konsep pengkomputeran awan

By | October 22, 2010

Sebelum ini aku telah memperkenalkan ciri asas berkenaan pengkomputeran awan. Mari kita kenali pula apakah konsep sebenar bagi pengkomputeran awan itu sendiri.

Infrastruktur

  • Inrastruktur pengkomputeran awan mengandungi servis  yang disampaikan menerusi pelayan pusat “awan” pula biasanya dilihat sebagai satu titik tunggal akses yang mencakupi keperluan pengkomputeran pengguna. Misalnya sebuah aplikasi web seperti Zoho yang pernah aku ketengahkan sebelum ini merupakan antara contoh yang terbaik sebuah konsep pengkomputeran awan. Di mana pengguna hanya memerlukan satu pengaksesan untuk menggunakan berbagai aplikasi atau sut bisnes didalamnya secara talian.
  • Selain daripada itu , nama2 popular lain yang boleh dikaitkan sebagai penyedia servis awan ini adalah HP, IBM, Amazon dan Google. Itu hanyalah beberapa nama besar yang memang dikenali di kalangan pengguna. Hari ini sudah terlalu banyak syarikat dan penyedia sevis sudah mula memperkenalkan konsep pengkomputeran awan dalam tawaran servis mereka.
  • Perlu diketahui juga bahawa pengkomputeran awan tidak melibatkan infrastruktur fizikal. Tiada pemilikan aset, barangan atau apa jua dalam bentuk yang boleh dilihat oleh pengguna. Servis pengkomputeran awan adalah sepenuhnya berlansung menerusi internet. Pengguna mendapatkan ia sebagai satu sumber servis dan hanya membayar untuk apa yang digunakan sahaja.
  • Samalah seperti kita mempunyai rumah dan kemudian membayar untuk mendapatkan kemudahan air sertak elektrik. Menerusi pengkomputeran awan, kita mempunyai peralatan komputer dan telefon pintar serta kemudian membayar penyedia servis untuk mendapatkan kemudahan dokumentasi, storan, talian dan bermacam-macam lagi serta tidak terhad kepada hanya servis dan aplikasi. Ia akan disalur terus ke komputer menerusi pelayar web.

Siapa Memerlukannya?

  • Sukar untuk kita pastikan siapa dahulu yang memulakan konsep pengkomputeran awan kerana seperti pernah aku nyatakan ia memang telah lama wujud, cuma tidak tidak begitu jelas di mata pengguna. Istilah dan konsep awan yang dipinjam daripada sistem telefonis Amazon menerusi permodenan pusat data mereka. Mereka hanya menggunakan 10% daripada kapasiti pusat data dan menjalankan aplikasi serta kemudahan lain menerusi hubungan servis luar.
  • Kemudian Google dan IBM sekitar  tahun 2007 pula menjalankan projek pengkomputeran awan berskala besar. Eucalyptus, tahun 2008, menjadi platform sumber terbuka serasi AWS API pertama untuk melaksanak pengkomputeran awan sulit. Tidak lama selepas itu pengkomputeran awan dibentuk sebagai satu servis hubungan antara pengguna dan servis IT dimana penjualan dan pembelian berlaku berdasarkan keperluan.
  • Tahun ini pula menandakan sesuatu yang lebih besar bagi pengkomputeran awan di Malaysia setelah Steve Ballmer; CEO Microsoft secara peribadi melancarkan konsep pengkomputeran awan di negara ini. Secara tidak lansung menjadi konsep ini lebih dikenali di mata kita dan mula menarik minat pengguna untuk mengatahuinya.

Kelebihan

  • Pengkomputeran awan mampu meningkatkan  penggunaan teknologi dan sumber memandangkan tiada pemilikan fizikal deperlukan serta tawaran harga lebih rendah boleh diperolehi berbanding pemilikan fizikal. Pengguna hanya perlu membayar apa yang digunakan dan kos2 yang lain seperti penyelenggaraan dan perlaksanaan dapat dikurangkan atau hampir tidak diperlukan.
  • Konsep ini juga Membenarkan sistem diakses tidak mengira lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai akses internet, maka semua servis dalam pengkomputeran awan boleh digunakan. Tambahan pula dengan penembusan jalur lebar yang semakin popular dikalangan pengguna, infrastruktur pengkomputeran awan boleh diakses menerusi Wifi, Wimax, 3G, 4G dan banyak lagi.
  • Untuk syarikat, pengkomputeran awan menawarkan penjimatan kos daripada segi pemilikan menerusi perkongsian sumber yang boleh dibuat dikalangan staf atau melibatkan lebih ramai pengguna. Ia boleh juga dimanfaatkan oleh penyedia infrastruktur sepusat,kapasiti muatan rendah, peningkatan keefiseienan sistem dan banyak lagi.

Kekurangan

  • Ada masa2nya apabila sesuatu itu “terlalu manis” untuk didengari, ramai pula mula mencari apa pula yang tidak sedap didengari. Pengkomputeran awan juga tidak terlepas daripada menjadi pendebatan sesetengak pihak. Satu yang paling utama adalah segi aksesnya.
  • Di Malaysia terutamanya pengaksesan internet masih belum boleh kita sifatkan sebagai meluas. Perbezaan ketara boleh dilihat di antara bandar2 besar dan luar bandar. Tidak semua individu memiliki akses internet dan sekali gus membuatkan permintaan terhadap pengkomputeran awan masih lagi rendah. Tanpa internet, pengguna tidak boleh mengakses aplikasi pengkomputeran awan dan ada masa2nya pulatempoh waktu muatan terlalu lama berlaku.
  • Isu terhadap pengurusan san kekeliruan tawaran juga timbul apabila terdapat vendor yang menggunakan istilah pengkomputeran awan pada tawaran produk mereka untuk mengambil keuntungan daripada konsep ini. Ini secara tidak lansumg menimbulkan isu sekuriti dan kepercayaan dikalangan pengguna memperdebatkan bahawa mereka masih perlu lagi membeli, membina dan menguruskanservis awan serta kurang jelas tentang penggunaan servis secara fizikal.

Bersediakah kita?

Bercakap mengenai persediaan pula, ia akan menjadi sesuatu yang terlalu subjektif. Peralatan, servis, infrastruktur, aplikasi, sistem dan pengurusan semuanya telah tersedia. Cuma kesedaran dan kepercayaan untuk menerima pengkomputeran awan masih lagi “50-50” dikalangan pengguna Malaysia dan kita sebenarnya telah pun hidup dengannya. Kita telah melihat, mendengar dan pasti tidak lama lagi kita akan bergerak kearah itu. Meskipun agak perlahan, kita masih tetap bergerak? Betul?

Sumber graf di bawah ini adalah daripada google di mana istilah “cloud computing” semakin diminati dan mempunyai tarikannya yang tersendiri.

26 thoughts on “konsep pengkomputeran awan

  1. Shifu67

    saya baca artikel ini dari Majalah PC (Karangkraf) keluaran September 2010, ditulis oleh Ani Nadila Yusof. Artikel 14 Okt & 22 Okt dari website saudara ini, dijadikan satu artikel. Siapa yang tulis sebenarnya?

    Saya hendak menggunakan artikel ini sebagai bahan pembentangan minggu hadapan kepada guru2…. hasrat saya, cuma hendak menyampaikan ‘fenomena’ terkini dunia ICT.

    Reply
    1. hazlan Post author

      Majalah PC (Karangkraf) keluaran September 2010, ditulis oleh Ani Nadila Yusof adalah penulis asal sebenarnya

      Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu… terima kasih suri memang ilmu ada di mana2… seronok rasanya bila dapat berkongsi2 macam2 ilmu dan maklumat

          Reply
      1. nadiel

        mungkin boleh diubah sedikit ayatnya untuk mendapatkan originality saudara sendiri. Anyway topic yg menarik.

        Reply
        1. hazlan Post author

          terima kasih dengan pendapat tu… di masa akan datang insya-Allah akan di ubah cara pengolahan ayat…

          Reply
    1. hazlan Post author

      kalau nak tau course asal aku dulu kejuruteraan elektronik, la ni ntah meraban apa2 lak aku huhuhuhu…

      Reply
  2. aktechpage.com

    1 lagi konsep teknologi ICT yg perlu diketahui
    Thx bro…
    Lps ni tolong minta tolong bro buat artikel mengenai install CentOS dalam Windows Vista plak… sbb aku baru nak belajar ilmu Linux… please bro 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      insya-Allah, bab tu memang kena aku betul2 free… akan di cuba tapi tak janji bro..

      Reply
    1. hazlan Post author

      kita sama2 pasing2 info… aku pun banyak lagi yang tak tau…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *