
Ayat yang pertama yang diturunkan Allah buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW ini menyuruh manusia melihat bertapa pentingnya membaca dan menuntut ilmu. Bagi membimbing manusia ke arah pecarian ilmu yang benar, al-Quran telah diturunkan dan ia merupakan wadah lautan ilmu yang tidak pernah kering untuk dikaji serta mengucapkan keagungan Ilahi.
Rasulullah SAW sendiri amat memandang tinggi budaya membaca dan menuntut ilmu itu sehinggakan Baginda menamakan majlis2 ilmu itu sebagai ‘taman-taman kemulian’ yang dirindui oleh setiap mukmin. Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Apabila kamu melalui taman2 syurga, minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya, ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab: “Majlis-majlis ilmu.”
(riwayat at-Tabrani)
Penekanan Islam kepada umatnya untuk mendalami ilmu telah menjadi dorongan kepada ahli2 akademik Muslim untuk sentiasa mendalami tahap intelektual mereka dan seterusnya berjaya melahirkan para ilmuan yang menjadi sanjungan dunia.

Penerapan budaya ini pada zaman kegemilangan dan ketamadunan islam telah melahirkan ilmuwan2 Islam terkenal seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, al-Farabi dan al-Razi yang menjadi penyambung kepada keunggulan dan keagungan tamadun Islam, sebelum ia dirampas oleh Barat. Namun kini, kegemilangan dan keunggulan Islam itu semakin jauh terkebelakang ditinggalkan oleh Barat. Bukan sahaja dalam bidang pendidikan juga mereka jauh meninggalkan negara-negara Islam.
Fenomena yang berlaku ini menyebabkan kita bukan sahaja ketinggalan malah memperlihatkan bahawa negara2 Islam ini seolah-olah mundur dalam bidang pendidikan ini. Lahirnya pelbagai universiti Islam di dunia masih lagi belum dapat menandingi keunggulan negara bukan Islam dalam melahirkan siswazah yang memiliki kepakaran seiring dengan kelulusan yang dimiliki.
Tiada gunanya jika membina berpuluh-puluh pusat pengajian tinggi namun ‘hasilnya’ masih belum dapat menyaingi Barat. Kualiti lebih penting daripada kuantiti. Dalam skop ini penerapan ilmu di kalangan pelajarnya amat penting bagi merealisasikan hasrat sebuah negara Islam yang dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi atau lebih dari negara bukan Islam.
Tidak dinafikan bahawa perlbagai usaha telah dilakukan bagi memperbaiki taraf pendidikan di dunia Islam supaya ia mencapai kedudukan lebih baik dari sekarang. Dalam senarai terkini Times World University Ranking, universiti di negara Islam menduduki tangga paling bawah berbanding negara2 bukan Islam.
Pendidikan serta keadaan sains dan teknologi dalam negara2 Islam juga digambarkan sebagai muram dan tidak seaktif atau maju seperti negara bukan Islam. Ini membuktikan bahawa pengajian tinggi di dunia Islam ini terganggu oleh pelbagai halangan.
Rata2 mengatakan, penyakit yang menjadi asas kepada kejatuhan pendidikan negara2 Islam ini berada dalam diri Muslim itu sendiri dan bukannya datang dari luar.
“Oleh itu, adalah penting untuk kita semua menyedari bahawa pendidikan merupakan ubat yang paling mujarab untuk menangani krisis yang boleh menjatuhkan ummah,” Tambahnya, satu usaha bersepadu mestilah diambil oleh kepimpinan negara-negara Islam untuk menggerakkan sumber2 dan tenaga manusia dalam menyokong satu pembaharuan pendidikan dan pembangunan tanaga manusia yang bermakna.
Seorang Perunding Program Sheikh Saqr Untuk Kecemerlangan Kerajaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Naceur Jabnoun berkata, sesebuah universiti Islam itu akan berjaya jika amalan seperti kebebasan bersuara, perbincangan, meritokrasi dan transparensi dijadikan asas untuk menzahirkan impian bagi mengatasi pendidikan negara2 bukan Islam. Baginya, matlamat jangka panjang adalah penting berbanding matlamat jangka pendek kerana untuk melahirkan ahli2 akademik yang cekap dan mahir dalam sesuatu bidang, ia memerlukan masa.
“Perkara-perkara seperti kebebasan bersuara, kualiti, penghasilan ciptaan baru yang tidak meniru serta menaruh lebih kepercayaan daripada syak wasangka merupakan prinsip-prinsip yang perlu ada bagi melahirkan universiti yang cemerlang dalam bidang pendidikan.”
“Apa yang lebih penting ialah sikap takutkan Allah lebih daripada takutkan manusia. Jika ini wujud, universiti2 dalam negara2 Islam akan mampu melatih dan melahirkan fakulti yang berkelayakan serta menghasilkan kajian yang berkualiti yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Dengan cara ini juga ia akan dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan bukan hanya sekadar memiliki ijazah sahaja,” ujarnya.
Kesimpulannya, umat Islam yang diberi kelapangan oleh Allah, haruslah bersyukur dan sedar akan seruan bagi membantu agama Allah agar terus terbilang di mata dunia berteraskan panduan Al-Quran dan As sunnah selama-lamanya. Ingatlah bahawa kita sendiri yang akan menentukan arah tuju bangsa dan agama kita pada masa kana datang. Teringat aku dengan lagu bertajuk WARISAN yang selalu aku nyanyikan zaman persekolahan dulu. Terus terang bila aku dengar atau nyanyikan lagu ini sendiri, terasa sebak di dada pada diri aku. Harap lagu warisan ini dapat menjadi pembakar semangat korang agar terus maju kehadapan dan seterusnya menggenggam dunia. Insya-Allah.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Salam,wa nice entry dengar video klip diatas menitis air mata,kekayaan milik kita,milik umat islam ilmuan islam :(.thank q bro satu info yang berguna saling memperingati apa yang pernah kita miliki dan akan terus miliki,sampai akhir zaman :).
sama2 layan erk ayie…
postingan bagus kawan
terima kasih bro…
Kita kena lebih sedar =)
ya sudah semestinya
nice..budaya membaca harus diterapkan dalam melahirkan ilmuan yang berjaya
amalkan budaya membaca tak kira apa perkara sekalipun… di mana sahaja… internet, perpustakaan, majalah dll…tiada hadnya
Salam,
Begitulah hakikat dunia islam sekarang suram!…tamadum barat sudah mula menguasai dunia secara keseluruhan…pelan rancangan untuk melemahkan umat islam hampir berjaya…kini umat islam menagih tamadun dari barat.
Janji Allah itu benar…islam akan kembali menguasai dunia diakhir zaman..tetapi sempatkah kita untuk menikmatinya?
Mula dari sekarang didiklah anak-anak kita,saudara kita dan umat islam yang lain..supaya dapat merealisasikan janji Allah….amin.
generasi kita adalah penentu apa yang bakal berlaku masa akan datang… terima kasih man kuchai ringkasan yang amat padat…
Salam Bro.
Apa khabar?
Thanks di atas p`kongsian bagus & positif ni.
Ilmu yg baik, wajar d`kongsi b`sama2.
🙂
baik2 saja… beginilah hidup berblogger… konsi maklumat… seronok dan puas rasanya…
salam bro,
wah nampak gaya semakin mantap penulisan bro ni,huhu lagu warisan tu best,terinagt time kena ragging dengan komando Biro Tata Negara semasa belajar dulu.
Lagu tersebut banyak maksud tersurat dan tersirat,ada juga ditujukan untuk anak-anak
melayu.Pertama kali mendengar lagu ni,menitis juga airmata
lagu ni memang menjadi lagu pembakar semangat… ish tulis biasa2 je bro… tak mantap mana pun… lainlah kalau ni blog che’ det ke…. huhuhuhu
Ada ilmu mesti mau amal.
Zaman masa kini melahirkan ilmuan islam agak berkurangan.
Nasib baik ada rancangan Imam Muda kan? 😉
imam muda…aku suka betul program tu… tak nak dah layan mentor ke, Af ke… alpa aku jadinya..
i even could not understand your languae.Is it French?
malay language… if u wan to convert in english, look at below in a bar section and u will see translator box… thanks
Ya.. prihatin memang, ilmuwan2 Islam kalah pamor oleh ilmuwan2 sekuler, kita merindukan kmbali lahirnya ilmuwan2 Islam spt: Ibnu Siena, Alfarabi, AlKhawarizmi, dll.
ya sememangnya kita amat merindukan kelahiran ilmuan2 baru…
Kalau nak dunia kena ada ilmu, kalau nk akhirat kena ada ilmu. kalau nk dua2 pun kena ada ilimu. pokonya, hidup untuk mencari ilmu. kena terapkan dalam jiwa masyarakat islam bau kita kembali agung mcm dulu.
ayat Al- Quran mula2 turun ke dunia bererti: ” bacalah” jadi ilmu memang sangat2 di tuntut…
mendalam sungguh seni kata lagu ni..
terasa begitu bermotivasi utk study 🙂
org kata kalau ada perasaan dengar lagu bermakna ianya adalah satu petanda yang baik… Insya-Allah
brp pun kira ilmuwan apa… menyebarkan ilmu yang bermanfaat… 🙂
ilmu yang banyak memang diperlukan zaman ini.. lebih2 lagi ilmu yang baru…
best entri ni, sronok mmbaca, lgi2 layan video tu huhu
layan bro jagan tak layan… sori diden lama tak komen kat blog ko tu… pasal tak lepas2 nak komen…
ADuhh…nampak nya aku belum boleh di katakan warisan bangsa. Tak pernah dengar lagu tu pun…hahahha
ops… tak pe sekarang dah dengar dah… ni lagu masa zaman sekolah2 dulu…
thanks for info bro……..
u r welcome dan thanks juga kerana membacanya…
Kebanyakan orang Islam lebih menekan Ilmu Agama drpd Ilmu-ilmu teknologi dan Sains… itulah antara penyebab pendidikan Islam mundur. Sains dan teknologi di tinggalkan…
Malah apabila ilmu agama di bahaskan…. berpecah pulak umat kepada beberapa kumpulan……… cthnya isu esq haram skrg…. mcm mn lah umat Islam nak maju akibat tiada perpaduan dan gemar berdebat antara 1 sama lain atas sesuatu isu.
betul tu… berdebat tak salah… kalau ianya dapat meningkatkan prodaktiviti… jgn berdebat tapi tanpa apa2 pun… siap tumpah darah lagi… mudah2an jgnlah erk… thnaks bro dengan penerangan ni…
Ilmu sememang sangat penting , ramai dari kita mencari ilmu hanya sekadar untuk mendapat segulung sijil bukan untuk digunakan .
ertikata cuma untuk cari makan jek kan…
lagu ni megingatkan suri masa kena raging org2 tentera..masa tu teruk gak di cuci habis otak kami..huhu..sampi melelah air mata..huhu..
huhuhu… kadet tentera ke dulu… aku masa kadet tentera dulu memang stendet la ragging meragging, kalau jiwa manja, jgn masuk tentera ke polis.. huhuhuh
bukan ni pengalaman kena raging sesi suai kenal antara junior dg senior..dema pkai tentera skli…truk kami..
kmi junior suka2 di buli..makan tu ni..cari cacing ldlm tnah le tu ni..adeh…
mak aiii leh tahan gak tu… teringat aku zaman kadet tentera kena minum air stokin di buli dengan pegawai waran 25 melayu RAMD… tapi itulah disiplin…
hehe lagu warisan ni selalu nyanyi kalau ade kem motivasi je..lepas tu habis tak bersemngat balik..aduuh~
hahaha dulu masa aku zaman sekolah sama jer… balik kem semua hilang, seminggu paling tidak semangat tu ada…
tu biasalah hehehe…mola2 jdi bodak baik pastu jadi cetan pulak..hehee..dah mula berbalik pada posisi asal ngheeeee
huhuhuhu…betul2, apa pun posisi mesti kembali asal…
sungguh bermakna posting bro ni, sayang banyak umat islam masih mengharapkan bantuan bukan islam untuk maju
ekonomi eropah pun dah semakin lembab mungkin negara2 islam dah mula sedar akan perkara ini…