selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin

By | September 7, 2010

Hanya tinggal beberapa hari dan detik sahaja lagi kita akan melangkah ke bulan syawal. Pejam celik-pejam celik, Ramadan telah pun meninggalkan kita. Perginya pastinya ditangisi oleh insan yang merindukan kedamaian dan keberkatan bulan Ramadan… dan kini Syawal bakal menjelma kembali dalam diari hidup kita menggamit sejuta keinsafan dan kerahmatan Yang Maha Esa.

Semoga korang semua bergembira bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Kepada yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman,yang jauh menuntut ilmu di perantauan aku nasihatkan, janganlah bersedih. Apa kata korang buat panggilan telefon sebagai pengerat tali silaturrahim dengan insan yang tersayang di hari mulia ini.

Keutamaannya adalah keselamatan ketika dijalan raya dan diharapkan kita semua agar berhati-hati pada musim perayaan ini. Semoga kita semua selamat pulang dan selamat kembali  ke pangkuan keluarga. Teruskan amalan saling bermaaf-maafan dan saling berkunjung-kunjungan. Bak kata orang beraya biarlah sebulan.

Kesempatan ini, sekali lagi aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog ini. Nak disebutkan semua nama yang ada, memang tak cukuplah ruang. di kesempatan ini aku ingin menghuluran salam kemaafan seandainya ada kata2 dan tulisan yang tidak menyenangkan selama aku berkarya dan mungkin pernah mengguris dan menyakitkan hati kalian. Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah blog ini dan sudi membaca bebelan aku. Terima kasih atas sokongan kalian semua. Jangan pulak lupa untuk membayar zakat fitrah.

Senarai Kadar Zakat Fitrah 2010:

Negeri Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)
Perlis 6.00
Kedah 7.00
Pulau Pinang 7.00
Perak 7.00
Selangor 7.00
Negeri Sembilan 6.50
Melaka 6.50
Johor 5.00 / 7.50 *
Pahang 7.00
Terengganu 5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan 7.00
Sarawak 5.20
Sabah 6.80
Wilayah Persekutuan 7.00

Terima kasih atas kad ucapan, ucapan SMS dan komen2 yang bernas dari korang serta ucapan hari raya yang pernah korang ucapkan. Sekali lagi aku ucapkan terima kasih banyak2 dan yang tidak terhingga kepada kalian semua!

Pantun dan Ucapan versi jawa:

Nggodok kupat nang ngisor ondo,
Godong’e nipah digawe atep,
Salah silapku njaluk ngapuro,
Ketemu meneng tahun ngarep.

“kluputan kulo seng katah2, njalok ngapuro lahir batin”

62 thoughts on “selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin

  1. zik

    selamt hari raya bro… minta ampun dan maaf kalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita…. walaupun tak pernah berjumpa…

    Reply
    1. hazlan Post author

      sama2 selamat hari raya maaf zahir batin jugak zik… insya-Allah ada masa nanti berjumpa juga kot…

      Reply
    1. hazlan Post author

      salam kembali… terima kasih mankuchai… selamat hari raya maaf zahir batin… 0-0 erk

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama2 bro kira 0-0… selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin

      Reply
    1. hazlan Post author

      saya pun begitu juga zezebel… selamat hari raya maaf zahir batin

      Reply
    1. hazlan Post author

      selamat hari raya maaf zahir batin.. aku pun begitu juga…. salah dan silap harap di maaf..

      Reply
    1. hazlan Post author

      ya sama juga aku… ampun dan maaf dan selamat menyambut hari raya aidilfitri

      Reply
  2. pawaka19

    mintak maaf lah sebab tak sempat anta kad raya.
    sebab sebuk wat pasang pelita,
    nak ucap selamat hari raya,
    mohon maaf zahir dan batin dipinta.

    …berakhir sudah ramadhan kali ini,
    tibalah syawal yang di nanti ,
    kalau raya jgn lupa singgah rumah sini,
    nak balik raya nanti memandu hati-hati

    New Entry “Haru Cdiqlife Nak Bagi Duit Raya RM200”

    Reply
  3. Nine

    selamat hari raya bro Mancai, maaf zahir dan batin kalau ada salah silap yer..kimsalam kat semua keluarga bro, semoga raya tahun nih meriah selalu 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      selamat hari raya juga… ampun maaf dipinta… tak pe ada masa singgah2 sesekali…

      Reply
  4. AyieBlog

    Salam,bro lamanya berhari raya.. hehe hari-hari raya.. Selamat hari raya maaf zahir dan batin, maaf lambat ucapan hari raya :).. hehehe

    Reply
  5. suri

    salam tuan rumah..
    selamat hari raya maaf zahir dan batin..

    semoga sihat dan bahgia sslu di hari raya yang mulia ini

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam suri.. selamat hari raya juga… setakat ni syukur Alhamdulillah… harap suri pun begitu juga..

      Reply
  6. Lee Sun

    Hi,
    Nice btul E-card. Do you mind if I take the background and modified it? Raya is coming!
    Selamat berpuasa..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *