Salam Maulidur Rasul 2010

By | February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul buat rakan2 sekalian,

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Tanggal 26 Februari,2010, kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Hazlan a.k.a Mancai

16 thoughts on “Salam Maulidur Rasul 2010

    1. hazlan Post author

      tu la tu.. kadang2 manusia mudah terlupa.. termasuk aku jugak… mari kita sama2 lakukannya… mdah2an akan diberkati

      Reply
    1. hazlan Post author

      ya aku setuju tu… jauh2kanlah menda2 yang tak elok mudah2an… termasuk aku gak…

      Reply
    1. hazlan Post author

      template yang mana satu ni… template Maulidur Rasul ni ke? huhuhu aku search kat google image jek… tak sempat siut nak wat sendiri… ko ke yang buat template ni…?

      Reply
        1. hazlan Post author

          oooo… tul2 tu.. tapi jgn salah faham aku dapat ni kat elegentthemes… tapi kena bayar bro under members…

          Reply
            1. hazlan Post author

              peh… pukal tu… xleh belah kenapa tu bro?

            2. hazlan Post author

              peh… fikiran bos ko ni meluas betul…. aku amat setuju dengan beliau… sesuatu potensi jangan diabaikan… huhuhu… sebenarnya aku berkenan kat themes yang kat http://web-design.my/wordpress/ tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *