antara penyebab internet jadi perlahan

By | April 26, 2010

Keliru dengan kelajuan internet korang berbanding talian internet kawan2 lain yang jauh lebih murah tetapi lebih laju? kenapalah boleh jadi macam tu? sedangkan korang telah membayar sewa talian internet yang lebih laju berbanding kawan2 yang lain juga jika dibandingkan dengan talian di pejabat. atau, korang menggunakan asas network yang sama tapi kenapa laptop atau PC korang lebih perlahan untuk melayari internet berbanding dengan laptop atau PC kawan2? huhuhu runsing dan pening?

Sebelum melakukan sebarang tindakan, adalah sangat baik jika korang memeriksa dahulu komputer yang disambungkan ke internet. Tidak boleh dipersalahkan 100% kepada pihak lain (seperti TM, celcom, dan lain2 vendor) sekiranya punca masalah tersebut adalah dari diri anda sendiri. Hampir 75% (anggaran) masalah yang dilaporkan kepada pihak operator telco adalah berpunca dari masalah pengguna sendiri. entry aku kali ini (insyaAllah) mungkin akan menjawab persoalan dan kepeningan itu nanti. Tidak kiralah korang telah mengunakan streamyx, jaring, celcom atau maxis broadband, GRPS dan sebagainya, tips ini mungkin boleh membantu…

Tips yang mudah untuk hari ini adalah mengenai antara penyebab gangguan atau kelancaran talian internet yang tidak memuaskan mahupun kelajuan internet yang terlalu perlahan dari sudut perisian. Aku tidak akan menyentuh lansung kelajuan internet dari sudut perkakasan mahupun lain2 yang tidak berkaitan dengan keyword ’software’. Ini tidaklah bermakna kelajuan internet semata2 adalah bergantung kepada perisian sahaja. bahkan, kedua-dua komponen perisian asas kepada komputer iaitu software dan hardware adalah saling berhubung kait. Di sini aku senaraikan beberapa sebab mengikut turutan yang selalu terjadi, dan juga setiap sebab mempunyai tahap ‘kesan’ mengikut peratusan efek kepada kelajuan internet.

Antara penyebab dan puncanya:

1. Virus, malware, spyware.Sangat Kritikal – merupakan faktor yang paling kerap terjadi. Seperti mana rata2 semua orang telah ketahui, sesebuah pc yang dijangkiti dengan virus dan sebagainya, adalah agak sukar untuk menjalankan sesuatu program dengan baik. Virus sering kali menyerang fail-fail yang boleh dijalankan sebagai program yang dikenali sebagai “executable” file, yang boleh dikenal pasti dengan melihat extension file “filename.exe”. Program web browser (pelajar web) dan lain-lain program yang menggunakan internet sebagai medium komunikasi tidak terhalang dari jangkitan virus ini. Sekiranya dijangkiti, program tersebut akan menjadi bermasalah dan gagal beroperasi dengan baik. Ini akan menyebabkan keseluruhan sistem pc korang kelihatan sangat bermasalah, terutamanya talian internet.

Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini, pastikan selalu update mengikut skala mingguan dan rajin2lah untuk scan keseluruhan file setelah antivirus berjaya di update.
Solution: Bagi pengguna yang telah dijangkiti virus, download virus remover seperti Dr Web Cure It atau taip sahaja kat google “virus remover” kerana setiap perisian antivirus ada virus remover masing2 dan jangan lupa run antivirus remover tersebut menggunakan safe mode. Alternatif lain boleh gunakan perisian Download Cure it di sini : http://www.freedrweb.com/cureit/

2. Browser add on dan plugin terlalu banyak.Sangat Kritikal – faktor kedua terbanyak berdasarkan pengalaman aku sendiri yang dalam tidak sedar mampu melumpuhkan kemampuan sebenar kelajuan internet. Apa yang dimaksudkan oleh browser add-on atau plugin? Sebarang applikasi yang menambah fungsi browser adalah dikenali sebagai plugin atau add-on. Contohnya, yahoo toolbar, google toolbar dan sebagainya. Firefox dan internet explorer adalah dua web browser yang sering mengalami masalah ini memandangkan kedua browser tersebut sering menjadi perhatian penambah pelbagai fungsi oleh pembinanya. Sesetengah plugin atau add on ini menjadi spyware kepada syarikat tertentu bagi menentukan cara kita melayari internet dan sebagainya. Jadi, memilih plugin atau add on yang sesuai dan tidak memudaratkan adalah menjadi cara terbaik bagi memastikan ianya tidak memudaratkan kelajuan internet itu sendiri. Atau jika terlalu susah sangat, guna tetapan default setting dari internet option (dalam control panel – bagi internet explorer) atau dari advance setting (bagi firefox – dari option menu) bagi tidak menggunakan sebarang add-on atau plugin yang telah di install sebelumnya.

3. FirewallKritikal – Firewall adalah terbaik untuk mengelak dari sebarang ancaman crackers (penceroboh) namun sekiranya tetapan rules firewall yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ianya boleh menyusahkan diri sendiri. Firewall yang disediakan oleh microsoft sebagai default firewall dari Windows XP hingga ke Windows 7, adalah tidak kritikal mengakibatkan kelajuan internet berkurangan. Firewall dari linux juga sedemikian. Namun, bagi pengguna yang memasang pakai perisian firewall dari syarikat lain seperti, comodo firewall, internet security suites, outpost firewall, zone alarm, dan sebagainya, sekiranya tetapan firewall rules diubah tanpa pengetahuan yang baik bagi setiap ports dan protocol yang digunakan boleh mengakibatkan talian internet menjadi terlalu perlahan bahkan terputus lansung! Jadi sebelum korang melakukan sebarang perubahan keatas firewall rules, pastikan ianya tidak mengganggu applikasi rangkaian internet yang sering digunakan dan juga port dan protocol yang diperlukan untuk larian program tersebut.

4. Background application & Auto updateKritikal – asasnya, terlalu banyak perisian sekarang ini yang membolehkan pengguna mendapatkan update (kemaskini) dari internet secara percuma mahupun berbayar. Ini adalah baik dari satu sudut. Namun, dari sudut yang berbeza, ia adalah satu keburukan. Bayangkan jika korang mempunyai 10 program yang dibelakang tabir (background) melakukan carian untuk update (kemaskini) dan mendownload update tanpa persetujuan secara serentak! sudah tentu ia boleh menyebabkan talian internet akan perlahan. Background application kadang kala melakukan penghantaran data ke server tertentu bagi mendaftar, mendapatkan latest news, mendapatkan iklan, melaporkan statistik, dan sebagainya yang menggunakan bandwitdh talian internet korang. Ini juga boleh menyebabkan kelajuan internet menjadi tidak optimum. Justeru, bagi mengelak sebarang program yang menggunakan bandwidth korang tanpa kebenaran, firewall rules boleh membantu di sini. Tetapkan firewall kita untuk mengelak program tertentu menghantar sebarang paket data ke dalam network. Alternative lain adalah, gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan tidak autorun pada masa startup. Bahkan semak semula senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto, sekiranya tidak perlu, disablekan service tersebut.

5.Web BrowserKurang Kritikal – walaupun web browser adalah kurang kritikal bagi kelajuan internet, namun ianya boleh memberi kesan yang agak berbeza. Web browser pada masa kini menggunakan pelbagai teknologi terkini bagi integrasi dengan pelbagai program lain yang membolehkan kita menggunakan web browser dengan pelbagai fungsi. Pada masa kini, banyak web browser yang di tawarkan oleh developer dengan pelbagai kelebihan. Bagi yang mementingkan kelajuan, mozilla, google chrome dan safari dari Apple Inc adalah yang terbaik dari segi performance dan standard WWW. Masa rendering dan cara capaian cache oleh browser2 ini mempunyai kelebihan tersendiri.

6. Windows Setting tidak optimizeKurang Kritikal – tetapan windows by default adalah tidak optimum disebabkan keluaran windows dalam pasaran tidak mengikut keperluan dan kegunaan sesetengah tempat sahaja, sebaliknya windows dikeluarkan secara global yang memerlukan windows untuk mematuhi ratusan standard dan menyokong (support) pelbagai jenis protocol, device (peralatan) dan sebagainya dalam jumlah yang besar. Oleh itu, tetapan windows by default adalah memadai dan tidak akan mendatang masalah yang besar. Windows menyerahkan tugas untuk tune kepada pengguna. Adalah menjadi tugas pengguna itu sendiri bagi mengubah beberapa tetapan yang boleh memberi kesan yang berbeza. Bagi memudahkan tugas pengguna untuk mengubah beberapa tetapan windows registry, beberapa software yang berada di internet mampu melakukan dengan mudah. Hanya dengan memahami beberapa perkara, anda mampu mengubah tetapan yang berkaitan. Adalah terlalu sukar bagi pengguna biasa yang tidak memahami apa yang yang di perkatakan. Walaubagaimanapun, aku mengesyorkan  untuk mendownload perisian ini yang sememangnya selamat digunakan oleh pelbagai peringkat pengguna.. Tune Up 2010 utilities adalah program yang sangat bernilai dan banyak digunakan oleh pengguna lain seluruh dunia berdasarkan download hit yang mencecah jutaan hit. Tune up menyediakan wizard yang boleh membantu korang mengenal pasti dimanakah yang perlu di ubah hanya dengan beberapa klik sahaja. Korang boleh mencubanya di: http://www.tune-up.com/download/

7. Ares, Limewire, torrent, P2P file sharingSangat Kritikal – Bagi penggemar mp3, music, video, drama bersiri, p2p file sharing dan juga torrent adalah syurga bagi mereka mendapatkan segalanya menerusi talian internet secara percuma. Pengguna file sharing sering menggunakan internet network dalam kadar masa yang agak lama bagi menyiapkan satu-satu tugasan download mahupun upload. Namun, sekiranya pengguna sedemikian berada di dalam network yang korang sedang gunakan, maka dengan itu talian internet akan sering terganggu dan sering kali terputus. Hal ini adalah disebabkan program torrent, p2p file sharing dan seangkatan dengannya memerlukan bandwitdh yang tinggi bagi menyelesaikan / menyiapkan satu2 file download. Hal ini akan semakin menjadi kritikal sekiranya terdapat puluhan file yang tersenarai dari dalam program p2p atau torrent yang hanya menunggu masa untuk di muat turun mengikut turutan. p2p program pula sering menggunakan bandwitdh untuk melakukan carian fail2 tertentu dari seluruh dunia yang mana sedikit sebanyak boleh menggangu talian internet yang bawah 348kbps. All in all, p2p file sharing dan torrent hanya digalakkan untuk kegunaan semasa network idle bagi membolehkan pengguna lain di dalam network yang sama tidak terganggu. Adalah menjadi satu kebiasaan program ini boleh menyebabkan web surfing pengguna lain yang berkongsi network (talian) lansung tidak dapat melayari internet sehingga lah program tersebut dimatikan / diberhentikan sementara. Bagi anda yang masih mahu menggunakan program file sharing dan dalam masa yang sama mahu menggunakan internet, setkan download dan upload limit dari program option. Limitkan download upload program tersebut bagi memberi laluan kepada paket dari program lain untuk berkongsi laluan internet.

8. Download managerKurang Kritikal – Download manager adalah satu kebaikan bagi pengguna yang tahu menguruskan keperluan download yang sering digunakan oleh kebanyakan pengguna. Namun, bagi yang kurang arif, bahkan tidak tahu, download manager mampu melumpuhkan talian internet sementara senarai download masih lagi belum siap dan puluhan file masih lagi menunggu untuk di download mengikut turutan. Sekiranya senarai download dikekalkan dalam bilangan yang minimum, masalah tersebut tidak akan terjadi. Oleh itu, download manager kurang kritikal menyebabkan gangguan ke atas talian internet korang, namun harus jangan dilupakan, ianya boleh mengakibatkan sedikit gangguan sekiranya tidak di beri perhatian.

Mengetahui apa yang berfungsi, bagaimana ia berfungsi dan di mana ia berfungsi menjadi persoalan penting dalam mempelajari dunia komputer. Aku tidaklah menulis secara terperinci bagaimana untuk melakukan langkah dan jalan penyelesaian bagi setiap perkara di atas di dalam post yang sama memandangkan aku bercadang untuk membuat entry secara terperinci di dalam post yang berasingan. Good luck!

73 thoughts on “antara penyebab internet jadi perlahan

  1. norini

    salam,
    terima kasih atas info ini…walopn akak tak le paham 100%…tp aku baca sampai abis, ade la yg sangkut kt otak skit2..hehehh

    Reply
  2. eyta

    salam,
    n tq 4 the info
    betul x apa yg akak tau ni…kalo dload movie n tgk cite online bleh juga mendorong kepada kelembapan internet n mendorong kepada virus2 yg memang suka ambil kesempatan atas kealpaan kita….

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu kak… yang pasti malware,spyware dan macam2 lagi kita kena aware….

      Reply
    1. hazlan Post author

      IDM memang rasanya antara downloader paling menarik setakat ni…

      Reply
            1. hazlan Post author

              sekali ngan clip video youtube sendiri manarik gak tu bro….

            2. Muhamad Fikri

              minta maaf …..saya baru berumur 15 taun
              tapi sangat minat dalam ICT…..dan photography

              saya tanya ni IDM tu apa….boleh download apa2 file termasuk utube?

            3. hazlan Post author

              internet download manager antara downloader terpantas, ada juga orang suka internet download accelerator… lebih kurang halal je dua2 ni… youtube,hotfile(premium),rapidshare(premium),mediafire dan lain2 semuanya boleh sedut dengan menggunakan kaedah ni…

  3. aril

    info yg boleh jd bekalan utk pengguna setia sesawang…ehhhwahhh
    .-= aril´s last blog ..BN =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      file besar2 dan penting2 jer ok kalau sesekali nak layan torrent… tapi kena berjaga2 jugak, takut anasir yang tak diingini yang ikut… huhuhu aku pun baru jek kasi cuci.. mana taknya HD 150G -( d:/ ) dah tinggal 4G jek… External pun dah nak penuh… Huaaaaa

      Reply
  4. zik

    bro.. prob nie..ntah tak tahu kenapa lembab je laptop nie (pakai window xp je).. mungkin virus kot…malas tul nak format.. dah setting baik nie.. try la buat macam bro yang atas nie… tapi bukan kaki download nie…
    .-= zik´s last blog ..Ajaran sesat di malaysia semakin parah! =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      peh… macam2 boleh jadi tu… dah buat defrag ke? Guna antivirus apa?… atau boleh try guna software revouninstaller free version buat evidence remover kat semua hard disk: dia akan delete sekali fail2 yang pernah kita delete… kalau tak leh jugak… adolah yang sangkut tu kot… jgn lupa start-up buang aper yang tak patut… sekadar bagi idea… kalau nak diikutkan banyak lagi ni… nanti aku tambah lagi mana2 yang teringat…

      Reply
        1. hazlan Post author

          system restore dah kasi buang? type msconfig kat run tu > pegi boot>klik advance option> tengok system processor kalau ada 2 amik yang dua dan kemudian save, kalau tak ada function tu tak pe .. kalau nak kaspersky – KIS aku ader satu lesen ori tak tau nak kasi sapa.. mau ke ? (email aku pls)..

          Reply
    1. hazlan Post author

      tul aku setuju banget tu…. please jgn guna antivirus crack… cepat juga cracknya nanti.. huhuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      kena pulak time nak buat sesuatu yang urgent …. huhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      peh e-book? belum berkesempatan lagi bro.. inya-Allah mudah2an

      Reply
    1. hazlan Post author

      tak pe pelan2… lama2 nanti tau la tu… bukan senang nak mengingati atau tangkap sesatu perkara dalam satu masa….

      Reply
  5. farez

    Bro…aku nak tanya sikit. Apakah effect penggunaan 2 aplikasi Anti virus yang berbeza dalam satu PC. BAgus atau tak bagus. Sbb aku tgk bro..byk gak yang buat camnih…sbb ader stgh virus yang tak dapat detect tpi boleh detect ngn anti-virus lain.
    And ikut pengalaman….aku setuju ngan point pertama Virus,Spyware mmg byk menyebabkan PC dan Browser lembap. Clean sekali terus lancar…aje.
    Thanks for the info bro…

    Reply
    1. hazlan Post author

      sepengalaman aku kaspersky tak boleh letak antivirus lain kalau tak dia akan detect antivirus tu sebagai virus… boleh jugak nak letak banyak2 dalam pc… tapi pc pun boleh gak jadi lembab… bergantung tahap dan keadaan pc tu jugak… setakat ram 1G, prosessor pun rendah rasa tak payah la kot… kalau nak letak jugak… elok guna antivirus dan firewall… contoh letak apa2 sajaha jenis antivirus lepas tu letak zone alarm atau comodo (dah siap semua sekali 3 dalam satu)… dah nama pun windows ada je lubang… yang penting cuba elakkan guna pendrive secara rambang…..

      Reply
  6. Azizi Zulkefli

    Pengalam sy internet jadi lembab sbb virus. Kdg2 tak tau sbb ape. mcm guna firefox, bila slow je, tutup dan lepas tu bukk blk nad then intener laju blk. kdg2 konfius gak.
    .-= Azizi Zulkefli´s last blog ..E-Mel Pembaca =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      pernah terjadi kat vista yang aku pakai dulu… XP ngan window 7 tak derk lak setakat ni…. tapi kemungkinan besar memang virus malware, spyware dah mula merebak tu kot…. caranya aku buat fully uninstall guna software youruninstaller atau revouninstaller lepas tu install balik mozilla… rasanya dah ok je firefox… kalau jadi jugak, sah kat plugin flash dia merebak (info pasal flash ni pernah aku baca kat blog luar negara tak ingat pulak nama blog dia )… Allahualam… yang pastinya kalau dah berjangkit boleh jadi tekanan perasaan tu… takkan nak format pc pasal browser jek ye tak?

      Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu… maybe pasal HSBB kot… derang tengah menstabilkan… ader website luar negara aku singgah gilos lembab loading…. ke cable putus lagi… hanya derang jek yang tahu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… Insya-Allah… lagipun kesibukan harian yang tak hingat ni… tetap gagahkan diri nak wat entry… tq2 sudi menyinggah…

      Reply
  7. wazy

    kalau p2p memang kacau connections internet ni,desktop pc lak kene kemas dan tersusun,antivirus selalu update,insya Alalh internet stabil
    .-= wazy´s last blog ..Event GEGARAN!! =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      ya betul tu… cuma kekadang vendor pun ader gak yang tetiba mendatangkan sebab… tapi tak selalu

      Reply
  8. AyieBlog

    salam,mancai salah satu slow capaian internet sebab rakyat malaysia tahu sedut torrent tapi nak sending tak pandai.. thank q bro mancai info yang menarik lepas nie kena check betul2 computer or laptop sebelum nak hentam Tmnut or Screamyx 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu ayie… biasala kalau bab complain memang cukup hebat… huhuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu tu lah panjang tul… lagipun bukan selalu update… adalah peluang sesiapa nak baca sampai habis… terima kasih kerana menyinggah…

      Reply
  9. ayieChigo

    tq bro.. 1 pembelajaran buat diri sy.. org yg tak kedekut ilmu mcm bro nie sguh mulia. besar pahala bro dapat.. Alhamdulillah. tq sgt2.

    Reply
    1. hazlan Post author

      sama2 ish jgan up aku lebih2 bro… takut jagi bangga diri lak aku ni… mudah2an dijauhkan sifat tu… amin

      Reply
    1. hazlan Post author

      tak abis lagi ni ader banyak lagi… suri memang cepat tangkap… syukur Alhamdulillah

      Reply
  10. man kuchai

    Salam,
    Terima kasih diatas info diatas…kebanyakan info diatas memang saya ada guna, contoh P2P sebab selalu tgk live football…patutlah internet speed saya slow,tak macam mula2 dulu.

    Reply
    1. hazlan Post author

      buanglah apa2 yang tak patut… tapi kekadang sayang la pulak… u r welcome

      Reply
  11. abdullah

    haslan bagaimana cara nak mengatasinya? sbb laptiop aku hanya internet saja yang bermasaalah yang lain ok aku pakai internet panda antivirus origenal. tp jd juga apamasaalahnya????????????????

    Reply
    1. hazlan Post author

      cuba cara ini:
      1. clear internet cache: run command promt (cmd) taipkan ipconfig /flushdns
      2. remove bandwidth: * Select Start > Run and enter gpedit.msc to Open the Group Ploicy Editor.
      * In the left-hand column in the window, navigate to Computer Configuration > Administrative Templates > Network > QoS Packet Scheduler
      * In the right column double-click on Limit reservable bandwidth and select Enabled.
      * Change the Bandwidth Limit to 0 and click OK.
      *cara ni sama untuk kesemua sistem operasi windows.
      3. Tengok entry aku yang lepas kat sini: Lajukan internet yang lembab (ada dua cara kat situ, sila rujuk ruangan komen yang di berikan oleh kawan2 lain.

      harap dapat membantu.

      Reply
    1. hazlan Post author

      tak pe pelan2 kayuh.. nanti2 tu paham la tu… kena rujuk banyak tempat dan bahagian tu…

      Reply
  12. Jimmy Maxx

    Tenkiu bro.. sungguh power penerangan mu.. nak baca byk kali nih bg paham betoi2.. maklumlah xpandai sgt.. seb bek jumpe ni… :))

    Reply
    1. hazlan Post author

      u r welcome… harap dapat memahaminya… maaf kalau kurang lengkap

      Reply
  13. Jimmy Maxx

    tapi ni… semua windows kan.. mac os camne lak? napa bila sy guna mozila kat mac dia jadi slow gile.. kena guna safari gaks tu pon xde laju mana.. bukan ape.. nak men poker kat fb xdpt hihihi 😛

    Reply
    1. hazlan Post author

      maaf… setakat ni aku tak pernah lagi menggunakan mac os… kalau linux dengan mozilla laju je…

      Reply
  14. mohd

    Saya rasa laptop saya kena virus. Dah scan dan dah buang pun virus tapi masih lembab.

    Reply
    1. hazlan Post author

      rasa kalau dah tak boleh buat apa2 lagi format je laptop tu…

      Reply
  15. epul

    Assalamualaikum..bro nak tanya..baru2 ni saya bermain dota 2..mmg sgt lag sbb ping lebih 1k..tapi kawan2 saya yang guna wifi yang sama cuma seratus dan kebawah..baru je berlaku..sebelom ni ok je..igatkan wifi yang bermasalah..tapi kawan punya ok je..bila check kat test speedtest , saya punya download speed cuma 0.15mbps je berbanding kawan saya 2.5 mbps..mohon taiko2 kat sini detail apa masalah laptop saya ni..dah byk kali scan still sama je.. 🙁

    Reply
    1. hazlan Post author

      try recovery laptop atau format balik dulu… mungkin ader menda tersembunyi yang aktive tapi tak nampak tu…

      Reply
  16. Anonymousss

    Saya tau da knp internet lambat..sbb abg sye slalu donlod kt idm tu, sye geram, sye on off modem tu, bia cancel sume donlod dia…bru lah laju balik.
    Dah la pkai streamyx 1mbps je nk donlod mcm2. Rmai lak yg pkai wifi tu. G donlod wt pe. Stkt 5-10mb ok lg..ni movie, drama bersiri.

    P/s: jgn ikut care ni ^.^v

    Reply
  17. krone

    Adakah penggunaan DOTA mengganggu kelajuan internat terhadap pengguna yang lain??

    Reply
  18. jesome

    Uhh, aku yang terlambat singgah dah 7 tahun baru aku tersinggah kat info bro Hazlan,, udah banyak saya minta pandangan dari kawan-kawan yang lain tapi tak sama dengan pendapat bro,,, terimakasih kini pc saya selalu okey tq,,,

    Reply
  19. Bil

    Hye saya seorg pelajar sekolah. Saya memng berminat dengan IT.Saya boleh dikatakan mempunyai kelebihan lah dalam mengurus system IT ni. Cuma saya perlu mendalami hal ni. Boleh tolong tak saya mendalami hal ni. Ada apa apa suggestion yg boleh dibuat? THx.

    Reply
  20. www

    nak tanya ye.apa beza windows xp, vista n segala macam jenis windows tuuu.mohon penjelasan sikit…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *