Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara, menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam. Namun setiap orang ada pendapat yang berbeza dan mempunyai pelbagai definasinya yang tersendiri. Di antaranya adalah:
- Penyelidikan di definasikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat. (Manheim, 1977, muka surat 4)
- Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-sarjana di dalam bidang tersebut. (Helmstadter, 1970, mukasurat 5)
- Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan mengintrepretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima didalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula. (Woolf, 1975 mukasurat 984)
- Penyelidikan adalah persoalan berhati-hati atau pengujian bertujuan mendapatkan atau menemukan maklumat atau perhubungan dan mengembangkan dan mengesahkan pengetahuan tersedia (Rummel dan Ballaine β Research and Methodology in Business)
- Penyelidikan Saintifik adalah kaedah penyelidikan bersistematik dan diperhalusi dengan mengunakan peralatan dan prosedur tertentu bagi mendapatkan penyelesaian bermakna bagi sesuatu masaalah dari pengunaan kaedah yang tidak membawa makna (Rummel dan Ballaine βResearch and Methodology in Business)
Ciri-Ciri Penyelidikan
- Ia bermula dengan satu persoalan didalam pemikiran seorang penyelidik
- Ia memerlukan satu perancangan
- Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masaalah
- Ia melibatkan permasaalahan utama dengan permasalaahan berkaitan
- Ia mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan
- Ia melibatkan fakta dan makna fakta
- Ia adalah berhubungkait Menghimpun dan Menganalisa Data (Prinsip 4A)
- Availability (Sumber Tersedia) ia adalah agak sukar untuk mendapatkan data dari menentukan jenis data yang diperlukan
- Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan ketepatan data
- Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data samada mencukupi bagi membolehkan kesimpulan sah dinyatakan
- Validity (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah tepat dan sah
Jenis-Jenis Penyelidikan
- Sejarah (Historical): Membina semula perkara yang selepas secara sistematik dengan mengumpul, menilai, mengesah dan sintesiskan fakta bagi menemukan rumusan yang dipertahankan. Contoh: Kajian Asal-Usul Agama Islam di Malaysia
- Bergantung kepada data sekunder yang diperhatikan atau pengamatan; mestilah mantap, bersistematik dan banyak serta bercambah; bergantung kepada data primer, dimana penulis memerhatikan kejadian yang direkodkan; kritikan asas mengambil kira nilai data dalam bentuk kritikan luaran yang mempersoalkan kesahan dokumen dan kritikan dalaman yang mempersoalkan ketepatan dan kerelevanan data; menyelidik informasi dari sumber yang banyak termasuk bahan-bahan lama dan yang tidak diterbitkan.
- Petikan (Descriptive): Menerangkan populasi atau kehendak minat secara sistematik dan tepat. Contoh: Kajian dan definisi keatas bilangan jawatan didalam Jabatan Perkhidmatan Awam atau Kajian ke atas petani2 Malaysia
- Berteraskan perasaan untuk menerangkan keadaan
- Pengumpulan rumusan data yang bercirikan petikan
- Kajian Tindakan: Membentuk kaedah baru dan jalan menyelesaikan masaalah dengan aplikasi terus dengan kehendak dunia pekerjaan menghubung terus keadaan sebenar dengan perubahan orgnisasi menyediakan rangkakerja teratur bagi menyelesaikan masaalah fleksibel dan digunapakai pengstrukturan semula dengan insuran
- Kajian Tinjauan (Exploratory): Mengkaji sesuatu masaalah, fenomena atau hal baru dalam aturan bertujuan mengetahui, menganalisa atau memperakui masalaah, fenomena atau hal yang dikaji. Dijalankan bagi membolehkan kajian dijalankan atau dijalankan kemudiannya.
- Kajian tinjauan berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan berikut : Samada masaalah itu benar-benar wujud, apakah jenis masaalah yang dihadapi, berapa beratkah masaalah tersebut, patutkah kita menumpukan dan memberi perhatian kepada masaalah tersebut:
- Bergantung kepada tahap liputan kajian
- Melibatkan pelbagai disiplin
- Bergantung kepada objektif kajian
- Contoh: Kajian pengesanan awal
- Kajian tinjauan berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan berikut : Samada masaalah itu benar-benar wujud, apakah jenis masaalah yang dihadapi, berapa beratkah masaalah tersebut, patutkah kita menumpukan dan memberi perhatian kepada masaalah tersebut:
- Kajian Hubungan (Casual Relationship): Kajian ini mencuba untuk menwujudkan hubungkait pembolehubah. Kajian ini bermaksud sesuatu perkara atau hal adalah factor penyebab atau penentu kepada hasilan perkara atau hal yang dikaji.
- Bergantung kepada penentuan pembolehubah dependent atau independent
- Bergantung kepada ketepatan data yang dikumpul
- Bergantung kepada kekuatan hubungkait
- Contoh: Hubungkait diantara program latihan dengan produktiviti
- Kajian Eksperimen: Kajian ini adalah untuk membuktikan atau memastikan sesuatu keputusan melalui ujian yang dijalankan mengikut sesuatu prosedur atau kaedah sebelum sesuatu rumusan di nyatakan.
- Bergantung kepada kaedah atau teknik ujian dijalankan
- Bergantung kepada bilangan /unit ujian yang digunakan
- Bergantung kepada kesahan dan kepbolehpercayaan data dalaman

menarik perkongsian ni bro mancai, baru petang tadi lecturer aku dok mengeluh tak ramai yg dalam bidang social sciences tak nak buat experimental research…kebetulan pulak posting ni π
aku pun dah mula kearah research dah ni… macam2 perkara kena buat lepas ni… tangan jek ada 2…
good info bro..keep it up..
Ben Nyah Popular Sekelip Mata !
tq bro kerana sudi nak baca posting yang panjang lebar ni…
Untuk melakukan penyelidikan ,kena lalui pelbagai peringat seperti mana entri bro ni,kesabaran pula amat penting demi memdapatkan hasil dari penyelidikan
aku pun masih mencari kaedah terbaik untuk penyelidikan… aku dah kena buat menda ni pulak untuk kerja2 akan datang lepas ni…
kajian.. sumber utama ~AlQuran dan As-Sunnah
π
ya memang setuju benar… namun semangat berpasukan juga penting untuk ianya jadi reliti… bukan main serkap jarang sahaja
saya mungkin tergolong dalam kajian tinjauan. tapi biasanya, bila saya jalankan kajian ni, separuh jalan je. ngee. setakat yang saya mampu. agaknya sebab tu la, smpai sekarang saya tak dapat jadi profesor kan? KIHKIH
huhuuhu… buat sorang2 ke? kalau sorang2 tu yang tak jadi tu kot… anyway ada jugak pengalaman dan jangan sesiakan bakat tu…
wah complete ni bro….semua benda kena buat penyelidikan dalam hidup ini..jadi pelajar kalau nak cemerlang pun kena buat jugak penyelidikan sebab mudah nak ulangkaji bila dekat nak exam
yup betul tu bro…. penyelidikan juga penting untuk terus maju kehadapan
Salah 1 cabang dlm ICT iaitu Pembangunan Sistem juga adalah penyelidikan untuk membangunkan sesuatu sistem daripada manual kepada pengkomputeran.
betul tu..antara salah satu yang betul2 diperlukan buat masa sekarang ni? berminat ke?
Penyelidikan memerlukan masa dan juga kesabaran…dan kadang2 belum tentu dapat jawapannya.. so kena ada team dan semangat berpasukan..
berpasukan mewujudkan kekuatan sesuatu hasil…
kajian? huhu..pening cam buat tesis jer..arghhh..kena cari team yang kuat barulah hasil keja akan tampak berhasil..
dulu masa bljak ada gak buat kajian tapi bhg undang2 tentang kolej.klr masuk kolej org,tmuduga bagai..itu ni..dah le ke kena buat sorg2 jer.waktu tu rasa nak muntah jer sb asyik pandang, baca, perhati, bertanyer, benda yang sama huaaa.last dapt gak siapkan sebuku undang2 ttg kolej dan presentation pun not bad gak..hehe..
bro mancai ada aura nak jadi pensyarah nie hehee π
huhuhu suri berbakat tu… boleh la wat team kaji selidik akan datang tu… huhuhu.. menyelidik memang penat namun berbaloi tapi yang penting kepuasan… pensyarah? adus… cuma trainer freelancer jer…
salam..
datang sini lagi..alah kira oklah tu π timba pengalaman π
tak apa datang jangan tak datang… huhuhuhu…terima kasih erk kerana melayannnn
Adakah penyelidikan itu sama makna dengan penyelidikan sainstifik ke?
setahu aku penyelidikan saintifik adalah satu proses penyelesaian masalah secara logik, lebih teratur dan memerlukan jangkamasa yang panjang… rasanya sama sebab dalam kategori penyelidikan juga, tapi punyai kaedah yang berbeza…
Kenapa cpi ni call saya?
??? ntah… kenapa tu?