Aku pernah membincangkan berkenaan Teknologi Fiber Optik sebelum ini. Kali ini aku kongsikan pula perkara asas berkaitan fiber optik. Topik ini mungkin sedikit serius bagi sesetengah pembaca, aku cuba jelaskan mengenai tajuk ini secara sederhana untuk memudahkan pemahaman.
Konsep Fiber Optik
- “Fiber Optik” sebagai perkataan yang telah disarankan, ianya adalah kombinasi ayat atau perkataan dari “Serat” dan “Optik” atau juga lebih dikenali sebagai gentian optik.
- Serat secara amnya kita tahu ianya diperbuat dari kaca, atau dalam istilah yang betul ia terperbuat daripada “Dioksida Silika (SiO2)“. Silika ini diekstrak dari pasir yang dipilih khas. Itulah sebabnya mengapa sesetengah orang mengatakan “Serat Optik ini adalah lebih murah dari tembaga”.
- Optik adalah cabang fizik yang menggambarkan perilaku dan sifat cahaya. Teknologi Fiber Optik menggunakan ciri2 ini kerana ianya ringan dan mempunyai perilaku yang sesuai dalam situasi penghantaran cahaya melalui serat.
Jenis2 Kabel Fiber Optik
Mari kita memahami tentang jenis kabel Fiber Optik yang sebahagian besarnya digunakan dalam pemasangan, baik indoor (dalam bangunan) mahupun outdoor (luar bangunan).
Kabel Fiber Optik Indoor:
Di pasaran sekarang, ada pelbagai jenis kabel jenis indoor yang kita boleh pilih. Ada yang membuat andaian bahawa, kabel serat optik jenis lapis baja hanya untuk aplikasi outdoor sahaja, teori ini tidak masuk akal untuk zaman perkembangan teknologi sekarang ini. Kabel jenis lapis baja yang dilengkapi dengan ciri2 perlindungan tambahan telah dilindungi oleh tape baja bergelombang (warna biru atau hijau) untuk mengelakkan kabel daripada digigit oleh binatang perosak. Di mana dalam kebanyakan kes, kabel digigit oleh tikus walaupun kabel tersebut telah dipasang di dalam trunking sesebuah bangunan.
1. Breakout indoor fiber optic cable
2. Distribution indoor fiber optic cable
3. Loose tube indoor fiber optic cable
4. GYXTW armoured indoor fiber optic cable
5. Flat duplex indoor fiber optic cable
Kaber Fiber Optik outdoor: Ada banyak jenis kabel fiber optik luaran , tetapi aku kongsikan dimana dua kriteria utama yang membezakan antara jenis yang tiub longgar (loosed) atau slotted.
1. Aerial loose tube outdoor fiber optic cable
2. Double layer armoured loose tube outdoor fiber optic cable
Kredit: malaysiafiber.blogspot.com
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Baru tahu hari ni, fiber optik tu ada bermacam-macam jenis rupanya. Rupa dia pun lain-lain kan?
betul2… bukan senang pun nak pasang menda ni… salah sikit ganti semua kabel… tak boleh putus
Streamyx baru nak guna teknologi ni. Napalah lambat sangat. Macam2 hal.
Pengguna demand perlu didengari dan kualiti pun perlu dipertingkatkan.
selagi server Malaysia kat taiwan tak di bawa balik masalah akan tetap sama…
sejujurnya memang aku selalu dengar benda fiber optik ni, cuma ni first time aku tengok bendanya. terima kasih bro. Gitu rupanya
samo2…
Assalamualaikum,nice info bro mancai berkaitan server screamyx dari taiwan yang itu harus dibawa kesini dan dipertingkatkan kualitinya :)..
dulu ader ura2 nak bawak balik ke sini dan diletakkan area cyberjaya dengan putrajaya… nampaknya senyap je… kos tinggi kot satu lagi investor taiwan kang lati pulak… mungkin la… bukan propaganda erk…
wah informasi menarik sobat..baru tahu fiber optik itu seperti itu bentuknya, macam pula bentuk dan jenisnya
tu la tu kekadang bukan senang nak nampak
owh macam2 ada rupanya….. nice info dari Hairi 🙂 tq
sama2 kita kongsi.. bro punya blog pun macam2 ada
bagusnya ilmu yang dikongsikan ini.. sebelum ni tahu core bit dan seangkatannya dgnnyer jer masa tu suri tengah siapkan manual book untuk istana kinta.. rupanya masih banyak cabang ilmunya lagi huhu..
ada lagi ke manual book tu suri?
Saye pelajar fiber optic dari ilp mersing dan skang saye tengah exam
ooo..baru pakcik tau. nice sharing bro!
trima kasih kerana mengomen
huhu.
aku memang tak boleh tengok banyak2 kabel ni.
boleh pening jadi nya =P
ada elerjik dengan kabel ke bro?
menarik gak info pasal fiber optik ni
agak-agak bila la streamyx nak guna teknologi fiber optik
dah ada hsbb dah, cuma tak sampai2 lagi je… tempat2 tertentu.. caj pun agak mahal.. leh layan http://www.unifi.my/
kalau la streamyx guna teknolgi fiber optik ni kan bagus
gerenti laju je nak surf internet
walaupun begitu, menurut artikel2 yang aku baca masih laju lagi yang menggunakan satelit tu (parabola)… Allah hu alam..
betol ke wayar fiber optik ni dibuat dari tembaga?
diperbuat dari kaca iaitu sejenis pasir terpilih atau dikenali sebagai “Dioksida Silika (SiO2).
fiber optik memang bidang saya…
saya jadi kan laman tuan sebahagian sumber blog saya…
blog saya pun simple jer…
sekadar idea dan pandandangan peribadi tentang teknologi dan kejuruteraaan berkaitan komputer..
http://che-armad.blogspot.com/
terima kasih che… bertukar2 fikiran dan berkongsi2 pengalmaman apa salahnya…
Nice info bro
Kalo kabel networking spt RJ45 tu pakai ape ek??
cooper tak silap aku…