Category Archives: Science & Technology

pengesahan sumber bahan halal

Sebelum ini pernah aku tuliskan mengenai faktor utama halal dan haram sesuatu makanan di dalam tajuk status halal dan haram dalam ramuan makanan namun cara bagaimana pula pihak2 yang berwajib seperti JAKIM sendiri mengesahkan sumber bahan itu adalah halal? Pengesahan adalah pembuktian dimana sesuatu produk itu disahkan benar2 halal. Untuk membuktikannya ada pelbagai cara dan… Read More »

cara laman web atau portal diceroboh

1 Malaysia sedang hangat memperkatakan berikutan penggodam2 dari Malaysia dan luar negara sedang memprotes tindakan kerajaan Malaysia baru2 ini kerana telah menyekat 10 laman web perkongsian fail dan ini telah menghalang kebebasan dalam menggunakan internet. Terdapat beberapa kaedah biasa digunakan oleh penggodam diseluruh dunia khususnya bagi menceroboh laman portal ataupun laman web yang bertujuan bagi… Read More »

fenomena angin suria

Apakah itu angin suria? Angin suria ini adalah merupakan salah satu fenomena pergerakan zarah2 bertenaga tinggi yang dipancarkan oleh matahari. Ini berlaku dimana dibahagian luar atmosfera suria yang tidak mempunyai sempadan tetap dan telah mengakibatkan korona akan sentiasa berkembang oleh kerana suhu jirim korona yang tinggi. Fluks jirim korona yang mempunyai zarah2 yang terdiri daripada… Read More »

status halal dan haram dalam ramuan makanan

Antara faktor utama halal dan haram sesuatu makanan, terutamanya yang telah diproses terletak kepada bahan dan ramuan yang digunakan dan dari mana bahan dan ramuan itu diperolehi secara jelas  dan pasti tidak halal atau meragukan, maka bahan dan ramuan tersebut juga adalah haram atau meragukan. “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa2… Read More »

membran nanopenurasan

Proses membran adalah satu teknologi yang telah lama digunakan untuk pelbagai jenis pemisahan dalam industri kimia. Terdapat pelbagai jenis proses membran seperti penurasan mikro, ultra, nano, osmosis berbalik, pemisahan gas, dialisis, elektrodialisis dan pervaporasi. Nano penurasan (NF) merupakan salah satu subset kepada proses membran terpacu tekanan adalah teknologi yang mula digunakan pada akhir tahun 80an… Read More »

apakah dimaksudkan dengan robot

Dengan perkembangan teknologi nanoelektronik kini manusia dapat dan mengaplikasikan ciptaan yang memang menjadi kegemaran dan kehendak iaitu mencipta dan menghasilkan sebuah mesin yang bergelar robot. Pada dasarnya robot ini ialah untuk golongan mesin2 yang akan membantu manusia untuk kerja2 harian mereka. Kita akui rata2 kita semua sudahpun tahu apakah itu robot. Perkataan robot  berasal dari… Read More »

Mikroskop Elektron dan peranannya dalam Teknologi Nano

Teknologi nano yang merujuk kepada struktur bahan atau system berskala sekecil satu nanometer (1 nm=1 per billion meter) memang tidak terlepas dari dibicarakan di dalam dunia sains dan teknologi. Bila bercakap tentang teknologi nano pernah aku perkenalkan sebelum ini silaa rujuk di: Apa itu nanoteknologi. Namun di sini aku ingin menengahkan mengenai peralatan yang penting… Read More »