Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2012

By | January 31, 2012

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2012

1 Februari 1974 Kuala Lumpur yang merupakan ibu kota persekutuan telah diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya yang digelar Wilayah Persekutuan dan menjadi ibu negara Malaysia. Secara umum sebuah Wilayah Persekutuan adalah terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong tidak diperintah oleh kerajaan negeri seperti negeri-negeri lain di Malaysia.

Terdapat 3 bahagian dalam Wilayah Persekutuan:

  1. Kuala Lumpur: Merupakan Ibu Kota Persekutuan dan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
  2. Labuan: Ditubuhkan Pada 16 April 1984, merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) dan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan.
  3. Putrajaya: Ditubuhkan pada 1 Februari 2001. Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya.

Flag of the Federal Territory-Malaysia

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2012 kali yang ke-37 pada 1hb Februari 2012 mari kita sama-sama berganding bahu memajukan, memakmurkan, mengukuhkan dan menstabilkan agar kepesatan juga kemajuan negara lambang kemodenan Malaysia yang tercinta ini semakin bertambah kuat dan kukuh. Insya Allah. Selamat bercuti juga pada warga kerja Wilayah Persekutuan.

12 thoughts on “Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2012

    1. hazlan Post author

      wah… sempena hari wilayah ingat titan… selamat hari jadi bro…

      Reply
    1. hazlan Post author

      peh area rumah aku ramai yang kerja kat wilayah rupanya… tak jem lansung pagi tadi…

      Reply
      1. suri

        org kl..orang putrajaya cuti jelah hee..rehatkan badan esoknya mula berkerja seperti biasa.

        Reply
  1. suri

    waktu ini saya berada di kl hee tapi tak jalan2 kemana2 pun.mujur jaln tak lengang blh bwk anak berjalan2 sekitar kl

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku kat klinik kerajaan (selangor) peh punyalah sesakkkk…. pukul 7 datang pukul 2 petang baru selesaiiii…layan taman tema berjaya time square ker?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.