tingkatkan tahap profesionalisma dan kuasai ilmu

By | November 26, 2010

Definasi Profesionalisma

  • Tingkah laku, kepakaran atau kualiti dalam diri individu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
  • Keupayaan dan kecekapan melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada panduan ilmu dan latihan, serta kepakaran.
  • Kerja atau tugas profesional memerlukan pengatahuan dari segi “bagaimana” dan “apa” kemahiran yang sosfistikated (knowing-how) dan ilmu teori (knowing), untuk membuat penilaian dan melakukan budi bicara. Amalan ini memerlukan ilmu pengatahuan yang mencukupi dan mendalam.

Ciri-ciri Profesionalisma

  • Keinginan untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal.
  • Meningkatkan dan memelihara imej profesion.
  • Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan pengembangan profesional yang dapat meningkatkan dan memperbaiki kualiti pengatahuan dan keterampilannya.
  • Mengejar kualiti dan cita2 dalam profesion.

Apa Dia Ilmu?

  • Ilmu ialah mengatahui perkara2 yang boleh diketahui dan tahap pengatahuan tentang perkara2 tersebut adalah berbagai-bagai.
  • walaupun perkara yang boleh diketahui oleh manusia tidak terbatas, namun keupayaan manusia untuk mengatahui terbatas dan berperingkat-peringkat. Ada orang mengatahui lebih banyak perkara daripada yang diketahui orang lain. Ada pula orang yang mengatahui sesuatu perkara secara lebih mendalam daripada pengatahuan orang lain.
  • Kepentingan ilmu jelas dilihat kerana ayat pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W ialan ilmu.

“bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian mahluk), ia menciptakan manusia dari sebuku tanah beku; bacalah, dan Tuhanmu yang maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak dikatahuinya.” (Al-Alaq: 1-5)

Hadis sahih juga mengatakan:
“tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas orang islam” (riwayat Al-Aklili)

Manfaatkan ilmu

  • Dalam melaksanakan tanggungjawab
  • Dalam membentuk peribadi individu dan masyarakat yang meminggirkan sifat jahil atau anti ilmu.
  • Dengan menuntut ilmu yang mermanfaat yang membawa kepada kemahiran, kepakaran (profesional) dalam bidang masing2.
  • Capai visi dan misi.

Dengan ilmu yang ada dalam diri setiap individu atau bangsa, bukan sahaja kekal tetapi boleh memberikan keupayaan memulihkan diri dalam menghadapi sebarang kerumitan dan cabaran. Mari kita terus meningkatkan kemahiran dan pengatahuan agar selati dengan kehendak semasa (up-to-date knowledge).

16 thoughts on “tingkatkan tahap profesionalisma dan kuasai ilmu

    1. hazlan Post author

      yup… tingkatkan secara bertingkat tingkat.. tak rugi apa pun kan…

      Reply
  1. lazaac

    yeah, professionalisme mmg tak dpt nak dipisahkan dengan masyarakat skrg.. malangnya ramai yg tak ambil kisah perkara sebegini, kerja cukup makan jer…

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu… kalau untuk yang dah grad cari pengalaman itu satu kelebihan

      Reply
  2. naimulfirdaus

    barangsiapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dia berilmu.

    barangsiapa yang mahukan akhirat, hendaklah dia berilmu.

    barangsiapa yang mahukan kedua-keduanya, hendaklah dia berilmu.

    p/s: (ilmu fardhu ain :akidah, ibadah, akhlak)

    Reply
  3. diden

    semoga ilmu bro mancai akan diteruskan dan dikongsi demi manfaat yg baik kpd kita.. mudah mudahan juga bro jga dimurahkan rezeki ^^

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku rasa ahli sukan juga adalah satu kerjaya yang pro tak semua org sampai tahap mereka2 itu…

      Reply
  4. aktechpage.com

    Tetapikan dalam sektor goverment, terutamanya agensi-agensi negeri atau kampung. Tahap profesionalisme mereka masih lagi sangat rendah, semuanya masih menggunakan method membodek boss untuk mendapat kenaikan gaji dan memudahkan kerja…

    Malahan yg lebih parah lagi, ada yang sanggup memfitnah rakan sekerja yang lain… semua itu kebanyakan staff yang senior dan dah nak pencen pun… masya allah…

    Reply
    1. hazlan Post author

      part membodek dengan fitnah menfitnah ni sektor mana pun pasti akan berlaku… ditegur melenting tak di tegur adalah tanggungjawab kita… sudahnya kita sendiri yang stress… bilalah nak berakhir perkara macam ni… semata2 duit2

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *