Topologi mesh ialah satu cara di mana data, bunyi dan kaedah dihalakan antara nod rangkaian. Dengan kata lain, sekiranya terdapat 10 peralatan di dalam sistem tersebut, maka satu peralatan akan disambungkan secara terus kepada 9 peralatan lain, begitu juga sebaliknya. Ia membolehkan sambungan dan konfigurasi kerosakan atau sekatan laluan diteruskan semula dengan loncatan dari nod ke nod sehingga tiba ke destinasi.

Topology Mesh
Satu rangkaian mesh mempunyai beberapa nod di mana semuanya tersambung satu sama lain adalah sebuah sambungan rangkaian lengkap. Rangkaian mesh berbeza dari rangkaian lain dalam setiap bahagian komponennya yang membolehkan setiap sambungan ke sambungan lain melalui loncatan dan ia biasanya tidak bergerak. Rangkaian mesh boleh juga dilihat sebagai sejenis rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc bergerak (mobile ad-hoc network atau MANET) dan rangkaian mesh oleh itu mempunyai hubungan rapat, tetapi MANET selalunya membahagi setiap masalah yang dikenal pasti dengan pergerakan setiap nod.

Rangkaian mesh adalah rangkaian yang boleh dibaiki sendiri (self-healing) di mana rangkaian masih boleh beroperasi bila satu nod tidak dapat berfungsi atau kerosakan pada sambungan. Ia merupakan rangkaian boleh dipercayai. Konsep ini dapat digunakan kepada rangkaian tanpa wayar, rangkaian berkabel dan perisian yang bertindak.Rangkaian mesh tanpa wayar adalah aplikasi yang paling kerap dibincangkan di dalam seni bina mesh. Asalnya rangkaian ini dibina untuk aplikasi untuk tentera tetapi telah menjadi evolusi penting sedekad kemudian.
Kelebihan
- Tahan lasak, jika berlaku kegagalan ia tidak begitu mengganggu rangkaian jika dibandingkan dengan topologi yang lain
- Mudah untuk diperbaiki
Kelemahan
- Agak susah untuk dipasang dan konfigurasi semula jika melibatkan komputer yang banyak
- Kos penyelenggaraan sambungan berulang adalah tinggi
Tree/Hybrid (Campuran)
Juga dikenali sebagai hybrid. Apabila terdapat gabungan antara topologi maka akan terbentuklah topologi hybrid. Kelebihan dan kelemahan untuk topologi ini adalah mengikut kelebihan dan kelemahan topologi asal Ia merupakan beberapa sistem rangkaian berbentuk bintang sambungkan kepada topologi Bas sebagai tulang belakang (back bone) sistem rangkaian. Seperti dua atau lebih hab disambungkan kepada peralatan cecincin token (token ring) atau kabel 10Base5.

Topologi Hybrid
Ringkasan
- Terdapat 3 jenis topologi utama iaitu Bas, Cecincin dan Bintang.
- Toplogi Bintang merupakan tolopogi yang mudah digunakan untuk syarikat-syarikat kecil.
- Topologi Hybrid (Campuran) diantara 3 topologi. Apabila sistem rangkaian bertambah besar, topologi jenis ini sering digunakan.
- Topologi Mesh selalu digunakan oleh ISP (Internet Service Provider) untuk memastikan kerosakkan satu talian tidak akan menganggu perjalanan sistem rangkaian.
- Wujud satu lagi topologi terbaru insya-Allah aku akan nyatakan di posting yang akan datang.

biasa dengar mobile ad hoc tapi tak tahu pula panggilan MANET.
mobile ad hoc network (MANET)… maklumat lanjut boleh layan kat sini:http://en.wikipedia.org/wiki/Mobile_ad_hoc_network
Salam bro mnet mcm sistem mobile ker?? dia akan melaporkan kerosakan yang berlalu secara serta merta? masih buntu π
nak pendekkan cerita agar mudah nak faham, macam wifi bila tak ada connection dia stop (biasa kat lat-top)… bila connection ada dia on balik secara auto… macam tu la lebih kurang.
salam bro…walaupun aku tak berapa faham sangat tentang ni, ada jgak yg aku faham ckit2… masih membaca ni… rujukan masa depan.. thanks info.. π
tak pe pelan2 bro…terima kasih kerana sudi membaca sebagai rujukan
lagi satu persoalan, kaedah ni digunapakai utk intranet @ internet @ kedua-duanya bro..?
kalau ikut pemikiran dan pendapat aku sendiri memang ya.. pasal kaedah ini adalah basic bagi segala penyambungan sistem rangkaian komputer.. tak kiralah apa pun janji termasuk dalam golongan netwok topologi… tak pasti kalau ada yang tak setuju dengan pendapat aku ni…
semakin faham benda2 teknikal berkaitan networking ni.. terima kasih bro atas perkongsian ilmu yang bermanafaat ni
u r welcome… berkongsi2 dalam blog memang menyeronokkan…
Ruang ini banyak info mengenai ICT, pelbagai ilmu IT boleh diperolehi oleh pembaca. Jangan disia-siakan ilmu spt ini, banyak kegunaannya suatu hari nanti dan bagi mereka yang bidang sama, ini boleh dijadi sebagai bahan nota anda.
terima kasih bro dengan kata2 semangat ni…
betul tu sebab dgn cara beginilah otak suri akan mencuba me’refresh mana-mana sunjek yang telupa..heeheee
kekadang pun aku sendiri ni lupa… pas ni kalau lupa kena baca balik aa entry sendiri… huhuhuhu
Salah 1 kelebihan blog, blog boleh di jadikan sbg rujukan diri sendiri apbl kita terlupa…kira mcm perpustakaan peribadi lah… π
ya teramatlah betul tu…
aku tak faham ni,advance sangat ni.haha. takpe2 boleh tambah ilmu aku gak walau sedikit.thanks info2 ni.
may be boleh baca dari awalan (dalam kategori netwoking) kot… apapun terima kasih kerana sanggup gak membaca
salam..
hurm sekli pandang rasa macam belajar sains..kelas atom nd molekul jer plak π
thnks kawan atas ilmu d ats..mmg mr hairill ni berbakat besar blh jadi guru hehee
ish2 suri… pasal molikul teringat lal aku masa sekolah menengah dulu ambik kimia dan add math.. dulu hajat nak jadi cikgu disiplin… tapi hajat tak sampai jadi pensyarah sambil2lan je sekarang…
Salam,
Agak blur..sebab saya memang tak tahu bab ni, boleh saya paham sikit-sikit..akan search maklumat lanjut info ini.
thanks..
terima kasih bro… tak pe pelan2 kayuh erk…
sungguh ku tak faham…mancai.
huhuhu.. tak dapek la den nak tolong bro, tapi baca pelan2 maybe sangkut gak satu dua perkara tu… maaf ye bro…
suatu pengetahuan komputer yang sangat bermanfaat
sama2 kita kongsikan ya bro…
ilmu komputer yang ada pada bro memang power la..sifu cpu la.. tak tahu apa2 nie.. huhu
ish2 jangan lah up aku bro… takut teriak pulak kang… aku pun banyak lagi yang harus belajar…
cam nie blh jadi cikgu it π hehee..sesekali org puji apa salahnya.kasi smgat skit..bila lahi nak dapt pujian π
hahaha jgan suri kembang kuncup kang aku ni… anyway thanks erk
Thx bro atas perkongsian ilmu networking ni…
Tambah sedikit ilmu aku bila abis baca ni… π
u r welcome bro…