pelayan web terpantas

By | October 14, 2011

Sebelum ini aku pernah menulis tentang  5 alternatif lain untuk pelayan web dan telah sedia maklum Apache dan IIS mendominasi diantara senarai pelayan2 web yang lain. Dari segi kepantasan hebat dibicarakan adalah pelayan web Nginx, yang memerlukan server berkuasa tinggi, Litespeed pula lebih pantas daripada Apache dan IIS. Manakala Lighttpd CPU berkelajuan cahaya.

Pierre Gauthier pengasas TWD Industries yang ditubuhkan pada tahun 1998 juga selaku CEO juga mengasas TrustLeap pada tahun 2007 dan beliau sendiri  sebagai jurutera pengekod jenis asm  yang dimulakannya pada tahun 1979. Kod ini telah disewakan kepada Software Publishing Corp. (SPC) selama 20 tahun.

Kini perisian sumber terbuka terbaru dan terpantas abad ini untuk pelayan web telah tercipta dengan penjenamaan nama adalah dikenali sebagai G-WAN.

Pengenalan pelayan web G-WAN:

  • Ditulis di dalam skrip C.
  • Versi terkini G-WAN 2.10.7
  • Versi Windows telah dilepaskan pada 9 September 2009.
  • Versi Linux (versi terpantas) telah dilepaskan pada 13 Oktober 2011.
  • Kurang menggunakan sumber CPU 3-5 kali berbanding pelayan web lain.
  • Adalah pelayan web yang stabil, selamat dan pantas.
  • Rekaan memungkinkan dengan skala yang lebih kecil terutamanya GET/PUT/POST yang biasa digunakan untuk penyampaian oleh HTTP. Daripada kesemua kandungan itu ianya dibaca dibawah 100kb.
  • Mengandungi beribu-ribu kali lebih kecil untuk barisan kodnya, ini bermakna kurangnya bug.
  • Penyampaian kepada HTTP tiada simpanan dan salinan lain.
  • Ianya 2-3 kali lebih pantas jika menggunakan linux berbanding windows.
  • Muat turun pelayan web G-Wan ini secara percuma : DOWNLOAD

Perbandingan antara G-WAN, Lighty (Lighttpd), dan Nginx. G-Wan 415% lebih tangkas berbanding Nginx dan 318% lebih tangkas berbanding Lighty

Perbandingan G-Wan skrip C / Apache + PHP / GlassFish + Java / IIS + C#

Jadi pelayan web terbaru ini adalah amat mustahil untuk diabaikan. Lebih2 lagi kepada pengurusan webhosting. Aku belum mencubanya lagi, mungkin sedikit masa nanti. Insya Allah.

29 thoughts on “pelayan web terpantas

  1. Nine

    Betui gak eh, tgk kat Cpanel hosting, mmg Apace, dia ada version kan, depa selalu upgrade kalo tak silap.

    Hmm bro nak tanya, kalo nak install Fedora, ok cam nih, sekrg saya ada dua HDD ( PC ), Dual boot, win ngan ubuntu, ok kalo saya beli HDD satu lagi, lepas wat partition leh tak isntall Fedora tu inside Windows, macam Ubuntu Wubi, ke nak kena boot dari CD ? Maksud saya, kira kat bios 1st boot tukar ke CD. Kalau macam ubuntu lepas burn ISO ye ada Wubi kan.So leh isntall inside Windows.

    Nih utk Fedora.

    Reply
  2. MR.Z

    memang bagus jika ciri2 yang ada pada pelayan web tu kurang menggunakan resource, stabil dan pantas. kena cuba ni ..percuma pula tu 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku tak mencubanya lagi.. roger2 lah nanti kalau dah mencubanya… huhuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      samalah kita… lagipun baru bulan oktober 2011 diperkenalkan untuk linux…

      Reply
    1. hazlan Post author

      u r welcome bro… aku pun baru terjumpa teknologi nie dan tak tertry lagi.. cuba la bro…

      Reply
    1. hazlan Post author

      harus tu untuk dicuba… aku pun ntah bila lah nak mencuba pelayan web ni…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu…. aku pun sukaaa… pelayan web ni tak perlu pun server berkuasa… huhuhu themes platform dari pagelines jer bro…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… salam chemie, aku bukanlah otai… kalau ada apa2 pandangan ok je kalau nak kemukakan kat mana2 ruangan…

      Reply
  3. suri

    jurureta pengkod peh bukan mudah nak bt kerja2 begini kena perah otak.ada minat bru blh cipt sbgni..hebat..hebat…

    Reply
    1. hazlan Post author

      anugerah Yang Maha Kuasa… harap2 ada orang2 melayu yang akan menjadi hebat dan lebih hebat kelak…

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama2… cubalah aku pun masih belum mencubanya… elok cuba pada linux…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… bukan pelayar web ni bro (browser) ni pelayan web…

      Reply
    1. hazlan Post author

      cubalah godek2 bro… manalah tahu ada rezeki terpijak, nanti antara pelopor webhost versi software ni kat Malaysia..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *