Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Sempena permulaan tahun 2014 ini aku mulakan artikel yang bertajuk antara 10 tabiat yang merosakkan otak.
- Meninggalkan pengambilan sarapan di waktu pagi.
- Apa yang berlaku jika tidak mengambil sarapan diwaktu pagi adalah paras kandungan gula dalam badan akan menjadi rendah dengan ini ianya boleh menyebabkan bekalan nutrisi pada sel otak akan berkurangan dan boleh mengakibatkan otak menjadi kurang aktif.
- Makan secara berlebihan.
- Pembuluh darah pada otak akan terbeban ini boleh mengakibatkan kurangnya kekuatan mental pada otak.
- Merokok.
- Sel-sel otak akan mula terjejas dan terbakar. Penyakit “Alzhemer” mudah terjangkit.
- Penggunaan gula secara berlebihan.
- Gangguan penyerapan protein dan nutrisi dalam otak akan berlaku, oleh yang demikian perkembangan otak yang sihat akan terganggu.
- Pencemaran udara.
- Bekalan oksigen adalah keperluan penting untuk otak akan berkurangan dan ini boleh menyebabkan otak akan menjadi tidak aktif.
- Tidur yang berlebihan.
- Tidur yang agak panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
- Menutup muka semasa tidur.
- Perlakuan ini boleh mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Akibatnya kerosakan otak boleh berlaku.
- Memaksa otak bekerja semasa tidak sihat.
- Keberkesanan otak akan menjadi lemah dan mengakibatkan kerosakan sel-sel didalam otak.
- Kurangnya berimiginasi.
- Untuk melatih dan mencerdaskan otak kita adalah dengan cara berimiginasi. Kurangnya berimiginasi menyebabkan tahap kecergasan dan keaktifan otak berkurangan.
- Kurang berfikir.
- Selain berimiginasi adalah berfikir. Pemikiran melalui perbincangan yang membina dapat mencerdaskan otak kita jika kita melakukan sebaliknya iaitu kurang berfikir menyebabkan otak kita akan menjadi kurang aktif.
Wahh, baru tahu kak tabiat saya ada yang macam ini pula… mksh kak bwt infonya.. 🙂
semoga bermanfaat…
hari-hari kena berfikir supaya minda lebih cergas dan setiasa dapat berfikir dengan baik. jomlah kita baiki mana-mana amalan yang kurang baik jika ada.
betul tu bro… secara perlahan-lahan pun jika ada niat apa salahnya…
salam
apa lhbar bro dna keluarga?
selamat tahun baru. lama tak degar berita.
agaknya..tutup muka masa tidur memang bahaya bab bayilah kalau dewasa apa kes hurm…mungkin silau kot.
kami sekeluarga sihat jer suri… orang dewasa tu hahaha… ntahler ngengada jer kot…
Adehh lebih separuh kawe buat tu… jangan masuk Tg rambutan lak next year… palis palis..
huhuhu… pelan2 bro… ayat memang nampak senang tapi yang menanggung hanya sendiri yang tahu..
nampaknya, sarapan mmg benar2 penting…thanks bro berkongsi!
tu la tu antara yang terpenting juga nampaknya… u r welcome bro…
tidor tak cukup, patutla… lagi satu kalau lampu dah terang sangat kalau tidor kat tempat lain, terpaksa lah tutup muka dengan selimut.. huhu
cabut jer lampu tu bro… hahahah
ya memang ada kebenaranya perkara di atas maa..
insya Allah…jika ada niat yang baik pastinya akan dibalas dengan baik
Perlu mula tinggalkan tabiat yang tidak faedah kepada otak.
nak tinggal sekali gus lagi baik.. tapi ader orang tinggal secara perlahan-lahan..
gua rasa gua memang dah tidur lebih nih..
dah penat sangat tu bro…
otak adalah bahagian anggota yang penting
kena jaga elok2 ni
seelok-elok yang boleh kita kena jaga betul2..
setakat ni aku x merokok, alhamdulillah
syukur… alhamdulillah..
terima kasih info nya…
skip breakfast tu kdg sebab tak sempat… huhu
sama-sama…
Terimakasih, semoga kita senantiasa bisa mengamalkan kebiasaan-kebiasaan yang baik untuk kesehatan.
sama-sama semoga bermanfaat