remaja dan teknologi

By | August 3, 2010

DENGAN penggunaan teknologi, manusia mampu merentasi sempadan upaya deria serta kudrat diri. Dalam kata lain, teknologi membantu manusia melaksanakan sesuatu kerja dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.

Kebergantungan manusia terhadap teknologi dalam kehidupan seharian dilihat semakin bertambah sejajar dengan pengenalan teknologi terbaru. Baik komputer, telefon bimbit, mahupun kereta atau sebagainya merupakan antara teknologi yang tidak dapat dipisahkan dengan suasana hidup zaman moden hari ini.

Teknologi selamanya alat

Bersama teknologi juga datangnya maklumat melalui saluran media massa. Terdapat pelbagai maklumat yang kedapatan dari mana-mana sumber, yang kadang kala begitu sarat untuk ditapis, ditelan dan akhirnya dicerna.

Ada maklumat yang sahih, belum sahih dan tidak sahih. Ada yang relevan dan ada yang tidak. Semuanya memerlukan kebijaksanaan kita dalam mengurus penerimaan maklumat, menilainya secara kritis dan kemudian mengolahnya menurut pedoman akal dan wahyu Ilahi.

Obsesi terhadap teknologi kadang kala membuatkan manusia menganggap teknologi sebagai matlamat, lalu menjuruskan mereka ke arah kehidupan yang materialistik. Pembangunan teknologi menjadi agenda teras sedangkan pembangunan insani sering terpinggir.

Pemilikan teknologi dirasakan dapat membawakan perasaan lebih hebat, lebih tinggi berbanding orang lain, dan kemudiannya mencetuskan rasa ego serta rasa ingin menguasai insan lain, atau mungkin negara lain.

Namun, adakah benar penemuan dan pemilikan teknologi sebagai sesuatu yang ingin dibanggakan atau disalah gunakan untuk menindas yang lain, seperti mana yang dilakukan oleh negara yang menganggap dirinya Polis Dunia?

Justeru, teknologi perlu ditatang sebagai alat untuk mencapai sesuatu yang murni, sambil memelihara kemurnian yang sedia ada. Aspek budaya, bahasa, serta agama tidak seharusnya terhanyut akibat gelombang tsunami teknologi yang begitu deras.

Sebaliknya, aspek2 tersebut perlu menjadi penampan arus agar gelombang kemodenan yang melanda tidak menghanyutkan elemen tradisi yang tetap kekal relevan dalam kehidupan seharian.

Teknologi seharusnya membantu manusia mencapai sesuatu manfaat untuk dirinya, insan lain serta makhluk lain di dunia ini. Penggunaan teknologi yang mengabaikan hak orang lain atau makhluk lain tidak akan membolehkan manusia mencapai manfaat sebenar daripada teknologi tersebut.

Penggunaan teknologi untuk penerokaan hutan secara tidak terkawal umpamanya, bukan sahaja akan memusnahkan habitat semula jadi haiwan liar, tetapi juga sebenarnya merosakkan kawasan tadahan air, mengganggu struktur tanah dan sebagainya. Natijahnya, dapat kita lihat kini seperti kejadian tanah runtuh dan banjir.

Dari satu segi, teknologi tetap penting untuk dikuasai kerana bersama teknologi, kita mampu mencapai kemandirian ekonomi, politik, pertahanan, sumber asli dan sebagainya. Dengan adanya teknologi, pembangunan negara akan dapat bergerak seiring kepesatan keperluan penduduk yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Fikir teknologi fikir umat

Kecanggihan teknologi terkini bukan hanya perlu dimanfaatkan dalam konteks penggunaan produk siap sematamata. Pada masa yang sama rasa ingin tahu boleh dijana berkenaan bagaimana teknologi tersebut berfungsi serta asas ilmu sains yang digunakan.

Di samping itu, kita juga perlu berfikir tentang dari mana asal teknologi tersebut, adakah ia dibangunkan oleh umat Islam itu sendiri atau dari Barat. Tambahan lagi, adakah terdapat manamana peranan umat Islam dalam pembangunan teknologi tersebut, umpamanya penyelidikan atau pembuatan, atau mungkin tiada langsung?

Secara objektifnya, kita perlu mengakui bahawa kebanyakan teknologi yang diguna pakai hari ini datangnya dari Barat, bermula daripada proses penyelidikan, disusuli dengan pembuatan, dan kemudiannya pemasaran serta pengedaran. Dan kita sebagai umat Islam mungkin hanya banyak berperanan sebagai pengguna akhir kepada teknologi tersebut.

Melihat kepada perkara ini, kita perlu menginsafi bahawa secara keseluruhannya umat Islam masih lagi jauh ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi berbanding umat lain. Kita masih lagi tidak mampu untuk membangunkan teknologi sendiri bertitik tolak daripada keadaan akar budaya ilmu kita sendiri yang masih belum subur bertunas.

Sedangkan saintis2 Islam terdahulu banyak menghasilkan penemuan cemerlang dan terawal dan seterusnya menjadi asas kepada perkembangan bidang sains dan teknologi dewasa kini.

Ibn Haitham umpamanya digelar sebagai ‘Bapa Optik Moden’ atas sumbangan beliau dalam menghasilkan penyelidikan dan penemuan cemerlang terawal dalam bidang optik. Kini ilmu yang ditemui beliau menjadi asas kepada ilmu optik masa kini serta aplikasi teknologi yang dibangunkan.

Malahan, umat Islam itu sendiri seharusnya merupakan umat yang terbaik, seperti mana maksud firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110.

“Kemajuan kita, baik dalam pembangunan fizikal mahupun akhlak seharusnya menjadi tanda aras kepada umat-umat lain agar mereka mencontohi kita”

Justeru, remaja Islam hari ini perlu sedar bahawa harapan untuk memajukan umat Islam tergalas pada bahu mereka. Remaja Islam, yang masih mempunyai kudrat akal dan jasmani yang hebat, adalah diharapkan untuk terus menceburi bidang sains dan teknologi agar umat Islam kelak mampu memiliki kemandirian teknologi yang lebih jauh ke hadapan.

Apabila remaja memiliki jalur berfikir sedemikian, hal ini dapat membantu mencetuskan minat remaja untuk mendalami ilmu sains dan teknologi yang berasaskan kepada kesedaran tentang maju mundur umat Islam hari ini.

Kini negara kita sudah mampu untuk menghantar angkasawan sendiri ke ruang angkasa dengan bantuan teknologi negara rakan kongsi. Adalah diharapkan kelak kita dapat membina roket serta kapal angkasa sendiri untuk menghantar angkasawan kita meneroka alam angkasa atas kapasiti teknologi yang kita miliki sendiri.

Kesimpulan

  • Kemandirian teknologi yang diharapkan memerlukan upaya berfikir secara saintifik, kreatif dan inovatif. Sistem pendidikan yang menyerapkan kemahiran berfikir yang diperlukan bakal menghasilkan para saintis dan jurutera yang kemudiannya berkebolehan membangunkan teknologi menurut acuan sendiri.
  • Kemandirian teknologi yang berpaut kepada akar budaya, bahasa dan agama kita sendiri akan mampu mewujudkan masyarakat berteknologi yang masih utuh jati dirinya serta unik dan unggul khazanah ilmunya.

44 thoughts on “remaja dan teknologi

  1. AyieBlog

    Salam,wa nice entry remaja dan teknologi tak boleh dipisahkan mahpun diasingkan,masing2 ada hubungkait ,kalau teknologi maju tapi remaja tak tahu nak guna kan 2lah yang membawa kepada gelaja kurang sihat :),gunakan kemajuan yang diberikan dengan sebaik mungkin, :).. thank q bro entry terbaik buat ayie…

    Reply
  2. Eyl

    Thank artikel ni bro, skrg zaman teknologi, remaja semua mcm dh celik teknologi. jangan disalah guna sudaa..

    Reply
  3. man kuchai

    Salam,

    Baru ada kesempatan untuk menjenguk…remaja dan teknologi memang seiring,tetapi remaja yang terlebih “teknologi” tu yang bahaya,mereka memang kreatif dalam mengunakan teknologi,tetapi kurang pandai memaksimakan penggunaan,sgt setuju dengan istilah “Kemandirian Teknologi”itulah yang perlu diterapkan kepada remaja kita!

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu..kekadang kan remaja jek yang dah berumur pun tak tentu jugak kan?

      Reply
    1. hazlan Post author

      sori2 teramat sangat kerana memeningkan… bukan niat aku erk

      Reply
  4. hafidz

    Dari sudut pandangan aku & apa yang aku nampak.
    Remaja sekarang & teknologi = menghasilkan rakaman video-video 3gp yang terlampau, fuh~
    Harap kita dijauhkan dari perkara tersebut, amin.

    Reply
    1. hazlan Post author

      siapa lagi kalau bukan generasi hari ini untuk akan datang, mereka2lah yang akan mentarbiah apa sahaja teknologi akan datang… huhuhu cam poyo je ayat aku ni…

      Reply
  5. Muhd Suhaily

    Ketagih TERLAMPAU…penyakit kronik boleh timbul kalau berejam rejam dgn ICT lebih lebih lagi depan PC yg ditemani berukband…tiada kawalan susah nanti budak budak skang ni…nanti semua terabai, lapar pun macam berpuasa pula…

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro.. tapi yang pasti kalau jadi macam kat pakistan dan negara2 yang seangkatan dengannya, sekat laman2 yang tidak munasabah mungkin akan menjadi lebih baik… sekadar pandapat

      Reply
  6. ST

    Sokong! Teknolog bukan matlamat tapi kadang kala orang terlupa perkara ni ( termasuk la aku ) huhuhu…

    Reply
    1. hazlan Post author

      hahahaha… sama2 la kita cuba2 elak mengelak.. aku jugak

      Reply
  7. etomyam

    baru first time dengar word ‘Kemandirian’ ni bro, apa-apa pun pastinya ulasan dan penjelasan yang amat memberi manafaat

    Reply
  8. suri

    jika remaja tu bijak dlm memplajari teknologi secara serius pasti akan ada kerjaya yang bakal dicapainya 🙂

    Reply
  9. wazy

    Sokong 200% untuk entri ni,sesuai untuk dijadikan rujukan pasa amsa akan datang
    memang diakui teknologi internet semua jenis peringkat usia dah boleh guna termasuklah golongan remaja.Sambil dorang mencari info,kena juga di awasi oleh ibu bapa atau guru.ini adalah kerana banyak anasir-anasir luar yang tersebar di web-web replika yang meminta alamat dan nombor telefon.Hal ini perlu dipandang serius oleh semua pihak supaya tiada kejadian yang tak di ingini.

    P/s : huk huk panjanglak komen =)

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro.. huuhuhu komen yang panjang tapi penuh aspirasi dan suara dari tulus ikhlas tak derk hal bro… pendapat aku itulah semangat sebenarnya…

      Reply
  10. Amir

    nice entri. semua orang berlumba-lumba nak majukan teknologi negara masing-masing sampai melupakan apa itu persahabatan, kemanusiaan. bagi mereka, jika mereka berjaya mereka akan disanjung oleh masyarakat dunia.

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu kekadang tak dapat nak di fikirkan secara logik akal…

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu suri… cam ada minat jek nak bukak perniagaan tu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      agak susah nak jumpa sekarang ni informasi teknologi berkenaan ilmuan islam… ingat nak cari dan rujuk kat perpustakaan Malaysia tu la

      Reply
  11. Thoha

    Teknologi dunia pada hari ini adalah datang yang datang dari zaman kegemilangan islam seperti dalam bidang perubatan, matematik dan banyak lagi..umat islam hari ini perlu bangkit untuk mengembalikan zaman kegemilangan islam pada masa dahulu..

    Reply
  12. Blinkky

    Artikel yang berkualiti untuk dibaca. Teknologi dah jadi salah satu perkara paling penting dalam kita =)

    Reply
  13. kulanz

    Salam bro,
    memang bagus kalau pengetahuan teknologi remaja atau sesiapa saja dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.. kena ambik peluang tu, sebab tak semua ada pengetahuan atau peluang yang sama..
    Artikel yang bagus bro.. thanks kongsi ni

    Reply
    1. hazlan Post author

      u r welcome… betul tu peluang dan pengatahuan diterima dengan cara dan langkah berbeza… setuju betul dengan pendapat ni…

      Reply
  14. aktechpage.com

    Gunakan teknologi hanya apabila diperlukan sahaja..
    Jangan lah menggunakan kemudahan teknologi untuk menunjuk-nunjuk..
    Contohnya telefon.. org pakai iPhone kita pun pakai iPhone jugak… padahal kita pakai iPhone kebanyakan utk call dan sms sahaja…
    Utk remaja, pakai yg termampu dahulu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… pendapat ni aku setuju banget.. jangan cuba nak buat perkara yang di luar kemampuan… nanti sendiri yang terduduk

      Reply
  15. faarihin

    remaja dan teknologi memang tak leh dipisahkan.. skang kanak-kanak dgn teknologi lagi dah tak boleh nak berenggang.. huhuhu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *