fenomena angin suria

By | May 13, 2011

Apakah itu angin suria? Angin suria ini adalah merupakan salah satu fenomena pergerakan zarah2 bertenaga tinggi yang dipancarkan oleh matahari. Ini berlaku dimana dibahagian luar atmosfera suria yang tidak mempunyai sempadan tetap dan telah mengakibatkan korona akan sentiasa berkembang oleh kerana suhu jirim korona yang tinggi. Fluks jirim korona yang mempunyai zarah2 yang terdiri daripada elektron, proton dan juga zarah alfa akan berlaku secara berterusan menjauhi matahari pada kelajuan yang sangat tinggi iaitu 250 batu (400 km) sesaat.

Lakaran tentang fenomena angin suria.

Eugene Parker pada 1958 telah menemui fenomena ini dan beliau mendapati terdapat angin yang tidak berhenti bertiup dari matahari dan mengisi ruang angkasa bersama gas plasma. Komposisi angin suria adalah terdiri daripada hidrogen, nitrogen dan juga benda asing. Medan magnet bumi pula akan membalikkan semula sebahagian daripada angin suria untuk membentuk Lengkungan Radiasi Van Allen. Angin suria yang melepasi medan magnet bumi akan membentuk Tabir Cahaya Utara (Aurora borealis) dan Tabir Cahaya Selatan (Aurora australis). Fenomena ini turut memberi kemungkinan satelit atau stesen angkasa akan mengalami pergeseran dengan angin suria yang akan menyebabkan ia akan terkeluar dari landasannya.

23 thoughts on “fenomena angin suria

  1. Pingback: Komuniti Blogger — fenomena angin suria

    1. hazlan Post author

      salam kenal… huhuhuhu… rasa2nya enggak lah…

      Reply
    1. hazlan Post author

      rasanya macam tak… kalau tak setelit pasti dah cair….

      Reply
  2. zezebel

    Maksudnya ia tak berbahaya kepada manusia la kan? cuma menjejaskan satelit dan stesen angkasa tersasar dari landasan je..

    Reply
    1. hazlan Post author

      rasanya tidak… pemanasan global berlaku oleh kerana manusia sendiri…

      Reply
  3. Rizdan

    Kunjungan pertama saya di blogger negara tetangga
    Nice info,jadi tambah pengalaman

    Dulu pernah ada blogger asal malaysia yang pernah berkomentar di blog saya,namanya farah wahida
    saya senang sekali bisa jalin silaturrahim dengan blogger negara tetangga tapi entah kenapa alamat URL sekarang sudah tidak aktif lagi

    Reply
    1. hazlan Post author

      selamat singgah rizdan… oh mungkin beliau ada komitmen lain kot…

      Reply
  4. wazy

    Dengan kelajuan 250 batu (400 km) sesaat,mesti macam-macam boleh terjadi disekitarnya

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu… kalau manusia tentu dah jadi debu kot

      Reply
    1. hazlan Post author

      rasanya boleh menjadi padang jarak padang terkukur kot…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… terima kasih kerana share bro… pasal tengok citer ni la tergerak aku nak tulis tajuk ni… cuma tak dikuatkan dengan movie je…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *