memang seronok kalau kena gaya dan caranya,
    tapi ada yang sampai bunuh diri kerana perniagaan…. :D
    dnoBiz´s last [type] ..Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah

  15. iptek says:

    mau berniaga tapi model masih seret…..

  16. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ni! :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge