kayu kokka dan masalah aqidah

By | June 29, 2010

Baru2 ni masa sedap2 aku minum dan makan tengah hari sorang2 ketika waktu rehat selepas kelaparan melanda yang amat sangat. Tetiba datang seorang hamba Allah ni duduk bersembang pulak dengan aku. Dia bukanlah penjual tapi si pemakai cincin kayu kokka ni. Korang pernah ke dengar pasal kayu kokka ni? Pada mulanya sembang biasa2, tapi lama kelamaan tu terlebih la pulak exited dan taksub dia dengan si kayu kokka ni. Menurutnya boleh mengubati macam2 jenis penyakit, menghalau jin dan murah rezeki. Sambil menceritakan pengalaman2nya yang benar2 terjadi. Entah betul atau tidak tu aku pun tak tahu. Aku bukan malas nak menidakkan tapi kalau orang yang aku tak pernah kenal tetiba diparangnya aku pasal tak puas hati, nahas aku. Namun sekiranya korang terserempak dengan peristiwa yang sama macam aku ni, di sini aku ada rujukan untuk korang boleh memaklum balasnya semula….

Ramai bertanya kepada saya berkenaan keajaiban kayu kokka. Sebenarnya saya telah lama menyatakan berkenaan kayu kokka ini sejak dari Jordan, saya juga sempat bertemu dengan penjual utama kayu kokka semasa berada Jordan. Selepas perbincangan, penjual ini mengakui bahawa tiada sebarang hujjah yang boleh dipakai untuk mendakwa kesohihan dakwaan sejarah kayu ini.

Saya juga telah berusaha mencari apa jua hadith dari beratus buah kitab-kitab hadith berkenaan kayu ini, malangnya tiada satu pun hadith berkenaannya.

Saya juga sempat bertanya kepada Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqar ketika menziarahi beliau di rumahnya di Mesir pada tahun 2004. Beliau menyatakan sesiapa yang mempercayai kayu ini adalah orang-orang yang jahil. Itulah yang disebut oleh Syeikh Atiyyah.

Selain itu, saya juga sempat berbincang dengan Syeikh Prof. Dr Abd Malik As-Sa’di (Ulama Iraq yang menjadi pensyarah di Univ Mu’tah Jordan), beliau mengatakan pemakai cincin kokka, rantai, tasbih dan lain-lain dengan kepercayaan akan kehebatan ghaib kayu yang boleh mendatangkan kesan baik atau menolak keburukan, ia termasuk dalam kategori tangkal yang membawa hukum syirik.

Dari sudut hukum jual beli

Ringkasnya, penjual kayu ini juga kerap mewarwarkan ‘kuasa ghaib’ kayu ini, menurut hukum Shariah sebegini adalah haram tanpa syak lagi kerana telah berfunsgi seperti bomoh yang meramalkan hal ehwal ghaib.

Penjual kayu ini juga samada secara sedar atau tidak telah melakukan penipuan apabila menyebut kayu kokka sebagai kayu yang sama dengan Bahtera Nabi Nuh a.s ( padahal tiada saiapa yang pernah menjumpai bahtera ini, sebarang dakwaan kosong tidaklah boleh dipakai) demi untuk meyakinkan pembeli akan kehebatannya, sedangkan tiada satu hadith yang menyebutnya dan kajian saintifik juga tiada yang boleh dipakai dalam hal ini. Apabila perkara tidak sabit kebenarannya ini dijaja bagi menjual kayu ini, ia akan tergolong dalam kategori pembohongan dalam jualan. Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli, Nabi menjawab : Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat ) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap ( ketika promosi ) mereka akan sentiasa berbohong. (Riwayat Al-Hakim, sohih isnadnya menurut syarat Al-Bukhari & Muslim ; Al-Baihaqi)

Demikian juga halnya dengan majoriti penjual kayu ini di ketika mereka berkempen, ada yang akan mendakwa kononnya ia adalah kayu yang sama dengan tongkat Nabi Musa a.s serta boleh menghadang Jin dan Syaitan. Semuanya tidak berasas di dalam Islam. Bagi saya, kayu ini sebenarnya lebih banyak membawa keseronokan kepada Jin dan Syaitan kerana lebih mudah merosakkan aqidah umat Islam dengan kewujudannya.

Selain itu, sebahagian pihak penjual menaikkan harga kayu ini hanya kerana kehebatan ghaib kayu ini. Jika harganya berdasarkan kualiti dan kecantikannya sebenar sahaja, tentu ia dibenarkan oleh Shariah. Bagaimanapun jika ia dinaikkan kerana kuasa ghaib dan khasiat yang tidak boleh dibuktikan oleh kajian sains, ia tidak dibenarkan oleh Shariah kerana gharar.

Kayu atau orang yang bermasalah?

Ada yang bertanya serta memberikan pandangan kepada saya bahawa yang salah adalah kepercayaan itu dan bukannya kayu itu pada fizikalnya. Benar, saya bersetuju dari satu sudut bahawa kayu itu sendiri sudah hukumnya adalah neutral, demikian juga hukum bagi kubur. Bagaimanapun yang menjadi masalah adalah pemuja kubur, sudah tentu kubur dan jenazah yang dikuburkan itu tidak salah, tetapi yang salah adalah pemuja. Demikian juga halnya kayu kokka. Dalam Islam, jika sesuatu yang neutral itu menjadi sebab utama kepada syirik, ia turut akan diharamkan sebagai sadd az-zara’i (menutup ruang kemungkinan berlaku syirik).

Justeru, hukum memakai dan membeli kayu ini dengan tujuan hiasan semata-mata, tanpa sebarang kepercayaan ghaib tentang kehebatannya adalah harus. Bagaimanapun, amat wajar dijauhi juga, kerana apabila sudah diwarwarkan tentang keajaibannya, walaupun seseorang memakainya hanya untuk kecantikan dan hiasan, berita keajaiban itu akan bermain di sempadan syirik dan Syaitan dengan mudah boleh melintaskan perasaan keajaiban itu ketika seseorang memakainya.

Islam menolak semua jenis tindakan yang bermain di sempadan syirik seperti menyimpan patung di dalam rumah, membina kubur dan dalam kawasan masjid dan banyak lagi (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)

Kempen

ANTARA DAKWAAN PENJUAL KOKKA adalah :-

  • Sekiranya anak-anak demam, hendaklah diberi minum dengan air suam. Insya-Allah suhu badan menurun.
  • Dapat menghalau jin dan syaitan serta terelak daripada dirasuk dengan menggosok atau disapu pada dahi.
  • Jika disapu pada orang yang dirasuk akan meraung kepanasan dia. (Sapu sedikit sudah cukup).
  • Orang tidak akan mengkhianati atau menyusahkan kita, jika kita memakai minyak ini. Insya-Allah. *Jika minyak ini sentiasa melekat di badan kita, Insya-Allah orang akan menyayangi kita.

Sumber : http://www.freewebs.com/adeqanuar/kayukokka.htm

Bayangkan begitu karut dakwaan penjual kayu kokka ini, sehingga minyak kayu kokka dianggap boleh menjadi minyak pengasih. Sedangkan hukum minyak pengasih adalah syirik dalam islam sebagai disebut oleh nabi SAW ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradhawi ).

Tangkal atau Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama’ berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran.

Abdullah Bin Mas’ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya : Sesungguhnya jampi yang mengandungi syirik, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud – Menurut Syeikh Albani : Hasan )

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu’) :

Ertinya : Barang siapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.

Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za’faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.

Moga Alah menyelamatkan kita dari syirik dan khurafat

Rujukan sebenar dan sumber asal adalah daripada: http://www.zaharuddin.net

18 thoughts on “kayu kokka dan masalah aqidah

  1. Amanina

    em, macam mane pulak tali yang dipakai pada pergelangan tangan budak2 kecik tu. selalu nampak parents org lain pakaikan tali ape ntah kat tangan baby. kononnya taknak diganggu jin.

    syirik?

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku pernah tanya dengan ustaz2 semasa pertama kali dapat baby… mana tidaknya orang tua2 macam2 petua jadi untuk membuang rasa berbelah bahagi aku pergi tanyalah dengan ustaz2 dan derang terangkan adalah tali yang dipakai dipergelangan budak2 berstatus syirik tu… harap ingatkan semula orang2 tua dengan cara yang sopan dan betul…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tak silap ada ditulis dalam hadis sahih… tapi bukan sebab nak pandai… ia faktor kesihatan otak kita.. jadi kepandaian tu datang dengan sendiri kerana otak berfungsi dengan sempurna… sekadar pendapat aku…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… rasa berkenan pulak dengan themes nie… tq bro

      Reply
  2. aktechpage.com

    Jangan cepat percaya kepada sesuatu benda sebelum mengkaji dahulu benar atau tidak kesahihannya…
    Daripada percaya kepada kayu kokka, lebih baik percaya kepada khasiat madu yang sudah dinyatakan dalam Al-Quran dalam ayatayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;

    “Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan”

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro terima kasih dengan komen yang amat bermakna ni….

      Reply
  3. suri

    masa dulu kayu ni mmg popular lah tersagat2 kan..tapi skr dah kurag skit kot lantaran ia dah byk kesadaran dilakukan oleh pihak media cetak ttg penipuan kayu ni.

    harap2 kita tdk terjerumus ke lembah itu..

    kita harus sf=dar kuasa Allah tiada tandingannya.

    Reply
    1. hazlan Post author

      ikut sahaja yang tertulis dalam quran… orang dulu2 banyak kefahamannya di pengaruhi oleh israilyat ( hadis yang diubahsuai oleh yahudi… )

      Reply
    1. hazlan Post author

      nak cepat kaya biasalah tu… jauh2 kan lah perkara macam ni…

      Reply
    1. hazlan Post author

      derang memang asal boleh untung jek… ish manalah nak berkat berniaga ye tak?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *