Beza Sendirian Berhad dan Enterprise

By | June 21, 2019

Bagi yang ingin memulakan perniagaan dan mendaftar sebuah syarikat di SSM berikut adalah beza Sendirian Berhad (SDN BHD) dan Enterprise.

Sendirian Berhad (SDN BHD)

Enterprise (ENT.)

PEMILIKAN MODAL

1

Sdn Bhd disebut sebagai SYARIKAT

Enterprise disebut sebagai perniagaan dan ia cuma lessen untuk berniaga yang dikeluarkan oleh SSM

2

Dikawal oleh Akta Syarikat 2016 (sebelum ini Akta Syarikat 1965)

Dikawal oleh Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961 (untuk perniagaan perkongsian).

3

Sdn Bhd boleh mempunyai kumpulan pemegang saham dan kumpulan pengarah.

Enterprise tidak perlu dan tidak ada.

4

Pemilik Sdn Bhd (pemegang saham terbesar) boleh memilih untuk tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat.

Pemilik perniagaan Enterprise bertanggungjawab sepenuhnya.

5

Sdn Bhd mendapat akses modal tidak terhad (saham syarikat boleh ditambah pada bila-bila masa).

Terhad bagi perniagaan Enterprise.

PENGENDALIAN

6

Pengurusan Sdn Bhd dibantu oleh Setiausaha Syarikat (Company Secretary).

Tidak perlu  bagi perniagaan Enterprise .

7

Nama syarikat Sdn Bhd boleh ditukar ganti.

Tidak boleh  bagi perniagaan Enterprise.

KEUNTUNGAN DAN RISIKO

8

Syarikat Sdn Bhd dan pemiliknya (pemegang saham) adalah entiti berbeza.

Keuntungan yang diperolehi adalah milik syarikat manakala pemilik Enterprise berhak ke atas kesemua keuntungan.

9

Jika bankrap, pemilik Sdn Bhd tidak terjejas

Bank boleh menarik harta benda pemilik Enterprise.

10

Kematian pemilik dalam syarikat Sdn Bhd tidak menjejaskan bisnes.

Perniagaan akan tamat bagi Enterprise.

CUKAI

11

Cukai Sdn Bhd dikira atas syarikat (kadar cukai 19%-24% atas pendapatan bercukai).

Cukai bagi perniagaan Enterprise dikira bawah cukai pendapatan individu (sehingga 28%)

*tertakluk kepada perubahan yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Sekiranya tidak mampu untuk mendaftar sebagai Sendirian Berhad, cukup sekadar peniagaan milikan tunggal sahaja (ENTERPRISE) namun Kalian boleh juga meletakkan nama selain Enterprise kepada seperti berikut “SOLUTIONS”, “RESOURCES”, “PERNIAGAAN”, “NETWORK”, “SUPPLIES”, “MARKETING” “GLOBAL”, “WORLD” dan “BUSINESS” di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

6 thoughts on “Beza Sendirian Berhad dan Enterprise

  1. Zurainny Ismail

    Good write-up. Pelbagai pro & con berniaga sbg company atau sole proprietorship. Bergantung kpd jenis perniagaan, Sdn Bhd memang melibatkan kos lebih besar, tapi sekurang2nya risiko terhad.

    Reply
  2. Wan Zawawi

    Terima kasih dengan perkongsian ini bro, saya dah ada Enterprise, In Shaa Allah ada rezeki naik taraf ke Sendirian Berhad pula

    Reply
    1. hazlan Post author

      Alhamdulillah semakin maju tu kalau dah sdn bhd… sya pun ent. jer lagi… hehehe.. semoga semakin murah rezeki.. insya Allah.. amin…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu…. factor kekangan masa dan lain2 juga tu kekadang…

      Reply
  3. mrhanafi

    masih nenyimoan impian nak ada syarikat sdn berhad..

    cuma hold dulu kerana nawaitu nak glamer sahaja..

    so lebih baik jadi artifak impian sahaja hehehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *