Di sini aku memilih 2 idea inovasi untuk produk perniagaan sebagai menambah aspirasi kepada bakal usahawan. Ianya diambil secara rawak di sekitar perkembangan inovasi beberapa negara di seluruh dunia. Diharapkan dengan adanya konsep-konsep yang di tonjolkan ini akan mencetuskan pelbagai idea dalam inovasi di masa yang akan datang.
1. Di negara Sweden: Topi keledar basikal halimunan.
Perdebatan yang berterusan dan tiada kesudahan mengenai topi kaledar biasa sama ada ianya benar-benar melindungi si pemakai mencetuskan idea inovasi dengan terciptanya topi kaledar yang diberi nama Hovding ini. Bagaimana ianya berfungsi? Pada dasarnya ia adalah beg udara dan disimpan di bahagian leher penunggang ketika berbasikal. Sekiranya berlaku kemalangan, beg udara ini akan diaktifkan dengan meliputi kawasan yang lebih besar disekeliling kepala. Lihat video di bawah ini.
Mungkin akan datang penunggang motosikal juga boleh memakainya. Siapa tahu kan? Kini ianya telahpun dijual secara online. Berminat untuk membelinya?
Maklumat lanjut boleh layari: http://www.hovding.com/en/how_it_works
2. Di Negara Finland: Membayar barangan hanya dengan menggunakan wajah.
Idea ini adalah sesuatu yang diluar kotak minda kita. Dimana idea membeli belah dengan teknologi digital tidak terhad kepada pembelian melalui talian sahaja. Syarikat yang berpengkalan di Finland ini melancarkan pembelian berbentuk fizikal yang diberi nama Uniqul dengan mengitiraf wajah pembeli secara automatik dengan memuatkan butiran pembayaran pelanggan hanya selama 5 saat sahaja.
Idea ini tercetus apabila syarikat OptimEyes di UK membangunkan iklan digital yang mengumpul maklumat tentang demografi perasan pembeli, dan di Rusia, syarikat Synqera mewujudkan platform emosi mengesan pembeli bahawa tawaran diskaun bergantung kepada perasaan mereka.
Maklumat lanjut boleh layari: http://uniqul.com

senangnya scan pakai muka jer… tak payah susah2 bawak duit…
huhuhu tapi duit dalam bank pun kena banyak gak kot… huhuhuhu
yer betul, cuma tak payah nak takut kena rompak..
bila yang no.2 tuh nak masuk malaysia?? 😀
kat Malaysia masih belum ada yang berani nak buat untuk cucuk modal kot…
macam merepek sikit.. tapiiiii menakjubkan lah! hahaha
amal singgah sini..moga blog ni dimurahkan rezekiii.. aamiiin
http://cikamal.com/
insya Allah… mudah-mudahan… semoga cik amal juga dimurahkan rezeki…aminnnn
1-kesian patung tu kena langgar. Hhehehehe
2-macam2 cara kan orang nak memanipulasi pengguna. Alasan untuk kemudahan pengguna tu wayang je. Yang pasti pengiklan dan industri mahu keuntungan berlipat kali ganda dengan kos paling minimum.
betul tu janji untung katanya…
Inovasi yang sangat menarik, dan tentunya bermanfaat.
x psti mcmana polisi/sistem kslamatan di finland ttg cara no 2 tu. mgkn ada risiko kselamatan jk dipraktikkan d ngara lain. org blh printout gmbr kndian talakn ke mesin scan. tau2 duit dlm akaun hilang.