10 idea inovasi anak muda Malaysia

By | February 2, 2012

Mari kita jenguk 10 idea inovasi anak muda Malaysia yang menghasilkan idea kreatif. Mana tahu dengan idea ciptaan mereka ini kita semua boleh memikirkan idea-idea yang lebih kreatif dan berinovasi selepas ini. Insya Allah.

1. Car Infrared Camera: Ciptaan ini dihasilkan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah. Harap maaf tiada makluman daripada sekolah menengah, daerah atau negeri mana? Alat ini diilhamkan melalui pemerhatian dan keperihatinan terhadap kes kemalangan yang berlaku akibat pemandu yang kurang cekap semasa pemanduan  dalam keadaan kabus, hujan atau di waktu malam.

Car Infrared Camera

Car Infrared Camera

Oleh itu, dengan memasang kamera infrared pada kenderaan, keselesaan pemandu di waktu malam atau kabus tebal dapat diatasi. Dengan alat ini, kecekapan memandu dalam keadaan berkabus dan hujan di waktu malam dipertingkatkan. Dengan ini, risiko kemalangan dapat dikurangkan kerana tahap penglihatan pemandu menjadi lebih jelas berbanding penggunaan sport light dan mengurangkan gangguan dan menjadikan pemanduan lebih selamat.

2. Bijak Sifir:  Ciptaan En. Abd. Rahim Bin Adb. Samad. Kaedah teknik menguasai asas sifir didalam program Bijak Sifir Alif telah sedikit sebanyak membantu pelajar muda supaya berminat dalam matapelajaran matematik dan sains.

bijak sifir

Bijak Sifir

Bijak Sifir Alif disusun dengan modul yang mudah merangkumi teknik menguasai sifir melalui pola dan nyanyian serta penyelesaian operasi mendarab dan bahagi teknik “bina dan capai

3. Bio Smock Filter:  Bio Smock Filter adalah alat yang digunakan untuk menapis asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang industri atau aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan asap. Sistem penapisan alat ini adalah menggunakan prinsip tindak balas kimia di antara wap asap dan wap air. Wap asap yang dilepaskan akan diperangkap oleh kabus air dan dibantu oleh beberapa sistem tapisan lain seperti penapis karbon atau arang bagi menghilangkan bau asap.

Bio Smock Filter

Bio Smock Filter

Alat ini yang dihasilkan juga oleh kumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah mampu mengatasi masalah pencemaran asap hasil yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti perindustrian serta pusat pelupusan sampah yang mengamalkan pembakaran terbuka. Penapisan ini bukan sahaja dapat menapis gas-gas merbahaya malah ia dapat menapis partikel-partikel halus yang terdiri daripada habuk-habuk yang mengotorkan persekitaran. Oleh itu, produk ini berpotensi untuk dipasarkan ke sektor perindustrian, agensi pelupusan sampah atau mana-mana tempat yang mengeluarkan asap yang banyak.

4. Biological Mosquito Control (BiMoC): Biological Mosquito Control (BiMoC) di hasilkan oleh kumpulan pelajar SK Putrajaya Presint II (I), Melaka ini berfungsi untuk mengawal dan menghapuskan pembiakan nyamuk dari peringkat telur dan jentik-jentik terutamanya nyamuk aedes di dalam rumah dan persekitaran komuniti dan agensi-agensi kerajaan atau swasta.

Biological Mosquito Control

Biological Mosquito Control (BiMoC)

5. Bi-ethanol Feul from ubikayu (Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu): Dihasilkan oleh pereka muda Ku Syahidah Ku Ismail. Kanji yang diekstrak daripada ubi kayu dihidrolisis dengan enzim untuk ditukarkan menjadi glukosa. Glukosa tersebut ditukar menjadi etanol melalui proses penapaian menggunakan yis Sacharomyces cerevisiae. Bioetanol yang terhasil daripada proses ini akan melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol yang tulen. Bioethanol yang dihasilkan akan diubah komposisinya untuk menjadikan ia sesuai

Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu

Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu

Sebagai kegunaan minyak kereta. Bioetanol adalah salah satu bahan bakar biologi yang boleh diperbaharui dan mempunyai kehendak yang tinggi terutamanya di Negara Asia. Bioetanol boleh digunakan sebagai gantian  ataupun penambahan kepada, bahan bakar gasoline and diesel dalam aplikasi pengangkutan dan bukan pengangkutan disebabkan pengurangan penyimpanan petroleum.

Walaupun Malaysia belum didedahkan dengan penggunaan bioetanol sebagai bahan bakar alternatif, namum produk ini digambarkan dapat menjadi satu produk yang dikehendaki pada masa akan datang memandangkan peningkatan harga petroleum dunia. Kebanyakan negara maju seperti Brazil, China, Canada dan sebagainya telah mengaplikasikan bahan bakar alternatif dalam penggunaan enjin kereta mereka.

6. Automatic Circuit Breaker (ACB) For Low Voltage Substation Distribution System: Pereka muda yang berumur 30 tahun bernama Mohd Rhedwansyah Bin Salinri menghasilkan Automatic Circuit Breaker (ACB) yang berpotensi memperbaiki pengagihan voltan rendah melalui kaedah penukaran fius penyalur dalam sub-stesen pengagih voltan rendah. la mempunyai keupayaan untuk mengesan arus elektrik yang melebihi takat yang ditetapkan dan secara automatik akan memutuskan talian elektrik tersebut. Setelah beberapa minit, sambungan fius akan disambung semula secara automatik. Sekiranya tiada masalah timbul, arus elektrik akan mengalir secara biasa. Akan tetapi jikalau masalah lebihan arus elektrik masih kekal sambungan akan diputuskan semula oleh ACB.

Automatic Circuit Breaker (ACB)

Automatic Circuit Breaker (ACB)

Penggunaan ACB ini merupakan ciri keselamatan yang mampu mengelakkan kejadian Iitar pintas dan memastikan barangan elektrik kita tidak  rosak akibat daripada penyaluran voltan yang terlampau tinggi.

7. Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs): Dihasilkan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Kuching, Sarawak. Penggunaan peralatan ini akan dapat mengelakkan pakaian yang telah dicuci menjadi basah kerana mempunyai keupayaan untuk berlipat dan melindungi (shade) pakaian yang digantung bila hujan. Sensor yang ada pada peralatan ini dapat mengesan hujan dan scissor hanger akan menarik ke dalam secara automatik ke bahagian yang dilindungi (shaded part). Langsir penggelek (roller curtain) akan dibuka dan diperluaskan (extended) secara automatik untuk menutup bahagian hadapan bagi tujuan melindungi pakaian yang digantung daripada hujan.

Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs)

Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs)

8. Asemo Green Wash: Produk “Mobile Waterless Car Wash” adalah mesin pencucian kenderaan berkonsep bergerak. Peralatan yang digunakan adalah 100% mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan air pada tahap maksimum. Produk yang diberi jenama “Asemo Green Wash” akan dikomersilkan dengan konsep franchise dan akan dipasarkan melalui Syarikat Asemo G-Wash Enterprise.

Asemo Green Wash

Asemo Green Wash: Produk "Mobile Waterless Car Wash”

Produk ciptaan Pn. Rahayu Tasnim ini mampu menyediakan perkhidmatan yang maksimum kepada pelanggan, memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan produk mesra alam, sangat selamat dan berkesan. Perkhidmatan yang dapat diberikan adalah mencuci bahagian luaran kenderaan dan mengilat bahagian luar dan dalam kenderaan.Kereta akan di sembur dengan menggunakan “N.E.K.A- Waterless Car Wash”. Penggunaan water jet yang diubahsuai dengan hanya menggunakan 3 liter air sahaja bagi sebuah kereta. Kereta akan terus di lap dengan menggunakan kain dari jenis “Microfiber” pada badan kereta, rim dan tayar kereta. Kereta akan dipolish dengan dengan menggunakan “N.E.K.A-liquid Car Polish” pada akhir pencucian .

9. Adjustable Wheel Chair: Rekaan Mohd Khairuddin Bin Haji Ali Musa dan rakan-rakan. Adjustable Wheel Chair adalah untuk memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah. la mempunyai ciri seperti boleh berubah dari kerusi menjadi katil supaya pesakit tidak perlu bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak ke tempat lain. Kerusi roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga 150kg.

Adjustable Wheel Chair

Adjustable Wheel Chair

Kerusi roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil, penyandar dan alas kaki juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit.

Kebaikan inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti harian. Produk ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk pesakit yang kurang upaya dan warga tua.

10. Automatic Chicken Coop: Dicipta oleh pereka muda Ahmad Faiz Solahudin. Automatic Chicken Coop ini merupakan sebuah reban ayam yang menggunakan kawalan secara automatik berdasarkan gabungan mekanikal dan elektrikal. Ianya membolehkan proses membuang dan mengumpul najis secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam sesuatu masa, memberi makanan dan minuman mengikut masa yang telah ditetapkan secara automatik dan menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu malam.

Automatic Chicken Coop

Automatic Chicken Coop

Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka yang terlibat dengan penternakan dan belaan di rumah atau di klinik haiwan. Ini kerana skop aplikasi kawalan reban ini boleh diubahsuai untuk kegunaan kecil (untuk menempatkan peliharaan) dan untuk kegunaan besar (untuk menempatkan ternakan).

Sebenarnya ada banyak lagi idea-idea kreatif dan berinovasi yang di hasilkan oleh anak-anak muda seluruh Malaysia,  namun yang aku paparkan hanyalah sebahagian contoh idea daripada sebilangan mereka sahaja. Idea dan inovasi diterjemahkan kepada penghasilan produk unik yang kemudiannya di tempah untuk kegunaan pelbagai pihak terutamanya pengguna. Sebuah pemikiran kreatif dan berinovasi hanya akan berjaya jika ada sokongan dan penghargaan daripada pelbagai pihak terutamanya pelabur-pelabur dan masyarakat sendiri.

Sumber: www.yim.my

21 thoughts on “10 idea inovasi anak muda Malaysia

  1. akubiomed

    Terus terang saya suka bio-renewal seperti penciptaan bio fuel ethanol berasaskan ubi kayu ia sepatutnya dikomersil secara besar-besaran. Negara jiran kita Thailand antara pengeluar terbesar ethanol berasaskan ubi kayu di rantau Asia Tenggara mengekori Amerika hasilkan dari Jagung dan Brazil hasilkan dari gula tebu.

    “Tepuk dada tanya selera” apakah peranan kerajaan?
    akubiomed´s last blog post ..Yang umur 21 liat daftar mengundi

    Reply
    1. hazlan Post author

      teringin juga nak merasa bio fuel ethanol ni kat kenderaan sendiri…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… bab marketing strategi tu bagi aku pandai2lah untuk menarik minat…. kalau melampau sangat harganya aku pun pikir 2-3 kali nak beli… atau mungkin menghadkan permintaan terlalu tinggi kerana kaedah pengeluaran yang perlahan… huhuhu.. tak taulah apa kaedah mereka2 ni…

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu sokongan yang sentiasa berterusan memang perlu sangat2…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu… kekadang pernah ada di war2kan dalam surat kabar pun buat2 tak nampak jer…. huhuhu…

      Reply
  2. suri

    salam..
    tidak sangka anak2 sebegini bijak meneroka kreatif untuk masa depan. lagi memudahkan kerja lagi bagus dan pratikal.

    Reply
  3. suri

    adjust kerusi bagus juga 3 dalam 1.

    manfaat bri orang kurang upaya..org sakit tidak blh bergerak.

    p/s:bangga melihat penerokaan mereka bagus2 belaka.harap pihak berwjib dapat mengetengahkan produk mereka pergi lebih jauh.

    Reply
    1. hazlan Post author

      suka tengok idea2 baru lagi2 yang pelik2… betul tu pihak yang berkenaan pun kena celik juga… jgn bebudak ni jer yang celik yang berwajib dok pejam… huhuhu… melebih pulak aku aa…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. kalau ikut belanjawan 2012 jalan untuk kearah ini dah ada cuma modal yang besar tu mungkin ada sedikit kesukaran…

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu memang membantu sangat… cuma pengkomersialan produk ni tak dapat dipastikan ianya dah dilakukan ataupun belum….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge