Biodiversiti atau mudah dikenali juga sebagai Kepelbagaian Biologi yang telah didefinasikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber samada di daratan mahupun di pelusuk lautan dan sebagainya yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan diantara spesis juga ekosistemnya. Biodiversiti adalah penting kepada:

Alam

1. Pengkalan Kitar Hidrologi 

  • Hidupan semulajadi yang berfungsi sebagai penyerapan air lalu menggunakan proses transpirasi untuk membebaskannya. Hutan, padang rumput juga tanah yang lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya secara berperingkat apabila air mula bertakung. Proses ini membantu bagi mengawal banjir.
2. Modifikasi Iklim Ekosistem
  • Berkhidmat sebagai ekosistem pengatur perjalanan cuaca dan iklim. Berfungsi sebagai penyerap radiasi daripada cahaya matahari lalu membebaskan wap. Proses ini akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Ini akan dapat menstabilkan iklim itu sendiri.
3. Kawal Hakisan Tanah
  • Fungsi daunan dan sampah didalam hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Proses ini dapat menghalang tanah menjadi pecah manakala akar tumbuhan pula berfungsi sebagai pengikat tanah dimana ianya dapat membantu menghalang berlakunya hakisan di kawasan tanah tinggi. Manakala di kawasan yang berombak dan berpaya berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika berlakunya ribut.
4. Selenggara Kitar Oksigen dan Nitrogen
  • Penghasilan oksigen daripada tumbuhan manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen di dalam tanah. Proses ini dapat menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur2 sebatian Ammonium dan Nitrat yang boleh menggangu kesuburan tanah.

Manusia

1. Nilai Instrument
  • Lebih 3,000 spesis tumbuhan telah dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dengan itu ia mampu memperbaiki tahap kesihatan dan meningkatkan jangka hayat manusia.
2. Nilai Intrinsik
  • Dengan kepelbagaian biodiversiti ini ia mempengaruhi “nilai tersendiri” dan “hak untuk hidup“. Sebagai benda yang hidup samada haiwan, tumbuhan dan manusia, masing2 ada “hak asasi” yang mempunyai ingatan, emosi dan rasa.
Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

9 Responses to apa itu biodiversiti

  1. [...] Penuh: Di sini Ads From Sponsors nuffnang_bid = [...]

  2. zik says:

    dengan keadaan sekarang ini… memungkin biodiversiti sangat diperlukan terutamanya negara kita…
    zik´s last [type] ..Semarakkan kempen Piala Malaysia 2011,(Suku Akhir, Separuh Akhir, Akhir)

    • hazlan says:

      lebih2 lagi bagi mengelakkan tragidi2 yang menyayat hati yang pernah berlaku sebelum ini…. kesedaran ini perlu dan harus di tingkatkan…

  3. dr zatiel says:

    hi.

    salin lecture ke bang? hihi. btw, good info ~ ^^

    • hazlan says:

      tak jugak… baca dan edit dan kongsi…untuk info blog dr zatiel ada detect malware… maaf terpaksa buang dari list website..

  4. Zezebel Lair says:

    Rasa macam kembali ke alam U pla, hehehe
    Zezebel Lair´s last [type] ..WW : Dinner

  5. wazy says:

    Dah macam nota zaman belajar dulu,apa-apapun info ni bagus untuk rujukan
    wazy´s last [type] ..Spontaneous Thursday #7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge