Kluang Station

By | December 7, 2009

kluang

Cerita pasal technology selalu sangat pun boring jugak kan. Sabtu ahad lepas aku berkesempatan ke Kluang untuk menghadiri majlis kenduri-kendara sedara mara yang rapat. Jadi hajat dihati nak singgah la kat Kluang station ni, Kluang Rail Cofee yang dah memang terkenal dengan roti bakar dengan kopi “korek“nya. Ingat nak merasa la makanan yang telah disediakan oleh Chinese Muslim ni. Tak pernah merasa beb! Nak ke Kluang nie “mak ai” setaun sekali pun bercinta nak sampai. Alang – alang dah menyinggah. Alahai! Kempunan aku bila datang rupanya dia bukak sampai ke petang sahaja. Yang aku ni mengada datang malam2 apahal. Mana aku tau time-table dia. Dekat shopping kompleks area KL ni melambak dah “Kluang Station Cofee” ni, tapi tak sama situasi dengan lokasi original kan? Korang penah pergi ke lokasi original ni? Info2 la sikit kat sini…

19 thoughts on “Kluang Station

  1. sue

    bakal tunang sue org kluang johor nih…tp x berkesempatan g nak g cn..wahhal umah dia 10 mnt jek nak g kluang station tuh…next time kn g nih…dia kata tpt ni mmg best berbanding yg ada kat KL tuh,,hehhehe
    .-= sue´s last blog ..Nasi ayam pun Sodap!!! =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu…. tu yang aku dok teringin sangat nak menyinggah tu… kalau dah singgah roger2 kat sini erk…

      Reply
  2. Mustakim

    Saya selalu ke sini. Milo ais dia rasa macam milo yang kita minum kat kotak tu. Sedap sangat. Roti bakar plak kalau lapar, 5 sett roti bun tu pun boleh abis seminit. Tapi yang paling agak classic skit, bila kita bungkus air, dia akan bagi dalam tin susu..
    .-= Mustakim´s last blog ..Alumni SMKSR di Facebook! =-.

    Reply
  3. John L.

    Substantially, the article is actually the best on this deserving topic. I agree with your conclusions and will thirstily look forward to your incoming updates. Just saying thanks will not just be adequate, for the phenomenal clarity in your writing. I will immediately grab your rss feed to stay abreast of any updates. Fabulous work and much success in your business enterprise!

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuuh… aku pulak kat rumah kekadang dah licin pulak… anak2 pelahap semacam…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *