Pemasaran produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi semua jenis perniagaan. Pemasaran bererti memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanpa sistem pemasaran yang sistematik, produk yang baik tidak dapat dipasarkan dengan meluas dan merugikan pihak yang menghasilkan produk tersebut. Sebelum kaedah pemasaran melalui internet meningkat secara drastik, perniagaan konversional lebih menumpukan cara pemasarannya melalui khidmat jurujual ataupun pegawai pemasaran yang dilantik untuk memasarkan produk mereka. Bagi firma perniagaan yang lebih besar, kaedah pemasaran seperti pengiklanan melalui media2 massa seperti akhbar, majalah mahupun pengiklanan melalui televisyen. Kesemua ini memakan kos yang tinggi dan mempunyai kos penyelenggaraan yang sentiasa berulang.
Dengan perkembangan dunia teknologi maklumat ataupun dikenali juga sebagai ICT, cara pemasaran telah pun berubah di mana firma perniagaan telah berpeluang memasarkan produk mereka melalui laman web yang dibangunkan oleh pembangun sistem. Masyarakat terutamanya di Malaysia hari ini sudah mula mengakui keberkesanan penggunaan internet bagi medium pemasaran yang baru. Kini, banyak syarikat tempatan mula mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di internet. Malah pada hari ini juga kita dapat lihat di mana orang perseorangan juga dapat memasarkan produk mereka melalui internet. Samada kita menyedari atau tidak, internet sebenarnya merupakan industri yang paling pantas berkembang masa kini.
Ramai yang tidak menyedari bahawa internet di jadikan medium baru perniagaan bagi para usahawan di luar sana. Di antara kelebihan2 memasarkan produk dan perkhidmatan melalui internet adalah seperti:
- Melibatkan kos yang begitu minimum dan jauh lebih murah seperti kos yang melibatkan promosi dan pengiklanan. Pemasaran internet melalui kemudahan online seperti ezine dan e-classified dapat digunakan secara meluas di internet.
- Perniagaan boleh di buka selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun dan juga boleh dilakukan secara automatik (autopilot) bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.
- Mampu menarik pelanggan dari seluruh dunia dan seterusnya dapat mencapai pasaran ke pringkat global dengan mudah dan berkesan.
- Pemasaran internet hanya perlu menggunakan sebuah laman web yang dibangunkan. Infrastruktur ini perlu dibangunkan bagi tujuan menjual dan ia hanya memerlukan nama domain dan alamat email sahaja.
- Pemasaran internet membina akses secara lansung kepada pelanggan yang berpotensi. Seterusnya, kita dapat berkomunikasi dengan bakal pelanggan antaranya adalah dengan cara menghantar email dan bercakap kepada mereka.
agreed…
🙂 huhuhuhu
Ajar gua buleh tak bro internet marketing? hahaha
hahaha.. aku pun membeli ebook2 otai IM… tapi setakat yang aku tau tu boleh je… insya-Allah
dah dapat duit riban-riban
gune plan IM….
hrmm…
teringin plak nak buat posting pasal IM….
Skit mase lagi che-armad sharing info pasal IM ni….
dengan modal RM0.00…
anda bleh jana pendapatan internet…
huhuhuhu…
wah betul tu modal 0.00 rajin berusaha pendatapatan… nanti roger2 la kalau dah berposting pasal IM ni… boleh share2 pengatahuan dan pengalaman…
Internet marketing ni dah menjadi sebahagian dari strategi pemasaran kebanyakan syarikat hari ni. Saya pun banyak dapat klien dari internet untuk bisnes2 yg tgh saya buat.
strategi yang harus dipraktikkan… gud luck bro.. memang ianya dapat dan sangat membantu
Hi hi.. bagus bro.. aku pun tengah mempraktikkan online dan offline biz serentak.. nak tengok apa hasilnya.. tq
gud luck bro… praktik tu penting dari duduk diam sahaja.. hasilnya kekadang cepat kekadang lambat… namun bersabar tu satu kemestian…
Sangat setuju! Ramai yg tak sedar marketing melalui internet paling cepat dan murah sampai kepada pelanggan. Entri yg bagus.
betul2 kekadang ada juga yang bertanya kat aku.. boleh percaya ke? boleh dapat hasil ke? betul ke? aku jawab cuba la dulu… belum cuba belum tahu…. eh ok ke kalau jawab macam tu?
Okay je kalau ko jawab dgn mereka yg berbisnes. Tapi kalau kepada consumers, ramai yg kurang yakin. Aku so far, tak pernah lagi membuat urusniaga melalui internet tetapi abang aku selalu la.
Tapi aku rujuk juga internet sebagai bahan promosi.
betul juga tu… apa pun harap2 gunakanlah kaedah yang tersedia ni sebaiknya…
Sememangnya di akui pemasaran internet adalah yg terbaik utk masa kini. Aku pun skrg buat bisnes kecil-kecilan secara part time menggunakan internet.
Sememangnya internet bisnes mempunyai potensi yang tinggi di masa kini…
Rugi bg usahawan yg tidak menggunakan internet sbg pemasaran internet.
betul2 salah satu cara mempraktikkan strategi pun ya juga….
yup, pantas dan murah, jadi ia memang sesuai sebagai strategi pemasaran yang utama
huhuhu… sikit2 lama2 jd bukit…
syarikat besar di malaysia dah mula
pandang pemasaran diinternet.
peluang buat semakin banyak.
huhuhu betul tu… pilih2 mana yang kita suka.. huhuhuhu
pemasaran internet ni.
tak perlu susah2 sangat
cari alamat pos surat.
tapi alamat emel kita
dibanjiri SPAM setiap hari.hihi…
spam memang satu hal… kekadang email kita antar kat kekawan pun pergi ke spam box… sudahnya derang bukan baca.. empty terus…
betul tu. banyak perniagaan sekarang menggunakan internet sebagai medium mengenegahkan barangan yang dijual oleh mereka. selain dapat meluaskan sehingga ke peringkat global.
di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan lobang…
Setuju apa yang di tulis. Contoh terbaik Nuffnang mengunakan blog sebagai medium pengiklanan produk untuk mix and match antara blogger dan advertiser
imbuhan di bahagi sama rata…
yup aku memang setuju, selain pasaran yang luas, kos juga dapat diminimumkan
kalau sudah ada untung jgn lupa menderma dan bayar zakat….. huhuhu
selain dari kos yang murah…. ia juga memerlukan satu teknik yang tertentu… masalahnya banyak sangat yang menipu sekarang nie (jadi taik)… menjadi satu cabaran buat mereka yang betul serius dalam perniagaan internet… insyallah boleh, sedang giat berusaha nie.. huhu
betul2 yang menipu tu yang buat industri ni boleh jatuh… nak buat IM memang aku sokong sepenuhnya…
Jangan memanipulasi pengguna untuk keuntungan semata-mata. 🙂
manipulasi tu yang boleh jadi sakit hati…
lihat sahaja di facebook mmg amat mudah buat pemasaran disana..lebih bila di tag tanpa rela huuu
tu la kekadang terlepas jugak tag tanpa rela kan…
mau tanya..online marketing dgn internet marketing sme ke? or berbeza..just wnt to know the right word for my projek 🙂
online marketing, internet marketing juga web marketing, webvertising, atau e-marketing sama jer semua ni bro…
terimakasih share info pemasaran email..dpt menmbah pembelajaran sy tentang pemasaran email…
sama2 moga bermanfaat…