motivasi diri untuk berjaya melalui Konsep 3E

By | November 2, 2011

Baru2 in aku elah menghadiri beberapa kursus motivasi. Namun apa yang menarik dan ingin dikongsikan bersama disini adalah konsep motivasi 3E. Apa yang menarik jom kita teruskan.

Apa itu Konsep 3E?

  • 3E adalah satu konsep motivasi berteraskan teladan dan pengalaman. Ini bermaksud penggunaan minda secara betul dan stabil, dan juga optimum untuk menghasilkan perolehan ketenangan dan stamina untuk pecut.
  • 3E adalah daripada singkatan bagi perkataan2 Extra Mind, Extra Mild dan Extra Mile.
  • Formula motivasi diri untuk berjaya melalui konsep 3E ini telah membantu ramai orang mendapatkan semula apa yang pernah hilang dalam hidup mereka.

Ini bukanlah permainan magik, tapi kesedaran untuk maju dan berjaya telah meletakkan seseorang yang sanggup berada di tempatnya yang sebenar dengan adanya peledak untuk membangkitkan jiwa. Bayangkan, tanpa peledak, kemanakah tujuan, tabungan dan kehidupan kita akan pergi? Terutamanya tabungan yang sudahlah pasti dan tentu sekali tidak pernah singgah ke dalam akaun oleh kerana kesedaran untuk mencipta wang dan meletakkannya disitu tidak pernah berlaku.

Apapun dalam sesi motivasi  yang aku hadiri ini bukanlah diajar untuk berniaga. Aku telah dibangkitkan dengan daya kreativiti yang tiba2 dengan sendirinya hadir. Ramai motivator menyatakan dengan menghadiri sesi2 seperti ini akan dapat meledakkan semangat secara tidak lansung akan meletakkan kembali ke tahap dimana sepatutnya kita berada.

Walaupun kursus ini adalah percuma namun informasi yang aku dapat seperti membayar ratusan ringgit. Walaupun tidak sepenuhnya mungkin yang telah di ajar. Melalui kursus Konsep 3E ini secara sendirinya aku mengambil sikap baru. Insya Allah aku akan perjuangkan satu sikap baru ini.

Antara nota yang mendapat perhatian aku dalam konsep 3E ini adalah seperti berikut:

“jika anda merasakan anda gagal anda sebenarnya terkurung dalam kepompong prasangka – semua orang boleh keluar dari kepompong itu dan keluar terbang bebas dan ceria bagaikan rama-rama”

Bunyi macam biasa2 namun bila aku fahami betul2 ia menunjukkan sesetengah kegagalan yang dikatakan tidak mampu diubah pun. Oleh siapa? Oleh tuan punya diri yang gagal itu sendiri. Tidakkah kita dapat melihat bahawa motivasi adalah satu cabang untuk menebat diri kita dengan perisai2 tertentu agar kita degil dengan cabaran dan tidak mudah kalah oleh ujian.

Manusia yang cemerlang dan bahagia adalah mereka yang sanggup menerima kehidupan sebagai satu bentuk kemestian untuk dilalui dalam pelbagai keadaan yang tidak terduga, mungkin payah mungkin mudah. Yang payah tetap diharungi, kalau gagal tidak bermakna akan terus gagal, kalau berjaya bersedia untuk terus berjaya.

Kita sebenarnya jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan. Ramai yang tidak sedar akan hal ini. Maka itu, kita biasa mendengar apabila seseorang disuruh mengusahakan sesuatu dia akan berkata dia tidak mampu melakukannya. Jarang kita dengar orang akan berkata, “kamu telah membuat pilihan yang bijak dengan memilih aku untuk melakukan pekerjaan ini”.

Tidak akan ada kemajuan tanpa perubahan, mereka yang tidak boleh merubah pemikiran tidak boleh mengubah apa2. Ini boleh dikategorikan kedegilan yang positif bagi memacu kehidupan untuk kejayaan dunia dan insya Allah di akhirat.

Kita dan sesiapapun tidak terkecuali. Jika ingin menceburkan diri dalam bisnes kita harus faham Nabi Muhammmad s.a.w. juga seorang ahli perniagaan. Maka apabila kita berniaga kita sedang melalui sunnah baginda. Semoga ia menjadi ibadah bagi kita di samping menikmati janji2 Allah terhadap seorang peniaga yang jujur.

26 thoughts on “motivasi diri untuk berjaya melalui Konsep 3E

  1. hafidz

    bagus la. sekarang ni pelbagai konsep motivasi diri yang diketengahkan. banyak rujukan yang kita boleh buat 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      memang banyak boleh dirujuk… namun aku setuju dengan bro akubiomed, kalau dapat konsep motivasi diri dari ilmuan2 islam lagi menarik rasanya….

      Reply
  2. Pingback: motivasi diri untuk berjaya melalui Konsep 3E | Komuniti Blogger

  3. Nine

    saya kdg2 banyak pk negative, tu yg kadang2 aura negative byk.

    kena rilek & chill kdg2.

    bab topic nih, kalau sapa yg berniaga mmg kena banyak bersabaq, tengok depa untung kecik pun tapi byk sabaq.

    Reply
    1. hazlan Post author

      tapi berniaga ni yang tak bestnya bila ada orang suka mendengki… dengan main tuju2… dah la bisnes kecik2 tapi kena dengki… tu yang kadang motivasi diri terus merundung jatuh…

      Reply
  4. akubiomed

    Saya terlebih dahulu ingin mohon maaf kepada tuan tanah. Saya sebenarnya bosan dengan konsep motivasi barat dan kebanyakkan konsep mereka tidak kekal lama dan tidak mengikut peredaran zaman.

    Tidakkah ada motivator dari kalangan umat islam? Begitu juga buku rujukan mengenai konsep kehidupan, ekonomi dan sosial semuanya berkiblakan barat.

    Kita kekurangan pemikir islamik dan buku-buku rujukan yang ditulis oleh bijak pandai islam. Dari kecil kita telah diacuan dengan konsep barat walhal umat islam adalah bangsa yang tersohor suatu ketika dahulu dengan ketamadunan islam.

    Sekali lagi saya mohon maaf kalau komen ini menyebabka ada pihak tersinggung.

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam bro, tidak pun tersinggung… apa yang aku cari pun tetap sama.. mana2 kursus motivasi memang konsep dan rujukan kebanyakkannya kearah barat… namun aku masih belum terserempak lagi konsep motivasi yang ditulis oleh ilmuan2 islam dulu… aku pun masih tercari2 lagi motivasi2 yang berbentuk seperti ini…. apapun apa yang boleh aku nyatakan konsep barat ni jika di gubal oleh orang2 islam lalu mencatikkannya menyikut ciri2 islam mungkin lebih cantik dan boleh diguna pakai akan datang…. insya Allah… kalau bro mengatahuinya kat mana2 boleh info2 kat aku bro…

      Reply
  5. zik

    biasanya orang yang berjaya tidak akan lakukan seperti orang biasa2… ada kekuatan dan strategy tersendiri…

    Reply
  6. azman

    Memang semangat terangsang bila lepas masuk kelas motivasi,aku selalu baca buku motivasi bila semangat down..

    Reply
    1. hazlan Post author

      masing2 ada cara memulihkan semangat… janji semangat yang hilang dapat di pulihkan…

      Reply
  7. lazaac

    ciri2 manusia yg bkn jenis typical nyer… kemampuan utk berfikir di luar kotak.. puncanya semua dr bagaimana seseorang kawal psikologi masing2…

    Reply
    1. hazlan Post author

      yup lain orang mugkin lain cara untuk mencari dan mendapatkan aura semangat… mungkin datang dengan sendirinya oleh keadaan sekeliling, kadangkala perlu ada orang yang menyuntik semangat itu, dan kadangkala mungkin dah cuba semua perkara masih belum ada hasilnya… itu semua bergantung juga oleh kehendak-Nya. Maka sentiasa berdoa dan dekat dengan-Nya agar diberi kelapangan yang kita mahu. Insya Allah.

      Reply
      1. lazaac

        itu betul bro.. itulah sebagai seorang umat Islam kita kena berpegang dan mengamalkan konsep redha dan sabar… Bila seseorang itu redha dengan setiap ujian yg mendatang, insyaAllah Allah akan berikan nikmat yg lebih besar utk org itu.. Begitu juga kita kena bersabar dgn setiap ujian mendatang..

        Reply
  8. Kamal Mustafa

    Ramai yang menghadiri krusus motivasi contohnya,semangatnya membuak-buak selepas tue hilang aje. Lepas tue poie laie kursus motivasi….semangat balik. sampai bilo?

    Reply
    1. hazlan Post author

      hahah biasa lahtu bro siapa pun sama…kadang2 ada pasang surutnya, yang penting pergi ke kursus motivasi yang berlainan.. contohnya motivasi diri,motivasi minda, motivasi kewangan,motivasi keluarga,motivasi kerja,motivasi agama,motivasi perniagaan dan macam2 lagi.. tak kan tak lekat satu pun semangat untuk memperbaiki diri…. jadinya mencegah lebih baik dari merawat.

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhhuu.. walaupun konsep mat salleh ni… cuma nak kongsi2 jer… harap dapatlah manfaat

      Reply
  9. wazy

    Memotivasikan diri kita sendiri memang elok,cuma apa yang kita peroleh dari kursus motivasi tu kena lekat di dalam diri kita,bukan hanya masuk angin keluar asap

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2.. yang penting pada diri sendiri… kalau seribu kali pegi pun tapi tak lekat dalam hati tak guna juga gayanya tu…

      Reply
  10. Fahmi Raazali

    Motivasi yang terbaik datang dari dalam diri… 🙂

    Setuju kadang-kadang kita terperangkap dalam fikiran kita sendiri… Bagaimana nak keluar? Ubah cara kita berfikir? Atau ada cara lain?

    Banyak teori… Tapi apa pun kena ambil tindakan.. 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      tindakan hanya ada dalam diri sendiri… kalau tidak ada tindakan apa pun tak boleh jadi…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *