
Tugasan utama semua pengurus samada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan adalah menjanakan hasil yang maksima melalui peningkatan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Kebanyakan pengurus pertengahan atau penyelia berpendapat bahawa ianya merupakan tugas dan tanggungjawab kumpulan Pengurusan atasan sahaja.
- Fahaman sebegini adalah tidak benar kerana ianya merupakan tanggungjawab bersama bagi semua peringkat pengurusan.
- Pengurus melaksanakan tugasan hariannya dengan melibatkan orang lain, di dalam sesebuah organisasi. Tugas tugas ini meliputi membuat keputusan, mengagihkan sumber sumber dan mengarah pelaksanaan aktiviti aktiviti bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.
- Semua pengurus samada pengurus besar atau pengurus dalam bidang kerja yang khusus adalah terlibat dalam melaksanakan fungsi fungsi merancang, mengatur, mengarah dan mengawal. Fungsi fungsi ini kadangkala dilaksanakan tanpa disedari, khususnya di peringkat pengurusan bawahan kerana ianya dianggap sebagai tugas rutin harian mereka.

Carta Pengurusan Konsep Hajmar
Pengurusan secara umum merupakan pencapaian objektif melalui mereka yang lain manakala pentadbiran menumpukan kepada pelaksanaan kerja yang terperinci. Walaupun demikian, pengurusan kadangkala dikenali juga sebagai pentadbir, terutama dalam organisasi yang berbentuk perkhidmatan dan bukan yang bersifat keuntungan. Kepimpinan pula boleh ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi kumpulan pekerja untuk mencapai matlamat matlamat yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi.
2. Pengurus Sebagai Pemimpin
- Untuk membolehkan seseorang pengurus itu berjaya, beberapa sifat kepimpinan perlu ada pada diri individu itu. Ini termasuklah mempunyai cita cita, cerdik, yakin pada diri sendiri, keinginan untuk mengetahui, berpengetahuan mengenai kerja dan kreatif.
- Pengurus juga harus mempunyai daya motivasi yang tinggi dan fleksible, dan sifat peribadinya hendaklah boleh diterima oleh mereka yang dipimpin.
- Pengurus hendaklah merupakan seorang yang berwibawa, mampu membuat keputusan yang bijak dalam masa yang singkat, sanggup menghadapi risiko dan boleh dicontohi oleh staf yang lain dalam semua aspek samada peribadi atau cara kepimpinannya. Dengan itu, pengurus yang berjaya hendaklah juga mempuyai daya kempimpinan yang tinggi.
- Ramai berpendapat bahawa faktor penting dalam kejayaan kepimpinan ialah gaya seseorang itu memimpin. Keberkesanan kepimpinan adalah juga bergantung kepada hubungan di antara pemimpin dan yang dipimpin, struktur tugas dan kuasa yang ada pada pemimpin itu.
Terdapat tiga (3) kategori pengurus dalam sesebuah organisasi :
- Pengurus yang perlu dipimpin
- Pengurus yang tidak memimpin
- Pengurus yang memimpin
- Bagi kategori pertama di mana pengurus bukan sahaja tidak menjalankan tugas memimpin tetapi juga perlu dipimpin. Kebiasaan pengurus dalam kategori ini merupakan mereka yang baru memegang jawatan, dan dalam jangka masa terdekat akan berubah ke dalam kategori pengurus yang lain pula.
- Kadangkala ada juga pengurus yang tidak memimpin atau lemah dalam segi kepimpinan. Biasanya pengurus seperti ini tidak berjaya kerana tidak mampu memberi dorongan kepada pekerja pekerja bawahan dan tidak mengambil endah memotivasikan staf bawahan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti sesuatu pengeluaran atau perkhidmatan.
- Pengurus dalam kumpulan ini mempunyai sifat peribadi yang lemah dan tidak dihormati oleh pekerja pekerja yang lain. Ini boleh terjadi samada seseorang pengurus itu sememangnya bersifat lemah dan kurang daya kreativiti atau mereka kecewa kerana tidak mendapat sesuatu yang diharapkan.
Apa yang perlu ditekankan ialah bagi mencapai hasil yang maksima dan cemerlang, seorang pengurus itu hendaklah mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, mampu menunjukkan jalan, memberi dorongan dan mempunyai banyak idea- idea yang berkesan dan kreatif. Kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung rapat kepada bilangan pengurus yang tergolong dalam kategori ini.
Untuk melaksanakan tugas sebagai ketua dalam sesebuah organisasi, seseorang individu perlulah mempunyai kebolehan mengurus dan juga memimpin dengan cekap dan efektif.

Jendela Pengurusan Konsep MAR
Dalam jendela pengurusan MAR (lihat gambarajah atas), dapat juga dilihat bahawa seseorang itu boleh mengurus tetapi tidak boleh memimpin dan ianya dikelaskan sebagai ketua yang lemah. Begitu juga terdapat seseorang ketua yang ada bakat untuk memimpin tetapi dalam keadaan sebenarnya dia tidak mengurus dan ianya boleh dikategorikan sebagai seorang pekerja yang berbakat. Terdapat juga kadangkala seorang ketua yang tidak mengurus dan tidak memimpin, dan dengan itu ianya layak menjadi pekerja biasa sahaja.
Perkara ini boleh terjadi kerana pelantikannya sebagai ketua tidak didedahkan kepada aspek-aspek pengurusan atau beliau merupakan seorang ketua yang kecewa kerana sesuatu sebab dan tidak lagi mahu mengurus serta memimpin staf bawahan.

penting ni..
walaupun x berapa paham..
either mkn gaji or kerja sendiri..
management skill memang sgt perlu..
even dlm rumah tagga sekalipun..
hehe
.-= botak´s last blog ..stay health by taking your breakfast! =-.
betul2 setuju tu… lebih2 lagi seorang lelaki…
hehe kalau perempuan x perlu pun x pe..
diorang akn ikut kita je..
🙂
huhuhuhu… tapi kekadang ader yang gila kuasa… bukan semua la, laki pulak yang kena ikut… cam no lak tu?
dia boleh gila kita pun boleh gila ape..kitaboleh bukak banyak cawangan dia x boleh..hehe sbb kita akal ade 9 diorang ade 1 je
huhuhuhu… kalau termampu jek bro… dah ada cawangan ke?
harap-harap tak lah dalam yang kena pimpin atau tidak memimpin tu..huhu 😀
.-= etomyam´s last blog ..Review Bulan Mei: 15 Blogger Paling Popular =-.
lone ranger.. memang best… tak yah penin2 paler huhuhuhu
dulu time keja jd org bawahan, kna ikut arahan atasan. skrg keja jd org atasan, kena pimpin org bawahan. mmg agak mncabar 😀
memang jadi pemimpin memang mencabar, mesti ada yang tak suka walaupun jadi seorang pemimpin yang baik… nazra tak la kot…
wah..nambah pengetahuan lg neh…thx bro
u r welcome… terima kasih ya kerana sudi membaca…
teringat masa zaman belajar management ni kat kolej
malas tul nak mengingat hehe
.-= Syafrizal´s last blog ..Tesco disaman RM1.6 juta kerana jual ayam tak halal =-.
betul2 berat jek kepala nak mengingatnya…
Memimpin dan dipimpin adalah kemahiran yang perlu ada bagi setiap pekerja.
Aku pun tgh bersiap sedia dr segi mental & fizikal dalam kepimpinan kerana buat pertama kali akan ditugaskan untuk memimpin dalam sedikit masa lagi…
Layakkah aku menjadi pemimpin??? hohoho…
Hanya aku yg boleh menjawabnya 😛
jangan lupa orang yang di bawah bro… gud luck… aku rasa tak derk masalah tu….
jadi pemipmpin kenalah baik dgn anak buah di bwh kitakan..klu dak pasti akan ramai pekerja bawahan kita akan mrsa kurang selesa dgn kita..
tak kira dimana tempat kita di tempatkan yang penting suasa kerja haruslah ceria sllu..
yang paling tak senang duduk… adalah si tukang ampu… waduh
sakit hati terutama bila orang bawahan kurang ajar.. kita dah letih manage dari atas, hormat la keputusan.. nak memberontak je keje
.-= Frantz-Senpai´s last blog ..Quran-Flash =-.
huhuuhu… kekadang itu adalah sifatnya… elok atau tidak apa yang kita bawa pasti tak ada yang baik baginya… pengurus harus cari jln penyelesaian bagi org macam ni, samada bagi kata dua teruskan ataupun berhenti… namun org macam ni ada kebaikannya… dia boleh nampak apa yang tak kena dalam sistem pengurusan kita… jadi aku rasa boleh menambah baik sistem pengurusan secara tidak lansung… sekadar pendapat
ad byk bnda yg kta plu tau utk jdi pminpin, dan ini adlah info trbaek utk bakal pmimpin 🙂
.-= diden´s last blog ..Nexodyne E-Mail Icon Generator : Menjanakan emel melalui gambar =-.
huhuhu… jgn up aku lebih2 diden kembang setaman lak aku nanti…. hahahaha gurau2 jer..
Memang menarik bab leadership ini. ‘Leader are born to families of leaders and they are not made.’
Leadership adalah satu proses yang tidak ada putusnya, ianya sentiasa berpanjangan bermula dari bawah hinggalah keperingkat yang lebih tinggi. Sesungguhnya seorang pengurus perlu mengetahui 2 perkara iaitu: Management(pengurusan)dan Leadership. Leader sahaja tidak cukup jika tidak ada shipnya…
Sering kita melihat, ramai pengurus yang tahu tentang aspek pengurusan namun kita juga memerlukan seorang ketua/pengurus sebagai pemimpin yang tahu bagaimana mengurus kepimpinan sesebuah organisasi.
1. Jika dia manager TAHU management = dia must be good manager.
2. Jika dia manager TAHU management + leadership = a good manager + leader, jadi mungkinkah ini yg dicari? Maknanya sesiapa boleh jadi manager without being a leader, namun dalam organisasi tertentu kita memerlukan pengurus yang tahu mengenai leaders.
.-= Muhd Suhaily´s last blog ..CASE STUDY – untuk apa beli CD kosong? =-.
wah terima kasih bro…. dapat ilmu baru aku hari ni…. yang penting kat mana sekalipun kedudukan kita jangan lepaskan tanggungjawab dan tidak putus asa.