internet oh internet!

By | February 8, 2010

1. ADSL

Bermaksud Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL) Sistem ini menggunakan sambungan kabel telefon sebagai jaringan penghubung dengan Internet Service Provider (ISP). Namun dalam penggunaannya, dial-up memiliki beberapa kekurangan. Seperti rendahnya kecepatan dalam mengakses internet, terlebih di masa2 tertentu yang merupakan waktu sibuk (kemuncak) atau office hour. Selain itu, oleh karana menggunakan sambungan telefon, kita tidak dapat menggunakan telefon apabila sedang melakukan koneksi ke internet. Penggunaan sambungan telefon juga berkemungkinan besarnya peningkatan gangguan atau noise apabila sedang menggunakan internet.

ADSL sendiri merupakan salah satu dari beberapa jenis DSL, disamping SDSL, GHDSL, IDSL, VDSL, dan HDSL. DSL merupakan teknologi akses internet menggunakan kabel tembaga, biasa disebut juga sebagai teknologi suntikan atau injection technology yang membantu kabel telepon biasa dalam menghantarkan data dalam jumlah besar. DSL sendiri dapat tersedia berkat adanya sebuah perangkat yang disebut DSLAM (DSL Acces Multiplexter). Untuk mencapai tingkat kecepatan yang tinggi, DSL menggunakan sinyal frekuensi hingga 1 MHz. Lain halnya untuk ADSL, sinyal frekuensi yang dipakai hanya berkisar antara 20 KHz sampai 1 MHz.

Sementara untuk penggunaan ADSL  Kecepatan downstream inilah yang menjadikan ADSL lebih biasa untuk kalangan keluarga, yang umumnya lebih banyak kegiatan yang menerima, dibandingkan kegiatan mengirim. Seperti mendownload data, gambar, musik, ataupun video.

Kelebihan ADSL

  • Pembahagian frekuensi menjadi dua, iaitu frekuensi tinggi untuk menghantarkan data, sementara frekuensi rendah untuk menghantarkan suara dan fax.
  • Namun kini dengan penggunaan Streamyx telah membahagikan  kaedah penggunaan telefon dan internet secara serentak (splitter).

Kekurangan ADSL

Adapun kualiti ADSL ini masih memiliki kekurangan.

  • Seperti pengaruh jarak pada kecepatan pengiriman data. Semakin jauh jarak antara modem dengan PC, atau saluran telefon kita dengan talian telefon, maka semakin lambat pula kecepatan untuk mengakses internet.
  • Tidak semua software dapat menggunakan modem ADSL. Misalnya Mac. Cara yang diguna pun akan lebih rumit dan berrkemungkinan memakan masa yang lama. Sehingga pengguna Linux harus menggantinya dengan software yang lebih umum seperti Windows.
  • Adanya load coils yang dipakai untuk memberikan layanan telefon ke kawasan-kawasan, sementara load coils sendiri adalah peralatan induksi yang menggeser frekuensi pembawa ke atas. Sayangnya load coils menggeser frekuensi suara ke frekuensi yang biasa digunakan DSL. Sehingga mengakibatkan terjadinya interferensi dan ketidak sesuaian jalur untuk ADSL.
  • Adanya Bridged tap, iaitu bahagian kabel yang tidak berada pada jalur yang langsung antara pelanggan dan CO. Bridged tap ini dapat menimbulkan noise yang mengganggu kerja DSL.
  • Penggunaan fiber optic pada saluran telefon digital yang dipakai sekarang. Di mana penggunaan fiber optic ini tidak sesuai dengan sistem ADSL yang masih menggunakan saluran analog iaitu kabel tembaga, sehingga akan menemukan kesulitan dalam pengiriman signal melalui fiber optic.

2. Broadband

Ramai pengguna bercakap mengenai broadband. Tapi apakah itu broadband? Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ‘suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (‘suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

Kelebihan

  • Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
  • Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

Internet jalur lebar

Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.

Multiplexing

Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa – multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa – multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar.

3. DHCP

DHCP atau dikenali Dynamic Host Configuration Protocol. DHCP meringankan beban pentadbiran dengan mengautomatikkan penguntukan IP kepada nod pada rangkaian. Menambahkan atau menyingkirkan nod dari rangkaian tidak menimbulkan sebarang masalah dapatan semula alamat IP kerana perkhidmatan DHCP menanganinya secara automatik.

4. Ip address

Alamat IP (Internet Protocol address) adalah suatu nombor unik yang digunakan oleh peranti sebagai pengenalan dan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam satu rangkaian komputer yang menggunakan piawaian Protokol Internet (IP). Kesemua peranti berkaitan — seperti penghala, komputer, pelayan-masa, pencetak, mesin faks internet, dan sesetengah telefon — boleh mempunyai alamat IP sejagat unik.

Alamat IP dicipta dan diuruskan oleh IANA. IANA biasanya akan menguntukkan blok-blok kepada pejabat pendaftaran Internet wilayah, yang akan mengagihkan blok-blok yang lebih kecil kepada ISP dan syarikat-syarikat.Oleh kerana alamat IP tidak mudah diingati, Sistem Nama Domain menyediakan keupayaan untuk mengaliaskan nama domain (cth. www.wikipedia.org) kepada alamat IP (207.142.131.248).

Keunikan IP

  • IP adalah satu protokol lapisan rangkaian di dalam set protokol Internet dan adalah protokol lapisan atasan yang menyediakan alamat sejagat yang unik (cth. alamat MAC untuk ethernet) tetapi kedua alamat ini tidak semestinya dapat berkomunikasi antara satu sama lain. IP menambah satu servis di atas protokol lapisan pautan data — melalui penggunaan alamat IP — yang menyediakan keupayaan untuk pengenalan secara unik dan berkomunikasi dengan peranti lain di dalam rangkaian.
  • Dengan kata lain, alamat IP adalah seperti alamat penuh untuk mel pos sementara alamat MAC sekadar nombor rumah. Contohnya terdapat banyak alamat dengan nombor rumah 123 tetapi hanya ada satu alamat untuk 123, Jalan Utama, Cyberjaya, Malaysia. Hanya sekadar pos kepada “123” tidak akan sampai ke mana tetapi “123, Jalan Utama, Cyberjaya, Malaysia” adalah alamat sejagat yang unik. Contoh kedua adalah seperti nombor telefon, alamat MAC cuma sekadar nombor telefon biasa (contoh 12345678), manakala alamat IP ialah nombor telefon yang lengkap dengan kod negara dan kod kawasan (contoh +603 12345678). Namun satu perbezaan ketara dengan dua contoh di atas ialah alamat IP seseorang itu bukan maklumat awam.
  • Sifat unik alamat IP membolehkan dalam banyak situasi untuk menjejak komputer mana — dan berkemungkinan, pengguna mana — yang menghantar mesej atau berkecimpung dalam suatu aktiviti di Internet. Maklumat ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengenali penjenayah yang disyaki; walau bagaimanapun perkongsian alamat IP atau penggunaan alamat IP dinamik (seperti di Malaysia), menyukarkan proses ini.
  • Alamat IP boleh kelihatan dikongsi oleh beberapa peranti kerana mereka sama ada berkongsi persekitaran pelayan web hos atau pelayan proksi (contohnya ISP atau perkhidmatan ketanpanamaan) yang bertindak sebagai perantara bagi pihak pelanggannya. Dalam kes ini alamat IP sebenar pengguna tidak dapat dikesan oleh pelayan. Analogi kepada sistem telefon ialah kegunaan nombor dail keluar (proksi) dan nombor sambungan (kongsi).

Versi IP : IP versi 4
Protokol Internet versi 4

IPv4 menggunakan alamat 32-bit (4 bait), yang menghadkan ruang alamat kepada 4,294,967,296 (232) alamat unik. Piawaian IPv4 boleh dikelaskan kepada lima iaitu: A, B, C, D dan E. Hanya kelas A, B dan C sahaja yang biasanya digunakan. Manakala yang lain disimpan untuk untuk tujuan khas. Walau bagaimanapun telah muncul kaedah untuk menulis IP dengan tidak terikat dengan kelas dipanggil CIDR (Class-less Inter Domain Routing).

Contoh: 127.0.0.1

Versi IP : IP versi 6
Protokol Internet versi 6

Disebabkan alamat IPv4 dikhuatiri habis tidak lama lagi, piawaian IPv6 sedang giat dijalankan. Alamat IPv6 adalah sepanjang 128 bit (16 bait), yang akan memberikan 2128, atau kira-kira 3.403 × 1038 alamat unik. Ini difikirkan cukup untuk tempoh yang lama.

Contoh: 2001:0db8:85a3:08d3:1319:8a2e:0370:7334

5. Modem

Modem (Modular-demodulator) merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya. Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital. Modem ialah perkataan bahasa Inggeris yang merupakan singkatan bagi modulator-demolator, iaitu pemodulat dan penyahmodulat.

Isyarat digital ialah isyarat yang mengandungi siri suis elektronik yang diwakili oleh ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya pula diwakili oleh 0. Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan sebagainya.

Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog, ia adalah isyarat berbentuk gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya. Ringkasnya, modem berfungsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.

Jenis modem

Modem biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu modem dalaman (internal modem), modem luaran (external modem), dan kad PC (PC card). Daripada ketiga jenis modem ini, jenis modem dalaman dan luaran digunakan pada persekitaran perkomputeran peribadi. Manakala jenis modem kad PC pula sering digunakan bersama komputer mudah-alih dan komputer buku.

  • Modem dalaman dari segi bentuk fizikalnya adalah berbentuk papan litar. Ia disambungkan serta dihubungkan dengan papan litar induk komputer peribadi menerusi slot penambah. Apa yang kelihatan untuk penglihatan anda cumalah bahagian belakangnya yang menyediakan soket sambungan kepada talian telefon.
  • Antara kelebihan yang dimiliki oleh modem jenis ini iaitu modem dalaman ialah ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik yang berasingan kerana sumber sedemikian akan datangnya daripada komputer peribadi. Ia sekaligus menyelesaikan masalah seperti pembaziran tenaga elektrik atau pun masalah seperti sering terlupa menutup suisnya. Ia juga membolehkan penjimatan ruang pada meja komputer anda berbanding dengan modem luaran yang selalunya memerukan sedikit ruang pada meja perkomputeran anda. Lazimnya jenis modem dalaman dari segi kos serta harganya adalah lebih murah berbanding dengan modem luaran.
  • Modem luaran pula adalah merupakan perkakasan yang tersendiri serta terasing daripada komputer peribadi anda. Ini sekaligus membolehkan anda menguruskannya secara berasingan. Antaranya termasuk kemampuan memutuskan capaian ke internet dengan menutup modem tanpa perlu menutup ataupun berinteraksi dengan program yang berkaitan dengannya pada komputer peribadi korang.
  • Selain daripada itu, modem luaran amat popular di kalangan pengguna kerana ia mempunyai lampu-lampu petunjuk serta isyarat yang membolehkan para pengguna mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh modem tersebut.
  • Modem jenis kad PC pula adalah modem yang kelazimannya digunakan bersama komputer jenis mudah-alih dan buku. Saiz kad ini adalah sama dengan saiz kad kreadit dan kebanyakannya adalah jenis kad PC yang memenuhi format kad PC2. Dengan menggunakan kad jenis ini, korang boleh membuat capaian ke internet dengan kaedah sambungan kepada talian telefon biasa di kediaman ataupun pejabat  seperti mana yang digunakan dengan modem jenis dalaman atau luaran.
  • Namun, jika korang berada di dalam perjalanan serta tidak mempunyai talian telefon tetap serta kovensional, jangan bimbang, ini adalah kerana dengan menambahkan kabel khas kepada telefon mudah-alih ataupun bimbit . Capaian internet akan dapat dibuat. Mungkin masalah yang akan timbul ialah dari segi kualiti serta kemampuannya. Namun, kini sudah terdapat jenis-jenis modem yang menyokong persekitaraan seumpama ini. Ini adalah jenis-jenis modem yang dikenali sebagai modem yang menyokong rangkaian Paket Data Selular Digital. Dengan meluasnya penggunaan modem sedemikian, ia pastinya memberikan upaya mobilisasi yang besar kepada para pengguna.
  • Apabila memilih modem samada jenis dalaman, luaran dan kad PC yang kebiasaannya ditentukan mengikut keperluan, kehendak serta jenis komputer yang dimiliki, turut merupakan faktor penting serta kriteria utama apabila memilih modem ialah kelajuaannya. Kelajuannya diukur dalam kiraan bit persaat (1 kilobit bersamaan dengan 1000 bit).
  • Kelajuan sesebuah modem adalah amat penting kerana ia akan menjadi antara faktor utama yang menentukan kelajuaan anda memindah-terima laman-laman web, menghantar e-mel dan sebagainya. Lebih laju jenis modem anda, lebih lajulah kerja anda dapat dilaksanakan. Tetapi, haruslah diingati bahawa turut terdapat faktor-daktor lain yang mampu melambatkan ataupun mempercepatkan kerja anda. Antaranya ialah jenis talian komunikasi serta trafiknya ataupun kemampuan komputer induk yang menempatkan laman web tersebut.

6. Router

Router (Penghala) atau gateway merupakan sejenis peralatan komputer yang berfungi untuk menghalakan paket-paket data dalam jaringan. Penghala biasanya menjalankan sistem pengendalian tersendiri. Penghala yang lebih mahal memiliki banyal pempropes dan ASIC dan berupaya untuk menjalankan pemprosesan selari.

Walau bagaimanapun, dengan perisian yang sesuai (seperti SmoothWall, XORP atau Quagga), PC biasa juga boleh bertindak sebagai penghala.

Fungsi

Penghala (Router) berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.

Kelebihan  Penghala (Router)

1. Menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian internetwork.
2. Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.
3. Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.
4. Menghalang Ribut Siaran (broadcast storm) dari tersebar keseluruh bahagian jaringan

Asas PC
Setiap sistem operasi sama ada Windows mahupun Linux menyokong fungsi routing terbina dalam. Jika anda mengaktifkan Internet Connection Sharing (ICS) di dalam Windows, anda telah menjadikan komputer anda sebagai sebuah router ringkas. Begitu juga dengan Linux yang boleh bertindak sebagai router IP atau IPX.

10 thoughts on “internet oh internet!

  1. aktechpage.com

    Perghhhh…. rasa macam belajar balik asas2 network dulu…
    refresh kembali subjek masa belajar dulu.

    lps ni wat post pasal network diagram plak, hehehehe
    Thx bro

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… sama2….cuma saja nak refresh… kekadang aku pun terlupa kena ada pulak soalan2 cepumas dari client ternganga-nganga… insya-Allah, kalau tangan aku ni dah kurang sikit touch

      Reply
    2. Faarihin

      pergh.. kalau saya amik course berkaitan computer ngan network ni.. memang selalu lah saya akan dok ngadap kat sini.. huhuhu..

      Reply
      1. hazlan Post author

        huhuhu… ngadap jangan tak ngadap…. terima kasih banyak2…

        Reply
          1. hazlan Post author

            tapi jangan diabaikan apa yang penting dan bermakna…. nasihat utk diri aku gak ni… huhuhuhu…

            Reply
    1. hazlan Post author

      yang lebihnya tu bila tak ada talian talipon guna wayar kita cucuk jek thumdrive tu… soal laju tu kenalah tengok package… cuma bebulan bayar tu yg mampu ataupun tidak….

      Reply
    1. hazlan Post author

      hahahaha… biasalah wat koje2 cam ni kena rajin sentuh menyentuh kalau tinggal lama mesti blur punyer… situasi aku pun cam tu gak…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *