Melibatkan diri di dalam dunia perniagaan memang penuh dengan cabaran samada cabaran yang terjangka ataupun luar jangka. Oleh itu, persediaan rapi perlu dilakukan agar usaha untuk mengukuhkan sesebuah empayar perniagaan akan membuahkan hasil yang diharapkan.
Rancangan perniagaan ibarat sebuah peta yang di dalamnya terkandung maklumat untuk mengawal arah perjalanan sesebuah perniagaan.
Antara fungsi utama rancangan perniagaan adalah:
- Sebagai kitab rujukan operasi.
- Menjadi representasi perniagaan kepada pihak luar.
- Menterjemahkan matlamat perniagaan secara bertulis.
Ini membuktikan bahawa rancangan perniagaan ialah maklumat penting kepada:
- Pemilik Perniagaan: Agar dapat menggunakan rancangan perniagaan untuk menentukan perniagaan bergerak kearah matlamat yang ditetapkan.
- Pengurus: Menggunakan rancangan perniagaan supaya mereka menjalankan operasi perniagaan selari dengan rancangan yang didokumentasikan.
- Pekerja Operasi: Dapat memahami jangkaan organisasi terhadap mereka berdasarkan maklumat tentang perkara yang dicapai oleh sesebuah firma atau syarikat dalam jangkamasa tertentu.
- Pihak Luar yang mempunyai kepentingan terhadap sesebuah perniagaan: Dapat menilai masa hadapan sesebuah syarikat atau firma berdasarkan maklumat, latar belakang, rancangan kewangan, operasi dan pemasaran yang dilaporkan.
salam..
nak meniaga memang mudah..
nak menguntungkan perniagaan
ke tahap maksima tu yang susah
nak kena ada ilmu juga..
🙂
betul tu bro… lain peniaga lain pengalamannya… lain orang lain caranya… terpulang pada individu untuk merealisasikannya… sebagai orang yang menulis hanya mampu memberi pedoman dan jalannya sahaja…
betul lah Bro,
tapi untuk permulaan keuntungan tak penting sangat tapi kepercayaan dan kepuasan daripada pengguna tu lebih perlu diutamakan…
betul2…. kepercayaan dan kepuasan daripada pengguna memang perlu barulah datangnya untung…
saya ada berniga cklt jer hee..tapi tulah yg tukarg rasa bukan main nak..oder tak nak..ei..bila blh rolig budget baru tahu byk mana utng byk mana rugi heeee
huhuhu berniaga kuih ke suri? biasa tu kalau tukang rasa free memang pantassss sungguh… apapun memang seronok berniaga ni…
Jangan pula nanti perancangan dah cantik tapi pelaksanaan pula yang kantoi…
melaksanakan perlaksanaan memang banyak aralnya…. insya Allah segalanya akan berjalan lancar sekiranya dapat mendisiplinkan diri…
Betul tu Lan..
yang penting jangan melampaui had dan batas yang ditetapkan dalam Islam..
berlandaskan agama memang amat perlu diambil kira dan jangan diambil mudah….
Setuju.. setiap orang punya jalan yang berbeda2x bro.
🙂 pandai2lah kelak bagaimana caranya rancangan di jalankan… yang penting disiplin mesti mahu ada
Kalau hendak minimum risiko boleh lakukan online business yang sudah mula diterima zaman ini
betul2 macam2 boleh dilakukan… modal pun boleh di minimumkan…
sbnrnya bro hazlan ni ada business apa yer? nampak hebat je ni..
insya Allah akan datang akan tau juga… semuanya dalam proses mengemaskini untuk di onlinekan… setakat ni hanya buat offline sahaja…
yeke. macam best je. kalau perlukan partner roger2 la. hehe..
oh… insya Allah…apa bidang keutamaan tu erk? roger2 skit…
nak jugak jadi partner nih.. sleeping partner pun boleh jugak .hehe
wakakaka.. sleeping partner?
memang memerlukan perancangan yang rapi dalam perniagaan ni.. lagi satu matlamat perniagaan untuk jangka masa panjang.. banyak aspek kena tengok ni..
kekadang perancangan memang penuh bertimbun… yang sangkut cuma modal…
Berniaga ni memang banyak risiko,sebba itu la perlukan perancangan yang teratur
huhuhuhu…betul tu bro… atur dan perlu diatur… jadilah rapi dan teratur…
perancangan yang kemas.. insyallah berhasil..tetapi macam2 masalah akan timbul dalam mengendalikan perniagaan.. yang penting jangan cepat melatah… dapatkan nasihat dari pakar2 nih… eden pun tak pakar mana pun….
yang dah pakar sekalipun masih memerlukan pakar nasihat… renung2kanlah…