Orang yang berjaya dalam bisnes

By | January 31, 2020

Satu perkara awal yang orang bisnes mesti genggam dengan kuat ialah bagaimana untuk belajar redha dan bagaimana untuk belajar bertawakal selepas berusaha. perlu pupuk dan bentuk hati dan jiwa secara berperingkat.

Kemudian, kena belajar bagaimana untuk bersilaturahim dan menjaga ukhwah di semua rangkaian. Di sini perlulah ada sifat dan adab ‘ikram muslimin’. Di bahagian ini juga kita akan lebih faham siapa sahabat, siapa kawan dan siapa sekadar jadi kenalan, dan siapa dan siapa….

Orang yang berjaya itu keras kepala dan kental jiwanya. Ditolak tidak tumbang, dibenam tidak tenggelam. Orang berjaya tahu menyesuaikan diri dan mengawal diri. Mereka faham tentang kawalan mental dan emosi.

Belajar redho dan bertawakal itu adalah antara titik ketenangan diri dan jiwa. Di situ kita faham bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin Allah dan ketentuan ilahi, Dialah yang Maha ada. Kita tidak akan dan jangan cepat melatah, malah akan lebih sering bersyukur.

Begitulah kita jika mahu jadi orang yang berjaya. Kejayaan hadir apabila kita benar-benar bersedia. Walaupun cara kita meraikan kejayaan itu dengan cara yang berbeza, manisnya tetap terbit jua. Orang bisnes mesti belajar untuk ‘tumbuh seperti cendawan’ walau dimana sahaja.

” Ibarat dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung “

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *