pilihan utama linux distro dan pengenalan

By | April 20, 2010

1. Ubuntu

Dalam bidang sains dan komputer, Sistem operasi (Operating System) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus perkakasan komputer, pengoperasian sistem asas dan jugamelancarkan perisian komputer seperti perisian pemprosesan perkataan dan pelayar web – wikipedia

Ubuntu yang berasaskan kepada system Linux dan bersumberkan Debian, ia merupakan sebuah sistem pengendalian atau sistem operasi komputer sebaris dengan windows yang dikeluarkan oleh Microsoft dan Mac OSX sebuah keluaran daripada Apple. Ubuntu yang berasal daripada perkataan zulu yang bermaksud kemanusian untuk semua dan tidaklah payah untuk mencari sebab mengapa nama Ubuntu yang berasal dari bahasa afrika oleh kerana pengasasnya juga berkelahiran daripada Afrika Selatan. Beliau adalah Mark Shuttleworth, Seorang jutawan perisian yang mendermakan keringat, idea dan penajaan untuk sebuah operasi yang diberikan secara percuma iaitu menerusi syarikat Canonical miliknya sendiri.

Sejarah
Bermula apabila mark Shuttleworth mengumpulkan penggiat perisian sumber terbuka sekitar 2004 untuk membangunkan sebuah sistem operasiberasaskan linux yang baru. 6 bulan kemudian, terbitlah hasil pertama mereka dengan menggunakan nama Warty Warthog bernombor siri 4.10 yang melambangkan tahun (4=2004) dan bulan (10).

Dalam tempoh masa 2 minggu sahaja selepas versi 4.10 dikeluarkan, Ubuntu yang berketurunan daripada Debian mampu menarik sehingga 3000 pembangun dan penyumbang idea untuk memantapkan lagi versi seterusnya.

Komuniti Ubuntu dibina atas dasar cita-cita yang ada di dalam Filosofi Ubuntu yang berbunyi:

“A person with ubuntu is open and available to others, affirming of others, does not feel threatened that others are able and good, for he or she has a proper self-assurance that comes from knowing that he or she belongs in a greater whole and is diminished when others are humiliated or diminished, when others are tortured or oppressed.”

Jadi,
Pembangun Ubuntu berjanji:

  • Ubuntu akan sentiasa diberi PERCUMA untuk versi released dan update keselamatan.
  • Ubuntu dijamin dilengkapi dengan kepelbagaian sokongan komersil oleh syarikat Canonical dan beratus lagi syarikat seluruh dunia.
  • Ubuntu mengandungi translasi dan kemudahgunaan infrastruktur terbaik yang mampu ditawarkan ooleh komuniti perisian percuma.
  • Ubuntu akan hanya dilengkapi perisian percuma dan menggalakkan pengguna untuk menggunakannya disamping memperkenalkan lagi perisian percuma kepada umum.

Peisian percuma yang disertakan dalam ubuntu

  • Open Office – alternatif kepada Microsoft Office
  • Firefox – alternatif kepada Internet Explorer
  • Gimp – alternatif dan setanding kepada adobe photoshop
  • PidginInstant Messenger dalam Ubuntu
  • Rhythmbox – Pemain muzik
  • Totem – Pemain Video
  • Evolution – alternatif kepada Microsoft Outlook

dan banyak lagi…….

Versi terkini ubuntu: Ubuntu 9.10 Karmic Koala [ website | download ]
Versi Beta: Ubuntu 10.04 Lucid Lynx LTS (Beta 2)

2. openSUSE

openSUSE, adalah sistem operasi umum yang dibina dari Linux kernal yang terbaru, dihasilkan dari kominiti yang dibiayai dan dan disokong oleh openSUSE project serta Novell. Selepas memperolehi SUSE Linux pada tahun 2004, Novell membuat keputusan untuk manghasilkan SUSE Linux Professional yang mana ianya 100% percuma berasaskan projek opensource yang disertai oleh komuniti dan developer.

Pada peringkat awal distro yang dikeluarkan oleh projek komuniti adalah versi Beta SUSE Linux 10.0. Pada november 2009 pula, openSUSE telah menghasilkan keluaran yang stabil iaitu openSUSE 11.2. openSUSE dikelola oleh openSUSE kominiti dan ditaja oleh Novell, untuk didivelop dan dimaintankan komponen2 SUSE Linux distributions. Perkara ini adalah sama seperti sejarah “SuSE Linux Professional”. Selepas pengambilalihan SUSE Linux, Novell mengambil keputusan untuk membangunkan kominitinya yang sememangnya penting didalam proses development mereka.

openSUSE sangat popular pada pengguna Desktop dan ianya bnayak digunakan didalam organisasi atau syarikat – syarikat besar yang mengendalikan sejumlah komputer yang banyak untuk menggantikan sistem operasi yang berlesen seperti Microsoft Windows. openSUSE juga cekap dalam melaksanakan proses networking dan program2 C++, java dan web base system. openSUSE juga mempuyai package2 sendiri yang boleh didapati didalam lama web mereka.

openSUSE sangat menarik apabila dipadankan dengan KDE desktop. Keluaran KDE terbaru untuk openSUSE adalah versi KDE 4. Versi terbaru dan masih lagi dalam peringkat update. openSUSE juga mempunyai tools yang baik sepert YaST Control Center yang menjadi tempat rujukan kandungan software dan setting untuk sistem openSUSE itu sendiri. Ini manjadikan openSUSE ini mudah digunakan.

Versi terkini openSUSE: openSUSE 11.2  [ website | Download ]

3. Linux Mint

Linux Mint sangat menarik dan terbaik. Ianya adalah satu daripada beribu-ribu versi linux yang ada didalam dunia Linux. Linuxmint dikeluarkan dari keturunan debian dan dari genetik Ubuntu. LinuxMint juga adalah Distro yang membawakan kelainan dari gen-gennya yang lain dan mempunyai ciri-ciri unik. Dengan ciri-ciri ini, LinuxMint menjadi antara versi Linux yang paling baik dan popular pada ketika ini.

Dengan terhasilnya Linux Mint ini, sedikit sebanyak memberikan saingan sengit diantara Linux yang lain. LinuxMint didatangkan lengkap dengan codec dan plugin yang sememangnya tidak terdapat didalam kebanyakan versi Linux. Codec seperti mp3, code DVD, gstremer dan lain-lain lagi membawakan keunikan kepada LinuxMint ini. Dengan adanya codec-codec tersebut, pengguna tidak perlu bersusah-payah untuk mencari dan mamasang kedalam distro LinuxMint ini. Selain itu, LinuxMint juga dilengkapi tools yang sangat semestinya bernas seperti control center, MintUpdate, MintDesktop, MintConfig, MintAssistant, MintUpload, MintSpace, MintMenu, MintWifi serta berbagai lagi.

Untuk package yang tersedia, sememangnya mudah. package seperti java, adobe flash player, compiz config, mozilla thunderbird, domain blocker serta banyak lagi. Ini menjadikan LinxMint ini sebagai pilihan pengguna yang baru yang semamangnya mengharapkan user friendly dari sistem Linux.

Pendekatan Linux Mint ini amat baik dan boleh dikategorikan sebagai yang paling user friendly diantara Distro2 yang lain. Ia juga amat sesuai untuk kegunaan rumah dan desktop serta untuk pengguna yang gemarkan multimedia. Akhir kata, Linux telah wujud dengan berbagai – bagai versi dan perisa yang kian menjadi sebahagian dari pilihan pengguna komputer2 didunia ini dan Linux Mint adalah diantaranya.

Versi terkini Linux Mint: Linux  Mint 8 Helena [ website | download ]

4. Fedora

Fedora adalah operating system berasaskan Linux yang menampilkan perkembangan muktakhir dalam opensource sistem. Fedora selalu bebas untuk siapa pun untuk menggunakan, mengubah, dan menyebarkannya. Fedora dibangun oleh programer2 dan freelancer di seluruh pelusuk benua yang bekerja samada dalam komuniti ataupun untuk Projek Fedora. Projek Fedora terbuka dan semua orang. Sesiapapun boleh memberikan hasil idea atau kepakaran masing-masing dalam menyumbang kemajuan hasil sistem fedora.

Projek Fedora jauh kehadapan kita. Memimpin, berkembang pesat untuk menjadikannya sistem yang paling laris dan popular untuk abad ini.

Fedora (sebelumnya bernama Fedora Core, juga disebut juga dengan Fedora Linux) adalah sebuah distro Linux menggunakan package RPM dan installation YUM yang dikembangkan oleh Fedora Project. Ianya dijana oleh komuniti pemprogram serta ditaja oleh Red Hat. Nama Fedora berasal dari karakter fedora yang digunakan di logo Red Hat. Pada keluaran 1 sampai 6, distro ini dinamakan Fedora Core yang kemudian berubah menjadi Fedora pada keluaran ke-7.

Tentang Fedora
Apa itu Fedora ? Projek Fedora adalah hasil kumpulan projek tajaan oleh Red Hat dan dikembangkan sebagai kerjasama antara komuniti open source dan juruteknik Red Hat. Tujuan dari Fedora adalah perkembangan software yang berterusan, yang disegani dan laju. Umum, proses yang terbuka, inovasi yang cepat, pemanfaatan, dan transparansi. Semuanya dalam langkah untuk menjadi sistem operasi dan platform terbaik yang bebas.

Sistem operasinya bernama Fedora. Versi terbaru Fedora dihasilkan dua kali setahun. Fedora merupakan kombinasi terbaik dari software yang dipercayai dan paling baru yang pernah ada dalam dunia software bebas.Idea asal adalah menjadikan impian sesuatu kenyataan. Hal ini dapat fahami sebagai program yang memberikan sebuah perisian yang terbaik, bebas dan terbuka, tanpa bayaran, boleh digunakan secara bebas, boleh dimodifikasi, boleh disebarkan berulang-kali, dan tidak membebani dengan hak cipta sudah tentu tiada penggunaan lesen.

Versi terkini Fedora: Fedora 12 [ website | download ]

5. Debian

Debian adalah satu sistem operasi Linux yang tergolong dikalangan distro awalin. Mula lancarkan pada tahun 16 ogost 1993 oleh Lan Murdoc, nama Debian dipetik dari nama girlfriennya dan namanya sendiri. Debian dilihat tidak beberapa menyayingi rakan -rakan awalinya seperti Redhat, Gentoo, Slackware dan seumpama dengannya. Namun begitu, Debian tetap menjadi pilihan sebahagian teknikal – teknikal Linux diseluruh pelusuk dunia kerana kestabilannya.

Debian amat disegani kerana hampir keseluruhan komputer artitekture komputer didunia ini disokong olehnya. Ini amat mengkagumkan dikala pengemar distro2 popular dikala ini tidak mempunyai kebolehan sepertinya. Artitecture yang disokongnya seperti Alpha, AMD64, ARM, HP PA-RISC, Intel x86, Intel IA-64, MIPS (big endian), MIPS (little endian), PowerPC, IBM S/390, dan SPARC. Itulah kebolehan Debian, mengatasi distro yang lain.

Sehingga kini, Debian telah menghasilkan generasinya yang sangat hebat seperti Ubuntu, MEPIS, Dreamlinux, Damn Small Linux, Xandros, Knoppix, BackTrack, Linspire, sidux, Kanotix, Parsix dan lain-lain lagi.

Versi terkini Debian: Debian 5.0 [ website | download ]

6. Mandriva

Mandriva (dahulunya dikenali sebagai Mandrake) adalah satu sistem operasi lengkap yang dihasilkan oleh Mandriva S.A. Ianya berasal dari Paris, Perancis dan didevelop di Curitiba, Brazil. Mandriva S.A memulakan langkahnya dengan menubuhkan mandrakeSoft pada tahun 1998.

Mandriva telah berkembang dengan baik. Mandriva adalah sebahagian Distro yang mempunyai edisi Enterprise. Ianya amat sesuai untuk kegunaan rumah dan untuk kegunaan perniagaan.

Package installation untuk mandriva adalah rpm.

Versi terkini Mandriva: Mandriva Linux 2010 [ website | download ]

7. RedHat

Merupakan distro yang sangat popular baik di Malaysia mahupun di dunia. Didirikan sejak 1994 distro Red Hat banyak digunakan di seluruh dunia. Bagi pengguna bisnes, Red Hat dikenal dengan layanannya terutama RedHat Network. RedHat sendiri saat ini secara bisnes sudah mulai menampakkan prospek keuntungan, terutama dari bisnes jasa dan bukan dari penjualan distribusinya.

Apa yang membuat Red Hat semakin popular ? Red Hat memberikan kombinasi yang lengkap mulai dari paket yang cukup stabil, berbagai faktor / utilitis mutakhir, menyokong layanan dan kompatibiliti berbagai platform. Kerana itu pakej ini sesuai untuk berbagai pengguna, baik pemula hingga mahir dan kalangan koperat.

Versi terkini Redhat: Redhat Enterprise Linux 5.5 [ website | download ]

8. SuSE

SuSE merupakan distro yang berasal dari German yang juga popular kerana kemudahan dan kelengkapan fasiliti serta aplikasinya terutama untuk keperluan desktop. Ia merupakan distro paling laku di German dan Eropah ini dikenal dengan ulitity Yast yang sangat mudah untuk mengkonfigurasi Linux. Di selenggara oleg Novell company.

Versi terkini SuSE: SuSE Linux Enterprise 11 [ website | download ]

9. Slackware Linux

Slackware merupakan salah satu distro tertua dan sangat popular dikalangan pengguna berpengalaman. Slack dikenali dengan kesederhanannya dan ciri keselamatannya, paketnya hanya dilengkapi dengan filter dan aplikasi yang diperlukan saja.

Slack sangat menarik bagi beberapa pengguna kerana sangat simple, handal dan selamat. Pengguna Slack biasanya merupakan pengguna lama dan berpengalaman kalau korang mengalami kesulitan dalam Linux, carilah pengguna Slack. Distro ini amat sesuai untuk pengguna serius yang ingin mendalami Linux terutama untuk keperluan server.

Versi terkini Slackware Linux: Slackware Linux 13.0 [ website | download ]

10. Sabayon

Sebayon adalah salah satu Distro linux. Ianya diasaskan dari sistem dan source code Gentoo Linux. Pada pemasangan awal didatangkan dengan package pre-compile dan penuh dengan source code. Versi terkini Sebayon menyokong hardware seperti x86 dan x86-64.

Package Installation
Sebayon Linux menggunakan sistem Entropy untuk installation package. Sistem ini menggunakan pakage binary yang dibina dari Gentoo Linux unstable tree, di compile menggunakan portage sistem, dan hasil pakage dimasukkan kedalam pakage tarball. Entropy ini pula akan memaksa tarball untuk melaksanakan tugas pre-compile dan seterusnya memanggil ebuild untuk setup pakage dengan betul. Ini bermakna, sistem Entropy ini sesuai dengan binary 100% sistem gentoo dan konfigurasi yang sama. Sebanyon menggunakan komponen core yang sama seperti Gentoo termasuk OpenRC dan baselayout2. Semua konfigurasi tool Gentoo seperti etc-update dan eselect adalah berfunsi. Selain itu, Sebayon juga mempunyai banyak tool konfigurasinya sendiri untuk automatic configuration berbagai-bagai komponen seperti OpenGL. Sebayon disediakan dalam pakage install DVD, miniEdition CD dan Live CD. Ia juga mempunyai desktop Gnome dan KDE untuk pilihan pengguna Linux.

Versi terkini Sabayon: Sabayon Linux 5.2 [ website | download ]


11. OpenSolaris

OpenSolaris adalah sistem operasi yang dihasilkan dari solaris ciptaan Sun Microsystem. Ianya sebahagian dari Oracle Corporation serta namanya adalah mewakili projek Sun dan developer serta komuniti sekelilingnya.

OpenSolaris direka dari Unix System V Release 4 codebase dengan pengubahsuaian yang halus dari Sun sejak memilikinya pada tahun 1994. Hanya OpenSolaris satu-satunya sistem opensource yang dibina dari sistem V. Komponen Opensource adalah corak dari sun Solaris dibawah divelopementnya. Sun telah mengumumkan bahawa projek sistem operasi Solaris komersialnya akan dihasilkan dari projek OpenSolaris.

Versi terkini OpenSolaris: OpenSolaris 2009.06 [ website | download ]

12. ArchLinux

Arch Linux adalah distribution dari Linux yang dihasilkan begitu ringan dan ringkas. Pendekatan dalam larakan untuk Arch ini pula adalah fokus, mudah, menawan, kod yang betul dan minimum. Ringkas dalam conteks Arch linux ialah “tanpa penambahan , ubahsuai, atau komplikasi yang tidak perlu yang disesuaikan oleh developer, bukan dari pengguna. Di ilhamkan daripada CRUX, satu lagi Distro Linux yang serba ringkas.

Pada March 2002 Judd Vinet telah memulakan Arch Linux dan sehinggalah 1 oktober disebabkan tidak mempunyai masa untuk menguruskannya. Setelah itu, projek Arch Linux ini telah diselenggarakan sepenuhnya oleh Aaron Griffin sehinggalah sekarang.

Pemasangan.
Untuk pemasangan Arch Linux ini, ianya didatangkan dalam bentuk console. User perlu membuat sedikit setting berpandukan panduan yang telah diberikan oleh maintainer Arch Linux. Console dan GUI installation sedikit-sebanyak berbeza dan jika konfigurasi tidak sempurna, maka Arch Linux ini akan menghadapi masalah terutamanya dalam booting menu.

Package Installation.
Arch Linux menggunakan Pacman untuk package manager installation. Ini sangat berbeza dari RPM, DEB atau Entropy. Ianya unik dan memerlukan sedikit kesabaran dalam melakukan installation package. Arch Linux juga menyokong hardware i686 dan x86_64 architechture.

Versi terkini Arch Linux: Arch Linux 2009.08 [ website | download ]

dan  banyak lagi ratusan distro2 linux yang lain… aku bukan nak mengarahkan/meracun korang dengan bertukar pada Si Linux ni, cuma sekadar berkongsikan informasi juga mungkin sebagai pilihan lain sekiranya ada diantara korang menginginkan perkara baru untuk belajar juga mahukan sesuatu kelainan dan inginkan kebebasan sendiri atau ada yang tidak mahu terikat kepada hanya satu vendor sahaja. Terpulang pada kehendak masing2.

Kalau korang nak tengok disto linux hit terkini boleh la lawati : http://distrowatch.com

dibawah adalah contoh distro hits pilihan ramai pada tahun 2009

* H.P.D adalah= hit per day

Karmic Koala

38 thoughts on “pilihan utama linux distro dan pengenalan

    1. hazlan Post author

      huhhuhu… tak apa bro… mana tahu satu ari nanti tergerak lak hati tu ingin mencuba… dinasihatkan try je guna kat pc2 lama tak pakai tu…

      Reply
        1. hazlan Post author

          tak payah hard disk besar2 pun tak apa… slamat menggodek

          Reply
    1. hazlan Post author

      linux tengah membiak agak laju sekarang ni… tu sebabnya mungkin windows nak keluar windows 8… ntahla aku layan jek OS apapun… untuk pengalaman dan pengatahuan… tak apa bro sekadar berkongsi jer ni…

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku pun rasa fedora agak menarik dari ubuntu… tapi aku nak cuba linux mint pulak.. bro, linux boleh boot guna windows apa lagi kasi run la… kecik jek saiz tu… hahaha meracun lak aku…

      Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu tul lah… kat opis tak pasal2 menda lain lak yang jadi kang…

          Reply
    1. hazlan Post author

      pilihan ramai… tapi iklan dia ni jugak memainkan peranan… tu yang hit tu… selain ubuntu, fedora, atau redhat pun mantap gak… cuma agak kurang promosi…

      Reply
  1. Syafrizal

    Aku terpaksa melupakan sebentar Ubuntu aku kerana aku nak gunakan Photoshop. PC lama aku ni tak larat nak guna Virtual2 tu. Terkedek2. Nak kumpul duit beli PC baru letak RAM 2GB haha.
    .-= Syafrizal´s last blog ..RSS dan Feedburner =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      Walaupun GIMP ada tapi photoshop tetap dihati… ialah photoshop portable jek yang boleh guna kat ubuntu… tu pun kena guna wine…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… banyak tu versi percubaan… belum lagi la bro… masa amat2 terhad… nanti kalau dah try aku wat entry kat sini sekali… harap2 ada masa tu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      adik beradik jugak dengan unix yang apple guna sekarang ni… untuk yang baru memang agak skit pening2 lalat… aku dulu pun sama tapi kalau dah kenal memang best…

      Reply
  2. Paul Germana

    Wow I like this blog. There are so many new programs here. Don’t know where to begin. I like the ‘thinking outside the box’ concept.

    Reply
    1. hazlan Post author

      Thanks Paul Germana, i got translator below call Translate if u want to read my entry…

      Reply
      1. Paul Germana

        I didn’t realize it was in another language, because the titles were in English. I glanced and thought it was computer technical terminology which which I could not comprehend. This translator is really impressive. Does it translate anchor links? 😉
        .-= Paul Germana´s last blog ..New Tool For Blogging =-.

        Reply
        1. hazlan Post author

          hai Paul, below this blog page call Translator.. lot of lang.. thanks Paul..

          Reply
    1. hazlan Post author

      tentu ada terputus masa download tu… tak pe cuba lagi… aku pun masih tak abis lagi mendownload linuxmint ni dah dekat pukul 6 pagi ni….

      Reply
  3. azman

    aku baru belajar linux tp bila sambung dgn broadband celcom tak boleh nak layar internet pulak, nak wat cam na ni bro, tgk linux dari jam 9 sampai jam 3 pagi, aku sudah jatuh hati, tp masalahnya tak leh sambung dgn broadband, bro ada jawapan tak?

    Reply
  4. umarluffy

    baru hari ni aku tahu list2 linux distro..
    info yang terbaik bagi pengguna ubuntu baru spt aku..
    banyak yang aku pelajari..

    Reply
    1. hazlan Post author

      namun linux sentiasa wujud yang terbaru…. selamat menggunakan linux… memang best

      Reply
  5. Affan

    aku baru guna ubuntu minggu lepas. ahaha.
    mmg smart, pasni kalau ada laptop lama, aku nak explore lain2.
    malas nak kacau sgt laptop skg ni, byk benda nak buat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *