Grisha ahli matematik yang pelik

By | July 29, 2013
Grigory ‘Grisha’ Perelman

Grigory ‘Grisha’ Perelman

Beliau menolak Field Medal 2006 dan enggan untuk menerima anugerah European Mathematical Society dan kemudiannya sinis dengan hadiah US1 Juta dari Clay Mathematics Institute di Boston. Menolak para media untuk menemubualnya dan tidak berminat sama sekali dengan jurnal-jurnal akedemik. Itulah pendirian seorang karekteristik bernama Grigory ‘Grisha’ Perelman, adalah seorang ahli matematik (matematikawan) yang aneh dan penuh misteri dari Steklov Institute of Mathematics, Russia. Bukan itu sahaja malah beliau juga menuduh para juri yang menilai hasil kerjanya tidak cukup layak, manakala komuniti matematikawan pula dirasakannya sebagai hipokrit serta hidup penuh dengan ketidakjujuran

Dengan mencatat markah yang sempurna ketika berusia 16 tahun lalu memenangi International Mathematical Olympiad sebenarnya cuba untuk lari dari kelaziman sambil melihat persoalan-persoalan di sekelilingnya dari sudut dimensi yang berbeza. Oleh sebab itu beliau cuba menyindir komuniti matematikawan konvensional dengan menyatakan bahawa sebarang hasil kerjanya tidak pernah lansung dibiayai oleh mana-mana dana. Semua itu adalah dari simpanannya selama ini. Oleh itu tidaklah menghairankan Professor Marcus du Sautoy dari Oxford University cuba memahaminya dengan berkata, “Perelman sebenarnya tidak berminat dengan wang. Baginya, anugerah terbesar ialah berjaya membuktikan teorinya”.

Namanya yang tiba-tiba menjadi mashyur bila diumumkan sebagai antara pemenang Fields Medal 2006 dimana ianya adalah sebuah anugerah yang dianggap setanding dengan Hadiah Nobel. Ini kerana Hadiah Nobel yang berprestij itu tidak menawarkan bidang dalam matematik. Tiga kertasnya yang menarik dan telah pun dikeluarkan dalam jurnal adalah :
(1) Finite extinction time for the solutions to the Ricci flow on certain three-manifolds
(2) Ricci flow with surgery on three-manifolds
(3) The entropy formula for the Ricci flow and its geometric applications

Semenjak dari November 2002 lagi dalam jurnalnya ini beliau telah membuat sumbangan penting ke atas geometri Riemann serta topologi geometrik.

Secara khususnya , Grisha telah berjaya membuktikan konjektur geometri Thurston yang melibatkan struktur geometrik pada persoalan matematik dikenali sebagai manifold. Dengan membuktikan penyelesaian ke atas konjektur Poincaré. Maka dengan itu konjektur Poincaré ini adalah merupakan salah satu persoalan khusus yang terdapat dalam konjektur Thurston, maknanya Grisha telah berjaya membuktikan kebenaran konjektur Poincaré, dimana setelah seabad yang terakhir ini dimana ianya dianggap sebagai masalah matematik yang paling sukar untuk diselesaikan.

Malang sekali, sumbangan Grisha ini barangkali adalah hasil kerja matematik terakhirnya yang dapat kita saksikan. Grisha, yang hanya baru berusia 40 tahun, kini diberitakan sudah pun bersara dan enggan dikenali sebagai seorang matematikawan. Kini beliau tinggal bersama ibunya di St. Petersburg, Grisha yang hanya hidup dengan berbekalkan wang pencen ibunya. Disebalik itu, beliau sebenarnya cukup tidak senang dengan tindakan Asian Journal of Mathematics pada Jun 2006 yang menyiarkan kertas kerja Xi-Ping Zhu (dari Sun Yat-sen University, China) & Huai-Dong Cao (dari Lehigh University, Pennsylvania). Kertas tersebut “A Complete Proof of the Poincaré and Geometrization Conjectures – application of the Hamilton-Perelman theory of the Ricci flow” merumuskan hasil Grisha secara lengkap dan akademik mengenai pembuktian konjektur Poincaré.

Sebenarnya, keunikan pendirian Grisha ini bukanlah suatu yang janggal dalam dunia akademik. Sekiranya Richard Feynman tidak menolak hadiah Nobel 1965 atas sumbangan elektrodinamik kuantum bersama Julian Schwinge dan Shin-Ichiro Tomonaga, tentunya Feynman juga seperti Grisha. Kerana, selain hadiah Nobel, Feynman sebelum itu sudah pun menolak sejumlah besar pengiktirafan yang diberikan kepadanya. Malah, pemikiran Feynman juga tidak kurang gilanya seperti Grisha.

Memang, dunia saintis ini kadangkala indah dan mengasyikkan. Namun, tidak perlulah kita hairan jika berdepan saintis yang bersikap seperti ini, walaupun Grisha ahli matematik yang pelik, Namun ramai lagi orang yang bijak pandai mempunyai sikap yang pelik dan aneh sebenarnya.

25 thoughts on “Grisha ahli matematik yang pelik

  1. suri

    salam ramadhan..
    ya selalu orang yang bijak punyai akal sedikit pelik..tapi tak semua begitu. mungkin memencul diri buat mereka lebih senang dari di kenali..bagi mereka kalau orang tu tak mahu terima akan pemikirannya mereka yang bijak akan anggap baik dia pergi bawa diri dia lagi bagus dari pikir org sekeliling ada menyakitkan hati..

    Reply
    1. hazlan Post author

      biar pelik asalkan bahagia… huhuhu, macam tak ader kena mengena jer ayat aku nie…

      Reply
  2. Amirez

    First time dengar nama dia, ingatkan perempuan tadi.

    Dia taklah pelik sebenarnya, cuma dia mempunyai pendirian dan prinsip diri yang tersendiri.

    Reply
    1. hazlan Post author

      ada juga betulnya tu… mungkin dia suka pada konsep lari dari kebiasaan…

      Reply
  3. wazy

    Saya pun baru tahu nama ni,dia mempunyai kebolehan yang tersendiri yang tidak dimiliki oleh orang lain

    Reply
  4. zik

    ahli matematik dalam pengiraan kadang2 bila dalam kehidupan seharian dia jadi lain pulak… asik nombor2 jer dalam kepala.. agaknya jerla.. huhu

    Reply
  5. Aktechpage.com

    “Perelman sebenarnya tidak berminat dengan wang. Baginya, anugerah terbesar ialah berjaya membuktikan teorinya”.

    Kadang2 wang tidak memberi keghairahan kepada manusia untuk membuktikan sesuatu..

    Salam singgah Ogos 2013… lama betul x singgah sini.. 😀

    Reply
  6. NAMA MUHD

    nabi Muhammad saw memberitahu org yang paling bijak dikalangan kamu ialah org yg sentiasa mengingati kematian….

    berfikirlah dgn kenyataan di atas… jangan hanya membaca sepintas lalu sahaja…. berfikirlah sedalam2 nya mengapa nabi Muhammad saw menyatakan sedemikian 🙂

    Reply
  7. leny

    Setiap individu memiliki prinsip yang berbeda-beda, walau menurut individu lain mungkin agak berbeda.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *