Dengan kesinambungan tajuk yang pernah aku tulis sebelum ini iaitu apakah yang boleh di fahami dengan situasi ini?. Jika di fahami betul2 ia adalah merupakan bagaimana cara kita berkomunikasi. Rupanya ramai juga rakan2 memang memahami situasi itu.
Sudut bacaan dan tulisan aku di sini adalah merupakan bentuk komunikasi. Begitu juga dengan bercakap dan mendengar. Malahan ini merupakan empat jenis komunikasi yang asas. Fikirkan masa yang kita luangkan untuk melakukan setiap satu daripada keempat-empat perkara ini. Kebolehan melakukan keempat-empat ini adalah kritis bagi keberkesanan kita.
Komunikasi adalah kemahiran yang amat penting dalam kehidupan. Kita luangkan kebanyakan masa sedar kita untuk berkomunikasi termasuklah perhubungan komunikasi secara digital dan di alam maya seperti penggunaan telefon pintar atau cara berinteraksi dan bersosial dalam blogging dan chatting atau sebagainya .
Tetapi pertimbangkan ini:
Kita telah bertahun-tahun untuk belajar bagaimana untuk bercakap dan berkomunikasi. Namun bagaimana dengan mendengar? Jenis latihan atau pendidikan apakah yang dapat membantu kita mendengar supaya kita benar2 memahami orang lain daripada sudut pandangan orang itu?

Membina akaun bank emosi
Tidak ramai yang terlatih dalam latihan mendengar. Kebanyakan latihan yang mereka terima dalam teknik etika personaliti, terpisah daripada akhlak dan dasar perhubungan yang begitu penting untuk memahami orang lain dengan baik.
Jika kita hendak benar2 berkesan dalam tabiat berkomunikasi interpersonal, kita tidak boleh menggunakan teknik sahaja. Kita seharusnya membina kemahiran mendengar secara empati berdasarkan akhlak yang menggalakkan sifat terbuka dan percaya. Kita mesti membina akaun bank emosi kita sendiri yang dapat membina perundingan antara dua jiwa.
“cuba memahami dahulu” melibatkan penganjalan paradigma yang besar. Kita biasanya cuba difahami. Kebanyakan orang tidak mendengar dengan niat untuk memahami, mereka mendengar dengan niat untuk menjawab, mereka bercakap atau mereka bersedia untuk bercakap. Mereka menuraskan segala-galanya melalui paradigma sendiri, membaca autobiografi dalam kehidupan orang lain. Setelah kita memahami barulah cuba untuk difahami sebagai imbangan di mana ianya adalah saling bergantungan.

komunikasi memang harus di letakan pada etika, dengan begitu kita baru bisa menjadi pendengar yang baik.tapi kadang kita hanya mau menang sendiri dalam berkomunikasi..
membahas masalah komunikasi. apakah sahabat pernah di tepu oleh operator telekomunikasi…? nah di Indonesia lagi marak kasus tersebut.. kalau sahabat hairilhazlan dot com punya solusi. mohon berikan catatan pada artikel HATI HATI DENGAN i-Ring OPERATOR 808 MENTARI yang sedang kami bahas.. syukron
betul tu sahabat… oh setakat ini tiada masalah dengan syarikat komunikasi lagi….
Assalamualaikum.
Ramai orang ada kemahiran bercakap, dan meluahkan tapi tak ramai yang ada kemahiran mendengar. Kadang-kadang kita tak habis cakap lagi, tak habis terangkan lagi, pihak yang mendengar dah bersuara. Jadi mesej tak dapat sampai.
🙂 betul tu.. memang ramai umat yang begitu… tapi pandai2lah masing2 membawa situasi tersebut…
sebab tu kata org tua agaknya orgtak habis cakap dia dah potong cakap..
dasar anak kurg ajar le kalau kita berkelakuan sebegitu huu..
kekadang sakit jiwa rasanya kalau selalu sangat potong orang tengah bercakap…
agak2nya mau gak kita sumat org bgu dlm tong beras heeeee
ntah leee… tapi nak cuba apa salahnya…
Setuju, mendengar adalah sebahagian daripada komunikasi yang berkesan. Kalau tak dengar, maka tak lengkaplah sebuah komunikasi itu 🙂
yup betul tu bro… 🙂
jadi pendegara tu bagus juga ya..tapi klu mjdi tukang cerita pula harus ckp bgi terang2..kekadag ada sebahagian dari kita tak paham apa yg nak di sampaikan dari kita..maka kita kekadang terpaksa guna cara lain pula utk memahamkan mereka hee…
Kemahiran komunikasi semua orang ada tapi adab komunikasi tu yang bukan semua org ada.. Lain org lain cara.. Silap gaya makan kaki…hu3
betul juga tu bro… makan kaki kira paling ok tu jgn sampai tikam menikam sudahlaaa… ish2 mintak2 dijauhkan
Tu dah hilang kawalan.. 🙂
huhuhu… dan hilang pertimbangan… masya Allah
erm, kemahiran mendengar sgt la penting… ada orang cakap mereka sedang mengengar apa yg orang lain katakan pada mereka… walhal… mereka tak mendengar pun 🙂
huhuhu tu la… memang payah juga nak berkemahiran seperti ini…
betul sekali sobat mancai, saya setuju sama sobat 😀
terima kasih sobat…
mendegar merupakan satu kaedah yang sering digunakan oleh pakar motivasi dan saikologi dalam sesetengah kes,
dengan mendengar sebenarnya kita dah berjaya meredakan separuh tekanan mereka yang bercerita…
situasi sama juga kalau kita mengajar tapi anak murid buat bising… tertekan juga para pengajar2 ni…
kadang dalam berkomunikasi nih memang ada tersilap cakap, huhu 😛
huhuh betul tu… memang lumrah
Hmmm mmg lebih kurang sama dgn artikel aku yg bertajuk “Fungsi Bercakap”
Kadang2, kemahiran komunikasi mmg penting, ttp kemahiran mendengar lg penting.
huhuhu sama tapi tak serupa… huhuhu… apapun kalau di camtumkan menjadi satu perkara yang boleh menjadi kuat…
Tapi kan suasana komunikasi kerja dalam swasta dgn kerajaan mmg berlainan sekali. Swasta lebih terbuka manakala kerajaan lebih tertutup.
betul tu bro… cuma agar cuti juga tidak mengganngu perjalanan dan operasi mana2 jabatan…
aku memang hot kalau jurujual yang tahu buka mulut tapi tak tahu buka telinga
pasti sekali aku juga tak mahu dengar apa2
hehe
huhuhuhu… tul tu kekadang macam jurujual tu semua yang tahu kita tak tau apa2 pulak….
Aku suka dengan kaedah Cuba memahami terlebih dahulu..
baru la kita tak tersasar dari perbincangan 😀
yup setuju tu bro… kalau tak paham masalah lain akan timbul kelak…
Saya bersetuju dengan tulisan bro kerana tidak ramai yang mampu menjadi pendengar setia. Jangan jadi Hang Tuah kerana menjadi pendengar setia hingga Hang Jebat mati di tangannya.
hang tuah dan hang jebat adalah satu cerita pengajaran… antara kesetiaan, kemahiran, kekejaman, tumpuan, dan belbagai2 lagi kalau di perhatikan betul2….
cara kita tuturkan komunikasi juag penting. kena scan dulu org yg kita nak berkomunikasi tu. kalau jenis sempoi, ok la. biasalah kalu org baru kenal, kita akan berkomunikasi dgn sopan kan.
elok juga wat scanner macam tu… tak le nanti dichop syok sendiri pulak…