merangka sistem rangkaian komputer-Topologi Cecincin

By | May 26, 2010

Sebelum ini aku ada berkongsi mengenai pengenalan sistem rangkaian komputer dan bagaimana untuk  merangka sebuah rangkaian komputer dengan kaedah yang pertama iaitu Topologi Bas (Bus Topology) dan hari ini,  mari kita merangka pula dengan satu lagi kaedah rangkaian komputer iaitu:

Topologi Cecincin (Ring Topology)

Dengan topologi cecincin, setiap elemen komputer di disambung bersiri dan dibentuk dalam bulatan. Sekali lihat, ia hampir sama dengan Topologi BAS. Tetapi kedua hujung kabel ditemukan untuk membentuk bulatan.

Cecincin Token (Token Ring) dan kabel appletalk menggunakan konsep cecincin.


Kebaikkan

  1. Mudah untuk memasangnya dan memerlukan kabel yang pendek sahaja
  2. Sistem rangkaian akan menjadi lebih besar
  3. Prestasi yang lebih baik sekiranya beban sistem rangkaian bertambah tinggi
  4. Sesuai digunakan sebagai tulang belakang (back bone) sistem rangkaian

Keburukkan

  1. Setiap penambahan akan menyebabkan sistem rangkaian terganggu kerana terputusnya hubungan di dalam cecincin (ring)
  2. Kepincangan berlaku apabila MAU (penyambung) mengalami kerosakan
  3. Prestasi kurang baik untuk sistem rangkaian yang kurang sibuk

… dan ada banyak lagi structure untuk merangka sistem rangkaian komputer dan aku akan sambung di episod yang seterusnya.

14 thoughts on “merangka sistem rangkaian komputer-Topologi Cecincin

    1. hazlan Post author

      ada yang guna cara ni dan ada yang guna topologi jenis lain bergantung jugak dengan si tokey yang meminta dan si engineer yang memasangnya…

      Reply
    1. hazlan Post author

      bersedia nak memasang ke… ok je rasanya… kalau ada masalah pun maybe leh solve pasal senang nak detect yang mana satu kang tu… biasanya tak ada masalah (hanya kemungkinan).

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku bab nak menghafal ni lah yang paling lemah sekali…

      Reply
      1. suri

        nak hafal memerlukan daya ingatan yang kuatkan..sllu amlkan krismis msa study dulu.hehee

        Reply
        1. hazlan Post author

          wah petua menarik memang kismis dapat melancarkan darah didalam otak. Tak silap kalau makan kismis kena angka ganjil.. Allah hu Alam…

          Reply
    1. hazlan Post author

      sistem network dengan sistem network komputer tu lebih kurang sama je… cuma sistem network lebih meluas… bukan pada komputer sahaja…

      Reply
    1. hazlan Post author

      ring biasa digunakan untuk kawasan2 kecil je… memang mudah

      Reply
  1. admercu

    Topologi ring tu.kalau pc no.2 ada masalah.jadi
    pc no.3 pun tak dapat internet.lebih baik pilih
    topologi bas.salah satu rosak yang lain dapat
    main internet lagi.betul tak.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2 tu… rosak yang biasanya kena jangkitan virus… tapi bukan semestinya pc… boleh jadi sambungan hanya 2 atau 3 pc lelain printer…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *