Seperti semua telah ketahui, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer dapat menerima data mentah, rajah dan akan memprosesnya kemudian memanipulasikan untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia juga diprogram untuk menerima input, lalu memproses untuk mengeluarkan output seperti yang dikehendaki dan ia juga berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia mempunyai kelajuan (speed), kebolehpercayaan (reliability), keupayaan storan (storage capability), produktiviti (productivity), membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos. Sebagai kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat menyelesaikan tugas2 manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan keputusannya tepat.
Sejarah perkembangan penciptaan komputer boleh dibahagikan kepada 3 iaitu :-
a) Sejarah teknik merekod
b) Sejarah mesin kad tebuk
c) Sejarah komputer elektronik
Sejarah perkembangan awalan merekod ialah di mana orang Sumeria menulis di atas kepingan tanah liat dan orang Mesir menulis di atas Papyrus dan menggunakan ‘Calmus’ sebagai alat menulis. Orang Greek dan Romania pula menggunakan buku yang diperbuat daripada kepingan kayu nipis berlilin. Kertas dan pen mula digunakan sejak kurun ke 14.
Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang.

Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan Yunani.

- Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan,iaitu Pascaline. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pada tahun 1673, mesin pengira Leibnitz atau ‘ Stepped Reckoner‘ telah direka oleh ahli Falsafah dan Matematik Jerman, Baron Gottfried Wilheim Von Leibnitz yang diubahsuai dari mesin Pascaline.

- Sejarah perkembangan penciptaan komputer kemudiannya menembusi bidang penenunan sutera pada tahun 1804 apabila Joseph-Marie Jacquard membangunkan mesin menenun sutera yang boleh diatur cara. Mesin itu dikawal dengan satu set arahan untuk melaksanakan satu tugasan khusus. Dengan Konsep lubang dan tiada lubang Jacquard menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.

- Pada tahun 1854, ahli matematik Inggeris, George Boole telah mencipta satu bidang algebra. Pada tahun 1937 pula, Beliau adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau juga telah mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.


- Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta yang digelar ‘Bapa Komputer‘ atau ‘Arkitek Komputer Moden‘ telah membina Enjin Perbezaan ( Difference Engine ) pada tahun 1822. Seterusnya pada tahun 1833, Enjin Analitik ( Analytical Engine ) mula dibina. Kedua-dua usahanya tidak disiapkan kerana kekurangan teknologi serta terlalu maju untuk masanya. Beliau telah membina “The Difference Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik. Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.

- Usaha Babbage kemudiannya dilaksanakan oleh George Scheutz pada tahun 1855 dan pada tahun 1889, Henry Babbage telah mereka sebahagian daripada kilang Enjin Analitik itu. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.

- Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam membina arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”. Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan “Analytical Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.

- Herman Hollerith kemudiannya mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data dengan mencipta mesin Penjadualan Hollerith sekitar 1890 dan telah membangunkan satu peranti automat yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith dan Babbage ialah mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin Babbage menggunakan kuasa mekanikal.

- Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat.

- Mereka telah merujuk kepada hasil kerja Dr. John Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABC sebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang diperdagangkan secara komersil.

Maklumat yg cukup bagus. awal2 kemunculan komputer dulu mmg saiz dia besar2. skrg saiz tapak tangan pun ada
teknologi amat pantas dan cepat sekali sampai tak terikut…
bayangkan tiada kemudahan komputer seperti mne yg kita nikmati sekrang..konpem susah nk bt keje…bertuah deme ni..otak pikat2, komputer ni bnyk kegunaannya,,
bayangkan zaman kertas lagi… peh tentu semua perkara akan menjadi lambat… namun masih releven lagi untuk dokumentasi…
tu la psl.skng dgn kemudahan komputer dgn it skli..mkin canggih,,
canggih manggih… tapi jangan makin malas dah la… nasihat utk aku jugak ni…
salam..
kini barulah kutahu..sblum ni mmg tak tahu al-kisahnya..
maklumat yang bagus dan mrik ni bro..
teringat masa sek dlu kena buat folio..huhu..
hahahah… aku dulu zaman sekolah buat folio guna typewriter jek… gambar ori lekat kat kertas… pastu submit…
uik klasik dan unik tu..
unik memang unik…
super computer masa zaman tu macam server la pulak.
sekarang dah jadi kat tapak tangan je…
Salam,
Manusia semakin cerdik sekarang… tapi takkan ada yang hari ini kalau bukan karana mereka yang terdahulu betul kan?…
salam kembali… betul tu, budak2 sekarang pun cerdik lain macam dah tak sama dengan budak dulu2…
wau ilmu ni bro thanks bro..baru saya tahu sejarah penciptaan komputer
kita kongsi sama2… u r welcome
hai kawan..
jika tiada mereka mana mungkin anak2 zaman skrg bisa meneroka era serba baru dan canggih..
suri suka mr hazlan selitkan ruang post bgni sb suri suka akan sejarah2 bgni..
dlu suri mmg hnatu sejarah,anak kesayang cikgu le katakan..hehehe..
betul tu… kalau kasi tengok yang dulu kat budak2 sekarang mesti membebel… aku memang minat asala usul… antu sejarah erk suri? alamak… den tak terror
pergghhh macam tuh rupanya…. sekarang nie dah senang je… tapi kita kena tahu asal-usul..
betul tu zik asal usul dilupa jangan…
Wahh!!….berwajah baru. Xperasan lame tak mengunjung la.
Jadi komputer pertama di panggil ABC satu masa dulu….hah!…akan ku ingat sampai bebiler.
cd..
tul tu ABC mudah pun mau ingat tapi makna dia tu kekadang aku pun tak teringat… panjang bebenor… alaaa themes baru ori dari WP jek… kalau dah busan akan datang cari lain la pulaknya…
dulu semua benda besar2.. skg sume kecik2…
betul tu… tu pun ader nak buat kecik lagi kasi tak nampak… waduh2
salam jumaat & jam 2.41ptg…
sjrah peradaban tingkatan 3 and 5 tu mmg bst bro…skr rasanya ingat2 lupe je..huhu..tapi asal apa yg berkaiatan dgn sjrah suri mmg minat2 sangat..hehehe..
klu mouse jdi cam robert, ikut arahan manusia psti kita akan jadi lbih mals lagi nak buat kerjakan..tgok shja skr dah ada wirelss..heehee
rasanya dah tercipta mouse hanya bergerak melalui fikiran.. tapi masih peringkat rnd ada tengok kat astro hari tu… memang bertambah malaslah agaknya… lalu anyaklah penyakit luar dan dalam datang… wah peradaban dunia tu… memang dah tak ingat lansung ni…
bagus betul entri kali ni. boleh buat rujukan kalo ada exam sejarah komputer, heh.
thanks bro! =)
u r welcome…
Terbaik ni bro,boleh dijadikan sumber rujukan kepada pelajar di dalam bidang IT
huhuhu dulu masa aku study memang payah nak cari info… jadi utk plajar It sekarang gunakanlah sebaik2nya… semoga berjaya
bayangkan kalo xdak komputer.sengsara hidup.adoi.
btw,link exchange boley? budak bru wp ni.hehe dh letak blog bro kat sana.thanks!
oh dah letak erk terima kasih banyak2… aku add link blog Eyl kat sini jugak…
ialah sekarang semua di depan mata dan ditangan… bayangkanlah hidup 20 tahun dulu…
kalau Junior aku taw pasal entry nie , mesti diorang senggih jer bila buat assignment
dah tentu copy paste ni…
Salam,wa info yang berguna pada mereka yang belum mengetahwi apa iti komputer dan sejarah kewujudakan komputer,info boleh buat rujukan student it,thank q bro manci nice entry.. 🙂
huhuhu… aku agak suka jugak dengan susur galur awalan yang mana boleh jugak aku merujuk kembali masa akan datang… sama2 kita boleh guna pakai…
maklumat yang cukup bagus.. tapi saya tak sempat nak baca semua.. hehehe..
kalau ada masa teringin nak tau kang singgah2la lagi.. huhuhu…
halooo..
klu tak der komputer rasanya pasti ada atra kita akan melepak..buang masa tak tentu hala..hehee
dulu ada budaya lepak kat mana2 … namun bila ict dah semakin canggih lepak kat tempat lain pulak dah…
bro lepak kat maya le..kat twewtt..kt fb..hehehe..
tapi lagi bst klo ada blog sndiri mcm pkra blh kita kongsikan pd org lain kan.. 🙂
FB, twt semua dah ada… tapi blog ader satu perasaan yang berbeza… betul2 tu suri setuju banget…
baca artikel ni dah macam baca buku sejarah dah.. tanx bro.. padat 😉
Tak dapat bayangkan kalau sekarang msih guna komputer besar mcm tu.. hehe
kalau bagi free pun rasanya tak sanggup nak angkat pindah randah… tapi klasik tu
hello assalamualaikum… pa habaq .sihat?
ni aku nak tanya skit ni… hang blajaq graphic designer ka… aku da hajat nak
minx tolong sket ni… leh tak?
biasa nya website flash camne nak buat? software ape nak pakai kalau nak buat
flash website…
tQ
salam kembali, bro nak buat flash… peh aku guna adobe flash builder 4, tapi sekarang ni boleh buat secara online je… guna http://www.wix.com
barulah aku tau benda-benda nih..
huhuhu.. terima kasih kerana melayan posting panjang lebar ni
artikel yang menarik. sekedar info bahwa kami menyediakan buku2 ilmu pendidikan sebagai bahan referensi kuliah dan skripsi. dengan harga mahasiswa
terima kasih.
salam
oh terima kasih…