Linux adalah salah satu sistem Pengoperasian untuk komputer selain daripada windows. Apa yang menyebabkan ia semakin popular adalah kerana ianya percuma dan terbuka untuk sesiapa sahaja. Sesiapa pun boleh mengubah kod asalnya kerana ia adalah perisian sumber terbuka atau dikenali sebagai open source.
Disebabkan kod asal Linux bebas diubahsuai oleh sesiapa pun, banyaklah variasi yang telah dihasilkan, atau istilah komputernya, Linux distribution atau distros. Apa yang Garfield pernah sebut sebelum ini, iaitu Puppy Linux, Xubuntu, Ubuntu, ianya semua adalah Linux distros, yang berbeza2 adalah cara penggunaannya. Contohnya Puppy Linux, ia sesuai untuk komputer berkuasa rendah.
Apa yang aku lihat, yang popular sekarang ini adalah Ubuntu. Zaman aku study dulu, Redhat Linux yang glamour masa itu. Apa2 pun, Linux dah makin mendapat tempat di hati pengguna2 komputer peribadi. Dulu aku pernah gunakan Redhat Linux, aku kagum dengan paparan grafiknya, ala2 Vista sesetengah ikonnya.
Kebanyakan pembangun LINUX datang dari seluruh dunia untuk membangunkan Sistem Pengoperasian ini secara sukarela dan mengubahsuainya secara percuma serta menyedakan sokongan pelbagai sokongan teknikal dalam pelbagai laman web.
Linux ditulis semula daripada asal dan asas agar menyerupai UNIX dan mematuhi standard Unix POSIX. Tiada satu pun kod-kod Linux diambil daripada kod asal Unix. Tiada pihak daripada Unix System Laboratories dan Universiti California di Berkely yang terlibat dengan pembangunan Linux. Linux adalah sistem operasi yang pertama dan satu-satunya yang sedia mematuhi standard yang telah ditetapkan. Linux dilesenkan dibawah hakcipta GNU General Public License (GPL). Lesen ini telah ditulis oleh oleh Free Software Foundation (FSF), bertujuan untuk menghalang mana-mana individu atau syarikat daripada menghadkan penyebaran kod-kod aplikasi.
Kebanyakan perisian, aplikasi dan utiliti di dalam distribusi Linux datang daripada FSF dan projek GNU. Projek GNU adalah usaha untuk menulis sistem operasi mudah alih dan canggih yang menyerupai UNIX. Mudah alih bermaksud ia boleh dijalankan dipelbagai jenis sistem dan mesin bukan setakat Intel, Macintosh dan pelbagai lagi. Sistem Operasi di dalam projek ini dipanggil Hurd. Perbezaan di antara Hurd dan Linux bukan daripada segi antara muka tetapi daripada segi pembangunan. Hurd adalah sistem operasi moden dan Linux pula banyak meminjam reka bentuknya daripada Unix.
Aplikasi daripada projek ini tidak perlu ditulis semula untuk Linux. Dengan kompiler C, GCC untuk Linux, maka perisian yang lain dengan mudah dibina semula di dalam Linux tanpa perubahan yang besar.Tanpa GCC dan perpustakaan Linux C, tidak mungkin perkara ini dilakukan. Penghargaan perlu diberikan kepada H. J. Lu dan juga mereka yang terlibat dalam semua projek GNU dan Linux.
Sejarah LINUX
- Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux yang selalunya disertakan perisian-perisian lain sekali dengan sistem pengendalian. Contoh-contoh perisian adalah seperti pelayan web, bahasa pengaturcaraan, pangkalan data, persekitaran desktop]] (seperti GNOME dan KDE), dan set pejabat seperti OpenOffice.org. Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi kepopularan, sehingga lebih popular daripada versi UNIX yang merupakan perisian hak milik dan mula mencabar dominasi Microsoft Windows dalam sesetengah perkara.
- Linux menyokong sebahagian besar perkakasan komputer dan telah diguna di dalam pelbagai peralatan daripada komputer peribadi ke superkomputer dan sistem terbenam (seperti telefon bimbit dan perakam video peribadi Tivo).
- Pada mulanya, ia dibangunkan dan digunakan oleh peminatnya sahaja. Kini Linux telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti IBM, dan Hewlett-Packard. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ia tidak bergantung kepada vendor (vendor-independence), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya berbanding versi UNIX proprietari, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model pembangunan sumber terbuka.
Pengasas Linux
Kernel Linux pada awalnya ditulis sebagai hobi oleh pelajar universiti Finland, Linus Torvalds yang belajar di Universiti Helsinki, sebagai menyerupai kernel Minix yang bebas dan boleh disunting. (Minix adalah projek pelajaran menyerupai UNIX direka untuk mudah dan bukannya untuk kegunaan perniagaan.) Versi 0.01 dikeluarkan ke Internet pada September 1991, Versi 0.02 pada 5 Oktober 1991.Berikutnya, beribu penulis perisian sukarelawan seluruh dunia telah menyertai projek ini.
Pelajar dari Finland ini menghantas surat (melalui email) kepada comp.os.minix newsgroup yg berbunyi:
“Hello everybody out there using minix -I’m doing a (free)operating system (just a hobby, won’t be big and professional like GNU) for 386 (486) AT clones”
Dialah Linus Torvalds, dan dari hobinya tu la akhirnya jadi apa yg hari ni kita kenal sebagai LINUX. Ianya menggunakan standard POSIX dan dibangunkan bukan sahaja oleh Linus Torvalds, tetapi oleh beratus-ratus programmer seluruh dunia. Segala-galanyanya menjadi semakin besar dan menarik minat ramai programmer dari seluruh dunia.
- Linus Benedict Torvalds dilahirkan pada 28 Disember 1969 di Helsinki, ibu kota negara Finland. Beliau telah mencipta Linux, sebuah sistem operasi kernel, dan kini berperanan sebagai pengelola projek. Diberi ilham oleh demonstrasis sistem Minix yang dicipta oleh Andrew S. Tanenbaum, beliau merasai keperluan untuk sistem operasi UNIX yang berupaya dan dapat diguna pada komputer personalnya di rumah. Beliau membuat perkembangan kernel Linux dasarnya pada masa dan peralatannya sendiri.
- Ibubapanya bernama Nils and Anna Torvalds. Kedua-dua ibubapanya merupakan orang-orang kampus radikal di Universiti Helsinki pada 1960an, bapanya seorang komunis yang pada pertengahan 1970an belajar di Moscow sepanjang satu tahun. Linus menjadi amat malu semasa itu kerana kanak-kanak lain mengejeknya tentang politik bapanya.
- Keluarganya dalam minoriti Finland-Swedish, iaitu penduduk Finland yang mengguna bahasa Sweden (lebih kurang 6% daripada penduduk Finland). Torvalds dinamakan tersebut kerana Linus Pauling. Beliau belajar di Universiti Helsinki daripada 1988.Linus Torvalds pada 2004 tinggal di San Jose, California bersama isterinya, Tove, yang ditemuinya pada musim luruh 1993, serta tiga anaknya iaitu Patricia miranda (9 tahun), Daaniel Yolanda (7 tahun) dan Celeste Amanda (5 tahun).
- Beliau bekerja untuk Transmeta Corporation daripada Februari 1997 hingga Jun 2003, dan kini disewa oleh OSDL untuk mengembang kernel Linux. Walaupun pejabat OSDL terletak di Portland, Oregon, beliau bekerja daripada rumahnya di San Jose.
Sejarah sistem pengendalian berasaskan Linux berkait-rapat dengan projek GNU, projek perisian bebas terkenal diketuai oleh Richard Stallman. Projek GNU bermula pada 1983 untuk membangunkan sistem pengendalian seperti UNIX lengkap — pengkompil, atur cara aplikasi, utiliti pembangunan dan seterusnya — dikarang sepenuhnya dengan Perisian Bebas. Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek GNU project telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini — kecuali kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan sistem pengendalian yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan GNU.Walaupun kernel Linux dilesenkan di bawah Lesen Awam Am GNU, ia bukannya sebahagian daripada projek GNU.
Tux, seekor Penguin, merupakan logo dan maskot bagi Linux. Linux adalah tanda dagangan (SN: 1916230) yang dimiliki oleh Linus Torvalds. Ia didaftar sebagai “Perisian sistem pengendalian komputer bagi penggunaan komputer dan operasi”. Tanda dagangan ini diletak setelah berlaku suatu kejadian di mana seorang peguam bernama William R Della Croce Jr mula menghantar surat kepada para pengedar Linux yang mendakwa tanda dagangan Linux adalah kepunyaannya serta meminta royalti sebanyak 10% daripada mereka. Para pengedar Linux mula mengumpul sumber serta membuat rayuan agar tanda dagangan yang asal diberi kepada Linus Torvalds. Perlesenan tanda dagangan Linux sekarang dikendali oleh Linux Mark Institute.
Logo Linux : Mengapa Penguin?
satu hal lagi yang menarik dari Linux adalah logonya yang berupa penguin yang bernama “Tux“. Logo yang lucu ini memiliki sejarah yang unik. Awalnya, tidak ada logo yang dipilih untuk Linux, namun pada waktu Linus bersantai di daerah Selatan. Dia bertemu seekor pinguin yang menggigit jarinya. Kejadian yang lucu ini merupakan permulaan terpilihnya penguin sebagai logo Linux. Penguin yang menjadi logo LINUX ini dinamakan Tux.
Tux adalah hasil karya seniman Larry Ewing pada waktu para pengembang merasa Linux sudah memerlukan sebuah logo (1996), dan nama yang terpilih adalah cadangan James Hughes yaitu “(T)orvalds (U)ni(X) — TUX!”. Lengkaplah sudah logo dari Linux, iaitu seekor pinguin bernama Tux.
Hingga sekarang logo Linux iaitu Tux sudah terkenal di seluruh dunia. Orang lebih mudah mengenal segala produk yang berbau Linux hanya dengan melihat logo yang unik ini. Kehadiran Linus Torvalds dalam kancah era informasi ini akan menjadikan Linus setara dengan para ilmuwan komputer terdahulu seperti Von Neumann dan Berners Lee.
LINUX juga adalah percuma! Percuma? Tak nak beli yg original pun boleh, download je ISO dari site LINUX (tapi takde support dari distribution) dan boleh digunakan. Takde salah pun! LINUX juga datang dengan full source code. Jadi korang boleh membina LINUX korang sendiri dari source code tersebut dan men”distribute”kannya kembali (dengan syarat anda juga mesti membekalkan source code korang tu).LINUX juga berasaskan packages.. senang menginstall dan uninstall semula serta upgrading.. boleh juga digunakan dalam bentuk lain2 source (..tar.gz dan lain2).
Edaran Linux
- Terdapat banyak edaran Linux (lebih dikenali sebagai distro), yang dibangunkan oleh individu, koperasi, dan pertubuhan lain. Setiap satunya mungkin disertakan dengan perisian sistem dan program aplikasi tambahan, di samping menyertakan suatu program yang memasang keseluruhan sistem dalam komputer baru.
- Teras bagi setiap edaran Linux termasuk inti Linux, koleksi perisian daripada projek GNU (atau projek lain), cangkerang, dan atur cara utiliti seperti pustaka, pengkompil, dan penyunting teks. Kebanyakan sistem juga menyertakan atur cara dan utiliti yang bukan-GNU, bagaimanapun atur cara-atur cara tersebut boleh diasingkan dan masih menyediakan sistem ala UNIX. Beberapa contoh adalah atur cara dan utiliti daripada BSD dan X-Window System. X menyediakan antara muka pengguna grafik yang asas bagi sistem Linux. Kebanyakan edaran Linux menyertakan pelbagai perisian berkualiti
- Antara ciri menarik yang terdapat pada LINUX adalah keupayaan membawakan UNIX sebagai pesaing WINDOWS . LINUX didapati lebih stabil dan cekap bernbanding windows yang selalu bermasalah terutamanya bagi aplikasi pelayan (server) . Kini telah ramai pengguna WINDOWS telah beralih kepada LINUX sebagai salah satu alternatif yang murah . Di samping itu juga banyak program LINUX telah di bangunkan untuk menampung pengguna LINUX yang semakin meningkat.
“GNU/Linux”
Disebabkan atur cara-atur cara daripada projek sistem pengendalian bebas GNU – tanpa ini sistem Linux tidak akan menyerupai sistem UNIX dalam perspektif pengguna – Richard Stallman daripada GNU/FSF memohon agar kombinasi sistem (projek GNU dan kernel Linux), digelar sebagai “GNU/Linux”. Pengguna edaran Linux daripada projek Debian lebih cenderung mengguna nama tersebut. Kebanyakan pengguna lebih mudah mengguna istilah “Linux”.
Antara ciri – ciri yang terdapat pada LINUX :-
* Multitasking – ( multitugas – melaksanakan lebih dari satu kerja dalam satu masa )
* Kemampuan untuk ramai pengguna menggunakan sistem pada masa yang sama
* Menggunakan ‘Demand Virtual Memory’ di mana membenarkan program yang memerlukan RAM lebih besar dari RAM sebenar komputer tersebut
Sokongan
Sokongan bagi Linux biasanya didapatkan menerusi peer (dalam konteks ini bermaksud rakan dalam talian) – pengguna Linux lain di dalam forum internet, kumpulan berita dan senarai mel. Kumpulan Pengguna Linux (LUG, Linux User Group) telah ditubuhkan di sepelosok dunia bagi membantu pengguna tempatan (local user), pengguna baru, dan pengguna berpengalaman. Bantuan termasuk pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan serta menggalakkan perkembangan sistem Linux. Pembekal komersil bagi edaran Linux secara umumnya mengamalkan model perniagaan dengan menyediakan sokongan. Sokongan parti ketiga juga sedia ada. Antara system2 pengoperasian Linux adalah seperti Ubuntu, Fedora, dan Knoppix
Penggunaan sistem pengendalian berasaskan Linux
- Pengguna Linux, yang secara tradisinya perlu memasang dan melakukan tatarajah terhadap sistem sendiri, lebih cenderung terhadap teknologi berbanding pengguna Microsoft Windows atau Mac OS.Tatarajah atau pentadbiran bagi kebanyakan tetapan Linux seringkali perlu dilakukan menerusi penyuntingan fail teks dalam direktori /etc. Terdapat juga atur cara seperti Linuxconf dan GNOME System Tools yang bertujuan memudahkan kerja ini dengan menyediakan antara muka grafik.
- Namun baris perintah merupakan cara paling lazim digunakan. Mereka sering mendapat gelaran “hacker” atau “geek”. Bagaimanapun stereotaip begini semakin kurang dengan peningkatan sifat ramah-pengguna dan berleluasannya pengguna edaran Linux. Linux telah membuat pencapaian yang agak baik dalam pasaran komputer pelayan dan komputer tujuan khas. Contohnya, mesin render imej, dan khidmat web. Linux juga mula popular dalam pasaran komputer atas meja.
- Linux merupakan asas kepada kombinasi perisian-pelayan LAMP, kependekan daripada Linux, Apache, MySQL, Perl/PHP/Python. LAMP telah mencapai populariti yang luas dalam kalangan pembangun Web.
- Linux juga sering digunakan sebagai sistem pengendalian terbenam. Kos Linux yang murah memungkinkan penggunaannya dalam peralatan seperti Simputer, iaitu komputer kos rendah yang disasarkan pada penduduk berpendapatan rendah di negara-negara membangun.
- Dengan persekitaran atas meja seperti KDE dan GNOME, Linux menawarkan antara muka pengguna yang lebih menyerupai Apple Macintosh atau Microsoft Windows daripada antara muka baris perintah seperti UNIX. Justeru itu, lebih banyak perisian grafik boleh didapati pada Linux, yang menawarkan kebanyakan fungsi yang ada pada atur cara dagangan.
Pemasangan
Proses pemasangan yang sukar sering-kali menjadi penghalang bagi pengguna baru, namun proses ini adalah lebih mudah hari ini. Dengan penerimaan Linux oleh beberapa pengeluar komputer peribadi terbesar, komputer yang disedia-pasang dengan edaran Linux boleh didapati. Terdapat juga edaran Linux yang membenarkan Linux dibut (boot) secara terus daripada Live CD tanpa perlu memasangnya ke dalam cakera keras. Contoh-contoh edaran Linux berbentuk Live CD adalah Knoppix/Gnoppix dan Gentoo. Imej ISO bagi CD untuk edaran Linux tersebut biasanya boleh dimuat turun daripada Internet, ditulis ke CD, dan seterusnya membutkan CD tersebut. Linux juga boleh dibutkan menerusi rangkaian, menerusi cakera liut, atau menerusi kad rangkaian.
Pasaran serta kebolehpakaian
Linux yang pada awalnya hanya merupakan sistem pengendalian yang digunakan oleh peminat komputer, telah menjadi sistem yang lebih ramah pengguna, dengan antara muka grafik yang pelbagai serta aplikasi yang lebih memiripi sistem pengendalian konsumer lain, daripada baris perintah UNIX. Namun kesan ini telah menimbulkan kritikan ramai, begitu juga daripada penyokong Linux. Mereka berpendapat yang Linux dan projek perisian bebas masih belum mencapai faktor ke’bolehpakai’an yang memuaskan. Persoalan tentang ke’bolehpakai’an Linux berbanding Windows atau Macintosh masih menjadi isu perdebatan yang hangat.
Pasaran
- Linux dalam komputer “desktop” masih agak kecil tapi semakin berkembang. Menurut Syarikat Penyelidikan Pasaran IDC, bahagian pasaran bagi Linux pada tahun 2002 adalah 25% bagi pasaran pelayan, dan 2.8% bagi pasaran komputer peribadi.
- Bagi mereka yang hanya biasa menggunakan Windows atau Macintosh, Linux mungkin kelihatan lebih sukar disebabkan perbezaan dalam melakukan pelbagai kerja komputer. Malahan itu, lebih mudah untuk mencari sokongan teknikal bagi Windows atau Mac OS berbanding Linux. Tambahan lagi, secara lazimnya pengguna perlu menukar perisian yang sering digunakan, disebabkan perisian tersebut tidak didapati dalam Linux (atau pilihan yang agak terhad, terutamanya permainan komputer). Faktor lain adalah sifat ragu-ragu pengguna yang berasa susah hendak melepaskan sistem pengendalian mereka (ramai pengguna masih menggunakan versi Windows yang lama). Selain itu, kebanyakan komputer didatangkan dengan Windows sedia dipasang (preinstalled). Faktor-faktor ini menyebabkan perkembangan Linux yang agak perlahan.
- Walaubagaimanapun, kelebihan Linux seperti kos rendah, kelemahan sekuriti yang kurang, dan tidak bergantung pada vendor (lack of vendor lock-in), telah menggalakkan penggunaan yang meluas di kalangan koperasi dan kerajaan. Dalam situasi ini, halangan yang disebut di atas dapat dikurangkan kerana hanya aplikasi/aturcara yang terhad digunakan, serta kerja pentadbiran komputer (administration) dikendalikan oleh sekumpulan pekerja pakar IT yang sedikit.
- Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan terhadap kos serta ke’bolehpakai’an Linux. Relevantive, (sebuah syarikat berpusat di Berlin, yang mengkhusus dalam rundingan syarikat tentang ke’bolehpakai’an perisian, serta servis web), telah membuat kesimpulan bahawa ke’bolehpakai’an Linux bagi kerja-kerja berkaitan komputer “desktop” adalah hampir sama dengan Windows XP. Bagaimanapun, kajian oleh IDC (yang dibiayai oleh Microsoft) membahaskan bahawa Linux mempunyai kos pemilikan (Total Cost of Ownership) yang lebih tinggi berbanding Windows.
- Linux juga sering dikritik disebabkan jadual pembangunannya yang tidak dapat diduga. Secara langsung, menyebabkan pengguna Enterprise kurang selesa dengan Linux berbanding dengan sistem pengendalian lain (Sumber:Marcinkowski, 2003). Pilihan yang banyak dalam edaran Linux juga dikatakan mengelirukan konsumer, dan vendor perisian
Tindakan undang-undang
Pada bulan Mac 2003, Kumpulan SCO (SCOG – SCO Group) telah mengeluarkan saman terhadap IBM yang mendakwa bahawa IBM telah memasukkan sebahagian daripada bahan intelektual kepunyaan SCOG ke dalam kernel Linux, di mana ia merupakan cabulan terhadap lesen IBM untuk menggunakan UNIX. Lesen tersebut dikatakan dipegang oleh Kumpulan SCO. Tambahan lagi, Kumpulan SCO juga telah mengirim surat kepada sebilangan syarikat dan memberi amaran tentang penggunaan Linux tanpa lesen daripada kumpulan SCO akan menerima tindakan daripada mereka. Kumpulan SCO juga mengeluarkan pernyataan pada media massa yang mereka akan menyaman pengguna Linux selanjutnya. Kontroversi ini telah mencetus beberapa kes saman oleh Kumpulan SCO terhadap Novell, DaimlerChrysler, dan AutoZone, selain saman balik oleh Red Hat dan pihak lain terhadap SCOG. huhuhu macam2 la derang ni…
okie tak guna Linux nie?operation system linux nie macam windows ke?
huhuhuhu… aku guna perisian linux ubuntu… memang ok setakat ini…
dizzydude: Linux kini semakin mesra pengguna dan banyak ciri-ciri menarik.
Linux tidak sama dengan Windows dari segi yang tertentu tapi anda perlu mencubanya..
yang penting kemahuan pasti ada jalan… dah pakai lupa dah window ni…
Minat gak dengan linux ni,dulu ade guna Ubuntu dan Fedora,x sempat nak explore habis-habisan 🙂
.-= wazy´s last blog ..Taugeh-Buat Member =-.
aku lebih suka guna ubuntu.. fedora pun terbaik…
Macam tu rupanya…byk yang kena saya belajar ni =)
pelan2 belajar… huhuhu… masuk sekali banyak2 penin lak kang huhuhu…
Linux… oh linux… system dia lebih maju dari window’s
.-= zik´s last blog ..Futsal! =-.
yes… aku setuju pasal banyak tangan yang menjayakanya… lagipun bebas virus… setakat yang aku pakai memang bebas betul dari virus mirus ni kekekek
Banyak info pasal linux…sama-sama kita kembangkan OS linux ni di seluruh Malaysia
harap2 aku pun sempat nak menambah2 info tentanglinux kat sini… OS Linux memang kegemaran aku huhuhu… windows still kena guna gak, pasal wife tak reti pakai linux ni… kenalah 2 dalam satu… jom ramai2 kita kembang2kan linux
ak suke linux sbb dia open source kan? jdi developer mnkin sentiasa memperbaharui system diorang, jadi tk mustahil la, suatu hari linux menjadi system terbaek dalam menangani isu keselamatan cycber dan beberapa aspek penting yang tiada dalam OS lain, hehehe…. tp .. ak pakai xp huhu
.-= diden´s last blog ..Kelas hari ni yang penuh perasaan =-.
ya betul open source… diden layan aa dua2 windows + linux
Aku suka Linux kerana ianya PERCUMA!!
sekarang dah tambah sedikit info pasal Linux…Thx bro
harap2 lepas ni LINUX semakin maju…dan semua org di dunia mula menggunakan Linux
Windows??? kita lihat plak apa respon MS…
.-= aktechpage.com´s last blog ..6 Tips Umum Guna Internet =-.
huhuhu… aku guna window 7 + ubuntu + fedora…. windows 7 ni ada seakan2 meniru gaya linux pun ada… nak tengok apa jadi kat windows 8 akan datang pulak…
Ubuntu mmg ok tapi nmpk mcm old fashion sket.
.-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Bosan Dengan Windows? Cuba Linux Mint 8 Helena =-.
huhuhu… nak cuba la jugak ni… penah try linux Mandriva tak bro?
Ada serba sedikit benda yang saya taktau..
ada diterangkan dalam artikel ini..baguih noo
lagipun penerangan dengan bahasa Malaysia
lebih memahamkan saya,
kalau inggeris mesti dah pening kepala..huhu
gerammnya tengok Tux yang comel tu..
saya pernah menggunakan Linux
distro yang saya pernah test iaitu
Redhat Linux, Ubuntu, Slax..
pesan buat rakan-rakan,
jomla belajar Linux sampai pandai..
betul blajar linux tak merugikan… memang berbaloi…wah banyak dah guna tu bro… Slax tak penah aku cuba lagi ni.. linuxmint pun ntah bila nak masukkan ni… dah burn maser jek tak sesuai…
wah menarik…aku suka la…
baru tahu sekarang nape linux guna maskot tux…
terima kasih bro..
u r welcome…
pe mkne perisian utiliti????
boleh rujuk contoh di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Perisian_utiliti
apa perbandingan antara microsoft windows xp dengan linux slax?
hanya lihat apa perbezaan microsoft windows dan linux… google jer… memang banyak yang perbezaan…
Wonderful work! That is the type of info that are supposed
to be shared around the web. Disgrace on the seek engines for not positioning this
put up upper! Come on over and consult with my website .
Thanks =)
Hi,
I am curious to know your thoughts on my proposal below.
I welcome your feedback or rejection ( I pray not : – ) )
=============== Original Message =============
Hi,
I’ll keep this short and sweet to make the 34 seconds it takes to read this worth your time (yes, I timed it.)
I saw you recently linked to http://www.unix.com/ from http://hairilhazlan.com/2010/02/25/linux-linux-linux/.
I hope you could add my link https://www.guru99.com/kali-linux-tutorial.html .
Of course, I don’t want a free from you. I wouldn’t reply to this kind of email if there wasn’t anything for me, so here’s what you can get:
• Social sharing of your article
• You will update the content and we all know Google likes that
• You will make me extremely happy
That’s it. What do you think?
Best,
[Alex]