Tiada ilmu matematik tiadalah teknologi, ini hanyalah pandangan aku. Sekiranya ada yang tidak setuju, aku benar2 mintak maaf. Aku pernah ajukan sebelum ini mengenai unsur2 topologi dalam networking. Namun kali ini aku hendak berkongsi mengenai topologi dan kewujudannya awalnya, sehinggakan timbulnya istilah ataupun perkataan bernama topologi ini. Kalau kita menggoogle sahaja, macam2 pengeluaran mengenai perkataan topologi ini yang tersenarai.
Topologi atau dalam bahasa Greek tempat dan belajar merupakan cabang utama matematik yang mengkaji sifat rajah yang berubah akibat bengkokan, regangan dan sebagainya. Ia muncul melalui pembangunan konsep2 dari geometri dan teori set, seperti ruang, dimensi, dan tranformasi. Idea tentang topologi telah mula di utarakan seawal 1736, dan pada penghujung kurun ke-19, satu disiplin khusus telah dibangunkan, yang pada awalnya dikenali dengan nama Latinnya geometria situs atau geometri tempatan atau analisis situs perkataan Greek-Latin untuk kajian tempat sebelum dikenali dengan nama topologi.
Menjelang pertengahan abad ke 20, topologi menjadi satu bidang pengajian yang penting di dalam matematik. Perkataan topologi merujuk kepada satu disiplin matematik dan juga untuk satu keluarga set dengan sifat2 tertentu yang digunakan untuk mengtakrifkan ruang topologi, satu objek asas topologi.
Topologi am
- Membentuk aspek asas topologi dan mengkaji konsep2 bawaan ruang topologi contoh asas termasuklah kepadatan dan keterkaitan.
Topologi algebra
- Menghitung darjah keterkaitan menggunakan kaedah algebra seperti kumpulan homotopi dan homologi.
Topologi geometri
- Mengkaji manifold2 dan pembenamannya di dalam manifold yang lain.

Pengiraan sudut juga ada kena mengena dengan Topologi ke??
setahu aku kalau dah berunsur algebra ya dan berkaitan…
Oh macam tu..Terima kasih bro utk entri ni..Kalau tak ditulis,rasanya tak terlintas dihati ini untuk menggoogle tentang Topologi..
u r welcome… sesekali nak melayan angka pulak ni…
sedikit tekanan baca, mungkin sbb bukan bidang susah nak paham. huu
alamak mintak maaf banyak2 kalau ianya memberikan tekanan… tak ada maksud pun nak buat macam tu…
Rasanya dulu saya ada belajar ni, tapi dah tak ingat dah.
Hehehehehehe…. belajar tapi tak guna dalam kerja harian kan.
betul tu tak digunakan dalam kerja2 harian…kecuali dalam bidang seseorang… namun hari2 kita akan mengadapnya dan tak pernah memikirkan… termasuklah aku ni…. huhuhuhu
dah lama aku tak dengar istilah topologi ni yang satu masa dahulu membuatkan kepala aku berputar. hehe
yang menulis ni pun masih lagi berputar-putar…
hurm luasnya makna topologi itu huhu…
entri yang cukup padat mudah difahami 😉
huhuhu… kekadang istilah math ni bersimpang siur
topologi … ala2 mengira nie..adoi… tak minat betul..
tu la tu… aku pun dah lebih kurang je ni…
Topologi ni kira bermaksud ‘Kaedah yang terbukti betul’ kan???
Kira 1 metafora laaa..
Ape kebende yg aku merepek ni 😛
maksud yang bro cakap tu tak la aku tau pulak, tapi macam berkaitan juga tu… hahaha tak pe ada idea luahkan je…
Tertarik dengan topologi algebra dan geometri
antara subjek kegemaran matematik semasa sekolah menengah dulu
memang pro math bro wazy ni… bagus2
as salam bro… klau hendak buat rangkaian topologi sebuah makmal komputer yang mana satu sesuai
kalau besar biasanya menggunakan topologi ni: http://hairilhazlan.com/merangka-sistem-rangkaian-komputer-topologi-mesh-dan-ringkasan/ kalau kecil sekadar topologi bintang memadai… http://hairilhazlan.com/merangka-sistem-rangkaian-komputer-topologi-bintang/