komunikasi untuk kemahiran

By | April 26, 2011

Dengan kesinambungan tajuk yang pernah aku tulis sebelum ini iaitu apakah yang boleh di fahami dengan situasi ini?. Jika di fahami betul2 ia adalah merupakan bagaimana cara kita berkomunikasi. Rupanya ramai juga rakan2 memang memahami situasi itu.

Sudut bacaan dan tulisan aku di sini adalah merupakan bentuk komunikasi. Begitu juga dengan  bercakap dan mendengar. Malahan ini merupakan empat jenis komunikasi yang asas. Fikirkan masa yang kita luangkan untuk melakukan setiap satu daripada keempat-empat perkara ini. Kebolehan melakukan keempat-empat ini adalah kritis bagi keberkesanan kita.

Komunikasi adalah kemahiran yang amat penting  dalam kehidupan. Kita luangkan kebanyakan masa sedar kita untuk berkomunikasi termasuklah perhubungan komunikasi secara digital dan di alam maya seperti penggunaan telefon pintar atau cara berinteraksi dan bersosial dalam blogging dan chatting atau sebagainya .

Tetapi pertimbangkan ini:

Kita telah bertahun-tahun untuk belajar bagaimana untuk bercakap dan berkomunikasi. Namun bagaimana dengan mendengar? Jenis latihan atau pendidikan apakah yang dapat membantu kita mendengar supaya kita benar2 memahami orang lain daripada sudut pandangan orang itu?

Membina akaun bank emosi

Tidak ramai yang terlatih dalam latihan mendengar. Kebanyakan latihan yang mereka terima dalam teknik etika personaliti, terpisah daripada akhlak dan dasar perhubungan yang begitu penting untuk memahami orang lain dengan baik.

Jika kita hendak benar2 berkesan dalam tabiat berkomunikasi interpersonal, kita tidak boleh menggunakan teknik sahaja. Kita seharusnya membina kemahiran mendengar secara empati  berdasarkan akhlak yang menggalakkan sifat terbuka dan percaya. Kita mesti membina akaun bank emosi kita sendiri yang dapat membina perundingan antara dua jiwa.

cuba memahami dahulu” melibatkan penganjalan paradigma yang besar. Kita biasanya cuba difahami. Kebanyakan orang tidak mendengar dengan niat untuk memahami, mereka mendengar dengan niat untuk menjawab, mereka bercakap atau mereka bersedia untuk bercakap. Mereka menuraskan segala-galanya melalui paradigma sendiri, membaca autobiografi dalam kehidupan orang lain. Setelah kita memahami barulah cuba untuk difahami sebagai imbangan di mana ianya adalah saling bergantungan.

37 thoughts on “komunikasi untuk kemahiran

  1. Pingback: Komuniti Blogger

  2. tips wisata murah

    komunikasi memang harus di letakan pada etika, dengan begitu kita baru bisa menjadi pendengar yang baik.tapi kadang kita hanya mau menang sendiri dalam berkomunikasi..

    membahas masalah komunikasi. apakah sahabat pernah di tepu oleh operator telekomunikasi…? nah di Indonesia lagi marak kasus tersebut.. kalau sahabat hairilhazlan dot com punya solusi. mohon berikan catatan pada artikel HATI HATI DENGAN i-Ring OPERATOR 808 MENTARI yang sedang kami bahas.. syukron

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu sahabat… oh setakat ini tiada masalah dengan syarikat komunikasi lagi….

      Reply
  3. Mrs.Ayie

    Assalamualaikum.

    Ramai orang ada kemahiran bercakap, dan meluahkan tapi tak ramai yang ada kemahiran mendengar. Kadang-kadang kita tak habis cakap lagi, tak habis terangkan lagi, pihak yang mendengar dah bersuara. Jadi mesej tak dapat sampai.

    Reply
    1. hazlan Post author

      🙂 betul tu.. memang ramai umat yang begitu… tapi pandai2lah masing2 membawa situasi tersebut…

      Reply
      1. suri

        sebab tu kata org tua agaknya orgtak habis cakap dia dah potong cakap..

        dasar anak kurg ajar le kalau kita berkelakuan sebegitu huu..

        Reply
        1. hazlan Post author

          kekadang sakit jiwa rasanya kalau selalu sangat potong orang tengah bercakap…

          Reply
            1. hazlan Post author

              ntah leee… tapi nak cuba apa salahnya…

  4. Muhaimin

    Setuju, mendengar adalah sebahagian daripada komunikasi yang berkesan. Kalau tak dengar, maka tak lengkaplah sebuah komunikasi itu 🙂

    Reply
  5. suri

    jadi pendegara tu bagus juga ya..tapi klu mjdi tukang cerita pula harus ckp bgi terang2..kekadag ada sebahagian dari kita tak paham apa yg nak di sampaikan dari kita..maka kita kekadang terpaksa guna cara lain pula utk memahamkan mereka hee…

    Reply
  6. decrewz

    Kemahiran komunikasi semua orang ada tapi adab komunikasi tu yang bukan semua org ada.. Lain org lain cara.. Silap gaya makan kaki…hu3

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul juga tu bro… makan kaki kira paling ok tu jgn sampai tikam menikam sudahlaaa… ish2 mintak2 dijauhkan

      Reply
  7. Fahmi Raazali

    erm, kemahiran mendengar sgt la penting… ada orang cakap mereka sedang mengengar apa yg orang lain katakan pada mereka… walhal… mereka tak mendengar pun 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu tu la… memang payah juga nak berkemahiran seperti ini…

      Reply
    2. dnoBiz

      mendegar merupakan satu kaedah yang sering digunakan oleh pakar motivasi dan saikologi dalam sesetengah kes,
      dengan mendengar sebenarnya kita dah berjaya meredakan separuh tekanan mereka yang bercerita…

      Reply
      1. hazlan Post author

        situasi sama juga kalau kita mengajar tapi anak murid buat bising… tertekan juga para pengajar2 ni…

        Reply
  8. aktechpage.com

    Hmmm mmg lebih kurang sama dgn artikel aku yg bertajuk “Fungsi Bercakap”
    Kadang2, kemahiran komunikasi mmg penting, ttp kemahiran mendengar lg penting.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu sama tapi tak serupa… huhuhu… apapun kalau di camtumkan menjadi satu perkara yang boleh menjadi kuat…

      Reply
      1. aktechpage.com

        Tapi kan suasana komunikasi kerja dalam swasta dgn kerajaan mmg berlainan sekali. Swasta lebih terbuka manakala kerajaan lebih tertutup.

        Reply
        1. hazlan Post author

          betul tu bro… cuma agar cuti juga tidak mengganngu perjalanan dan operasi mana2 jabatan…

          Reply
  9. tehr

    aku memang hot kalau jurujual yang tahu buka mulut tapi tak tahu buka telinga
    pasti sekali aku juga tak mahu dengar apa2
    hehe

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… tul tu kekadang macam jurujual tu semua yang tahu kita tak tau apa2 pulak….

      Reply
  10. dnoBiz

    Aku suka dengan kaedah Cuba memahami terlebih dahulu..
    baru la kita tak tersasar dari perbincangan 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      yup setuju tu bro… kalau tak paham masalah lain akan timbul kelak…

      Reply
  11. akubiomed

    Saya bersetuju dengan tulisan bro kerana tidak ramai yang mampu menjadi pendengar setia. Jangan jadi Hang Tuah kerana menjadi pendengar setia hingga Hang Jebat mati di tangannya.

    Reply
    1. hazlan Post author

      hang tuah dan hang jebat adalah satu cerita pengajaran… antara kesetiaan, kemahiran, kekejaman, tumpuan, dan belbagai2 lagi kalau di perhatikan betul2….

      Reply
  12. penyubiru

    cara kita tuturkan komunikasi juag penting. kena scan dulu org yg kita nak berkomunikasi tu. kalau jenis sempoi, ok la. biasalah kalu org baru kenal, kita akan berkomunikasi dgn sopan kan.

    Reply
    1. hazlan Post author

      elok juga wat scanner macam tu… tak le nanti dichop syok sendiri pulak…

      Reply
  13. Pingback: Q000 Siri baru ‘Bla, bla, bla’ « Keluarga Sharif Yamah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *