Apa itu Neutrino? Neutrino adalah sejumlah zarah kecil yang berinteraksi secara lemah bersama zarah-zarah lain. Neutrino mempunyai tiga perisa yang dikenali sebagai ‘flavor’ iaitu electron neutron, muon neutrino dan tau neutrino, ia juga mempunyai spin-1/2.

Wolfgang Pauli
Kisah penemuan Neutrino secara teorinya adalah oleh saintis fizik yang dikenali sebagai Wolfgang Pauli sekitar tahun 1900 hingga 1958. Waktu itu neutrino hanyalah dianggap sebagai zarah neutral yang tiada jisim sama seperti foton. Namun dengan adanya kemajuan teknologi dan bidang fizik eksperimen semakin berkembang, kesempatan itu diambil oleh Pusat Penyelidikan Neutrino yang dikenali sebagai Super Kamiokande atau Super-K iaitu singakatan daripada Super-Kamioka Nucleon Decay Experiments dari Negara Jepun, berjaya menjejaki kehadiran jisim neutrino ini.
Neurtrino hanya zarah yang kecil dan sangat lemah namun apakah yang menarik mengenainya? Neutrino dipercayai terhasil dalam keadaan kuantiti yang banyak semasa kejadian dentuman besar (Big Bang). Secara umum ramai telah mengetahui bahawa Gelombang Mikro Latarbelakang (CMB) yang terhasil akibat daripada letupan besar adalah satu bukti yang kukuh kepada Teori Dentuman Besar ini. Ramai saintis dan kosmologis percaya bahawa wujudnya secara teori mengenai Neutrino Kosmik Latarbelakang (CnB) dan mampu dikesan secara menyeluruh dan mutlak dalam sedikit masa lagi, dengan itu ia akan membuka sedikit ruang jawapan kepada misteri alam semesta seperti mengapa hanya terdapat unsur-unsur ringan seperti H, He dan Li sahaja yang wujud selepas berlakunya Big Bang? Juga penyelesaian kepada kehilangan jisim alam semesta dan juga kehadiran jirim hitam.
Hadirnya jisim neutrino ini akan menyebabkan ia berayun pada frekuansi tertentu dengan itu akan berlakunya resonans yang mewujudkan tenaga tambahan dan kehilangan tenaga pada persekitaran juga kepada neutrino.
Pertambahan tenaga neutrino daripada hasil ayunan tersebut berlakulah penghasilan proton secara besar-besaran, dengan ini ia menyebabkan pembentukan tiga unsur utama H, D dan He. Oleh kerana jumlah neutron yang semakin berkurangan akibat daripada pertukaran neutron kepada proton melalui proses reputan beta menyebabkan pembentukan unsur-unsur lain terhalang. Telah diketahui bahawa, bagi membentuk unsur seperti Deuterium D, ia memerlukan neutron dan juga proton. Neutron akan bergabung dengan proton dan membentuk unsur-unsur yang lebih berat, tetapi jika jumlah neutron yang semakin berkurangan menyebabkan berlaku halangan pembentukan unsur-unsur lain tadi. Dimana unsur-unsur berat yang lain tidak dapat wujud kerana berlakunya ketidakstabilan nuklear dan menyebabkan unsur-unsur berat yang terhasil hasil dari gabungan unsur-unsur ringan ini terpecah kembali kepada unsur-unsur asas seperti H dan juga He.
Jika kita berkemampuan mengesan jisim neutrino ini secara mutlak, aku percaya bahawa kita mampu menyelesaikan banyak lagi masalah di dalam Fizik. Insya Allah. Namun itu semua atas kehendak-Nya juga.
Nice info 🙂
kongsi2 info bro…. huhuhu thanks…
Pasak KIMIA kah kini?
selit2 fizik skit2 huhuhu…
seperti kata org kalau dpt jumpa satu..mesti satu persatu sel/ neuoran akan bercantum maka sudah semestinya masalah yg gagal di selesaikan jika dpt cari jln penyelesaian akan mjdi kemudahan utk org lain pula
yup.. betul tu suri… aperpun kemahiran sentiasa diasah agar lebih tajam…
Gua dulu aliran perdagangan sebab tu apabila teori elektrik masuk aku banyak yang fail huh
huhuhuhu… tak pe bro.. tahu skit2 pun ok gak…
seronok baca tentang ilmu fizik. terima kasih berkongsi bro. ilmu baru hari ni 🙂
sama2.. sesekali nak layan fizik… huhuhhu
masa zaman sekolah dulu, mmg igt sangat2, tapi lepas tu, byk dah tinggalkan dan lupa.. huhu
huhuhu… samaler.. nie pun nak cuba ingat2 balik…
jem kejap otak gua layan fizik. gua dah lama tinggal ni.
sekali sekala… huhuhu
entah kenapalah ambe payah nak faham fizik time2 study dulu..sekarang bila baca balik, contohnya entri ni..macam senang plak nak terbayang2 benda2 halus camni..hahahaa
nice bro!
sama la kita bro… dulu kalau time fizik aduss… tapi minat tetap ada sampai sekarang…
Emm menarik…hehe..ingatkan apa tadi..hehe
huhuhu… sajo mukadimah jer yang lebih2… huhuhuh
otak aku tak dapat nak faham apa benda
sekadar boleh baca je
huhuhu teima kasih bro kerana membaca…
Berminat juga pasal kimia dan fizik ni,tapi cuma mampu duduk di kelas sains sastera je
huhuhu…tak pe bro.. janji berminat cuma tampa kelas jer…
err..chii terpaksa baca berulang kali utk memahami term2 yg ada di atas..almaklumlah..dulu budak akaun :p..apa pun..satu info yng menarik 🙂
dan almaklum juga penulis pun selalu sangat baca buku2 teori kot… tatabahasa agak skema
saya dapat pengetahuan baru di sini
terima kasih banyak atas ilmunya 🙂
sama2… agar bermanfaat…
Ilmu yang bermanfaat sekali,terima kasih sudah menambah pengetahuan saya.
Pengetahuan yang sangat bermanfaat