merangka sistem rangkaian komputer-Topologi Bas

By | May 22, 2010

Bila membicarakan mengenai sistem rangkaian (Networking) komputer biasanya di istilahkan sebagai “Topologi” .Terdapat tiga jenis topologi utama yang digunakan untuk sistem rangkaian:

  1. BAS (BUS)
  2. CECINCIN (RING)
  3. BINTANG (STAR)

Gabungan dari dua atau lebih tolopogi di atas akan menghasilkan dua jenis iaitu;

  1. Mesh
  2. Tree/Hybrid

Di sini aku perkenalkan dahulu salah satu topologi yang benar di peringkat asas dan ianya adalah mudah dan ringkas.

Topologi Bas (Bus Topology)
Topologi ini yang paling mudah dan selalu digunakan untuk mewujudkan rangkaian komputer dengan segera. Apa yang perlu hanyalah menyambung setiap alat seperti komputer dan mesin pencetak secara bersiri. Kaedah ini sangat mudah dipasang tetapi jika terdapat sebarang kerosakkan pada satu kabel maka semua alat atau komputer di atas segmen itu tidak boleh beroperasi.

Kebaikkan

  1. Pemasangan amat mudah dan murah. Mudah untuk menambah nod (nodes) iaitu dengan menyambung nod baru secara bersiri
  2. Sesuai untuk sistem rangkaian yang kecil

Keburukkan

  1. Sekiranya satu kabel mengalami kerosakkan, sistem rangkaian akan pincang
  2. Setiap kali penambahan peralatan sistem rangkaian seperti PC akan menyebabkan gangguan sistem rangkaian. Ini kerana sambungan BUS perlu di cabut untuk menambah kabel dan penyambung (connector)
  3. Hanya sesuai untuk sistem rangkaian yang kecil. Ini kerana apabila jumlah komputer telah bertambah, kita sering terlupa dimana mula dan akhirnya penamat (Terminator) 50 ohm. Sekiranya kita tidak mengetahuinya, maka proses baik pulih rangkaian akan mengambil masa yang lama.

Teknik Membaiki Sekiranya terjadi kepincangan di dalam sistem rangkaian, sila pastikan:


  1. Kita mengetahui mana pangkal dan hujung sambungan kabel tersebut
  2. Sekiranya mengunakan kabel RG58 (Thin Wire – 10Base2) pastikan terminator 50-ohm dipasang dengan betul dikedua-dua hujung kabel
  3. Sekiranya terminator dipasang dengan betul, kecilkan sistem rangkaian kepada dua buah komputer. Sila Rujuk rajah 3. Sekiranya sistem rangkaian pulih seperti sediakala, lakukan penambahan komputer satu persatu sehinggalah kita dapati berlakunya kepincangan dalam sistem rangkaian. Sebagai contoh: Sekiranya kita tambah komputer dari dua kepada tiga dan kita dapati berlakunya kepincangan dalam sistem rangkaian. Maka kabel RG58 yang menyambung dari komputer nombor B dan C telah rosak. Kita hanya perlu menukar kabel yang menyambung komputer B dengan Komputer C. Tetapi perlu di ingatkan bahawa setiap kali kita menambah komputer, terminator 50 ohm perlu di pindahkan kepada penghujung kabel di komputer yang pertama dan yang terakhir.

Jika di izinkan Allah akan datang aku kongsikan lagi dengan jenis topoligi  yang lain.

26 thoughts on “merangka sistem rangkaian komputer-Topologi Bas

    1. hazlan Post author

      tahun berapa tu bro? dulu aku jugak menerima beberapa kejutan budaya pasal networking ni… kepala pusing2…

      Reply
    1. hazlan Post author

      masa belajar dulu exited punya pasal umah bujang buat networking kat umah je… layan multiple game kat bilik sesama sendiri…

      Reply
        1. hazlan Post author

          biasa tu bro umah bujang, aci sempat jek… yang penting menjadi… peh memang puas hati… tempat hacker2 berkelompok ke kat situ bro?

          Reply
  1. aktechpage.com

    Thx for the info..
    Tgg next post pulak pasal topologi networking ni. 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      u r welcome… insya- Allah… jika berkesempatan…. selang2 kot kang direct jek bosan lak…

      Reply
    1. hazlan Post author

      kalau dah biasa tu kejap jek… kalau baru tu maybe tersilap satu dua biasa la… aku pun sama gak dulu… yang penting bahan cukup….

      Reply
  2. zik

    info yang sangat bagus… nanti budak2 yang amik networking, tengah google (nak bautasmt katanya)..mesti jumpa blog bro nie… boleh buat reference.. huhu
    .-= zik´s last blog ..Punca Gempa Bumi =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      memang untuk di kongsi ramai2… tak pe layan jek…

      Reply
    1. hazlan Post author

      nak bukak cyber ke bro….? tak abis lagi ni info ni… nanti aku update lain…

      Reply
  3. Muhd Suhaily

    Simple networking boleh buat duit dgn memberikan idea kepada pelanggan yg mempunyai small office. Bro ada kemahiran, guna skills yg ada..n sya dah buat..dah

    Reply
    1. hazlan Post author

      good… memang kemahiran tu ada… tak la banyak tapi dengan kerja melambak ni… peh… sambil2 tu boleh la kot… ader buat erk… nanti2 leh mintak bro yang buat, maner la tau ader client yang tetiba je mintak… boleh ke?

      Reply
  4. hafizmd

    hehe..aku ni mmg buta pasal networking ni..bile bace rase pusing2 jer..hahaha..baru aku tahu macam mane budak2 kt hostel dulu main game ramai2..berselirat wayar dari ground floor sampai top floor..hihi

    Reply
    1. hazlan Post author

      hahaha… wah advanced… silap2 ader server sendiri tu….

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… lebih kurang je… kalau tau asas elektrikal dan elektronik… senang nak tangkap menda2 cam ni… cuma installation dia je yang berbeza2…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tq bro pasal bagitau aku… aku suka verification ni pasal spam yang tidak dikehendaki tak dapat melintas… kalau agak susah kelihatan tu try refresh je yang kat atas gambar speaker tu, kekadang dia show ayat2 yang senang… tapi kalau ramai sangat yang komen kang aku try alternatif lain… tq sekali lagi bro, wat masa ni aku nak kumpul maklumat dulu boleh erk?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *