Himpunan Sejuta Umat

By | October 19, 2011

Apa objektif yang mahu kita capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu kepada rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Himpunan  Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas dan prinsip himpunan seperti berikut :

  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik  (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
  • Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
  • Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
  • Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.
Sumber: himpun.org

Sila hebahkan kepada semua mengenai perkara ini. Untuk menyahut seruan ini aku akan menghadiri Himpunan Sejuta Umat dengan mengikuti salah satu badan NGO. Insya Allah. Jom kita sertai beramai-ramai.

29 thoughts on “Himpunan Sejuta Umat

  1. Pingback: Himpunan Sejuta Umat | Komuniti Blogger

  2. MR.Z

    mari kita pergi beramai2.. semoga dapat memartabatkan Islam di samping dapat menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia ini 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      menyelamatkan dan menyedarkan mereka… insya Allah… jom2 serbu

      Reply
  3. suri

    salam..
    wah best dpt berkumpul sama2 beri pandagan pendapat camnilah musyawarah yg bgus 🙂

    Reply
  4. suri

    tidak tahu pula ada perjumpaan sebegini klu dekat bagus juga pergi.selamatkan fikiran yg manusia yg kian merncing ini huhu…
    terima kasih atas mkluman ini bro.

    Reply
    1. hazlan Post author

      sama2… akan datang disambung ke peringkat negeri… datang untuk tanda sokongan dan kerana islam dan rasul… fikirkanlah jika stadium tak penuh? siapa yang akan ketawa?

      Reply
    1. hazlan Post author

      datang bro… bawak seramai rakan yang boleh… malu kita sebagai umat islam kalau stadium kosong… datang kerana islam dan rasul…

      Reply
  5. zik

    teruskan menyokong sejuta umat ini.. selamatkan bumi islam kita dari terus dijajah minda kristianisasi..

    Reply
    1. hazlan Post author

      cuma janganlah kita bertelagah sesama umat dan lain2 bangsa kerananya… tujuan sejuta umat ini untuk menyedarkan akidah agar tidak terjerumus bukan menyalahkan pihak2 lain… insya Allah akan disambung peringkatr negeri selepas ini… jom join bro…

      Reply
  6. Azman

    Yang menganjurkan himpunana itu jugalah yang menolak hukum ALLAH, tolak hukum ALLAH dikira murtad… org tengah sibuk nak berhimpun di Makkatulmukarramah, kat sini buat himpunan yang takde makna, nak selamatkan akidah bukan camtu caranya, nak selamatkan aqidah kena berilmu.

    Reply
    1. hazlan Post author

      mana tahu selepas ini ramai yang telah celik dan menerima hukum Allah yang sebenar seperti yang berlaku di Brunei… sejarah banyak menyatakan dengan berhimpun dapat menyatukan… kalau ada idea lain sama2 kita kongsikan…

      Reply
  7. Albahri

    Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

    “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

    Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

    Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

    Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

    Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

    Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

    Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

    Reply
  8. hazlan

    Update:
    INFO : Garis Panduan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)
    Berikut adalah garis panduan yang disediakan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta yang akan hadir ke Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
    Peserta dilarang berhimpun di luar stadium serta mengganggu perjalanan lalu lintas

    Peserta hendaklah masuk secara aman dan meninggalkan stadium secara aman

    Peserta diminta berpakaian sopan dan menutup aurat sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran

    Perta tidak dibenarkan membawa atau mengedarkan apa-apa risalah selain dari berkaitan dengan tema perhimpunan

    Peserta tidak dibenarkan membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan*

    Peserta dilarang membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan

    Peserta dilarang membawa sebarang bentuk senjata atau barang2 yang merbahaya seperti mercun dsbnya ke dalam kawasan perhimpunan berlangsung

    Peserta digalakkan membawa sajadah dan pakaian untuk solat (perempuan).

    Peserta himpunan diminta mematuhi setiap arahan dan memberi bekerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung

    Peserta himpunan diminta bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan.
    Slogan yang dibenarkan oleh pihak Sekretariat adalah seperti berikut :

    a. Selamatkan Aqidah Umat

    b. Jangan Gugat Kedudukan Islam

    c. Bersatu Selamatkan Aqidah

    d. Melayu Sepakat Islam Berdaulat

    e. Hidup Melayu Hidup Islam

    f. Pertahan Institusi Raja

    g. Daulat Tuanku Allahuakbar!

    h. Suara Umat Suara Keramat

    i. Satu Ummah Satu Aqidah

    j. Hormati Islam Agama Negara

    k. Bersama Cegah Murtad

    l. Hentikan Usaha Pemurtadan

    sumber: http://himpun.org/info-garis-panduan-himpunan-sejuta-umat-himpun

    Reply
      1. wazy

        Ada kat Johor ni bro,tap[i xpe,saya pun nak buat entri macam bro ni,walaupun tak dapat hadir,dapat sebarkan artikel tentang HIMPUN ni pun dah ok ye tak

        Reply
        1. hazlan Post author

          oh kat sana.. tunggu HIMPUN di Johor akan menyusul… tak derk hal sebar2kan…

          Reply
    1. hazlan Post author

      tak salah pun kalau tak datang huhuhuhu… pendapat aku, sejuta tu hanyalah yang disimbolikkan dalam perhimpunan ini, ianya bukan tafsiran kalimah yang bukan untuk dihitung dengan jari dan ianya adalah semangat yang mendalami perasaan umah. Maka bukanlah sejuta malah lebih lagi… jangan marah bro aku sekadar menyuarakan pemikiran sendiri… mungkin lain orang lain tafsirannya…

      Reply
  9. syahero

    satu usaha yg bagus tapi mengapa perlu ada perjuangan bangsa?…islam bukan utk melayu shj…islam tidak tertegak atas bangsa…hijrah rasulullah s.a.w dgn menyatukan kaum muhajirin dan ansar telah membuktikan bahawa islam itu menyatukan umat manusia…mengapa perlu ada perjuangan bangsa jika benar memperjuangkan islam?…maaf kata..satu usaha yg bagus tetapi tidak menepati apa yg Islam kehendaki sebenarnya…

    Reply
    1. hazlan Post author

      kata saudara memang betul jika di pandang dari sudut satu Islam untuk keseluruhannya…..namun tujuan HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah. Walaupun sudah lama berlaku, sebelum nasi menjadi bubur perlulah bertindak segera dari sekarang. yang paling penting adalah untuk generasi yang akan datang.

      Reply
  10. ghea

    nice post…ini kunjungan pertAMA saya mas.. 😀 terus berkarya ..main2 ke blog saya yah.. 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      tak la ramai pun dalan 25k orang jer… yang penting tujuan terlaksana… pejuangan tetap diterukan… lepas ni kat melaka pulak khabarnya…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *