Selamat menyambut Hari Pekerja

By | May 1, 2010

Dari sudut sejarahnya, Hari Pekerja yang dahulunya dikenali sebagai Hari Buruh adalah satu hari bagi mengingati pencapaian sosial dan ekonomi hasil perjuangan para pekerja.

Sejak awal kurun ke-19, perubahan daripada sektor pertanian kepada perindustrian telah menarik jutaan warga desa berhijrah ke bandar. Perkembangan ini mewujudkan budaya baru dari segi masa, gaji, dan etika kerja. Bagaimanapun, kebanyakan pekerja mendapati mereka terperangkap dengan terpaksa bekerja lebih masa, dibayar gaji yang rendah di samping bekerja dalam suasana yang teruk. Masa bekerja biasanya antara 10 hingga 16 jam sehari dengan cuti hanya sehari seminggu.

Pada tahun 1810, pergerakan pekerja menuntut suasana kerja yang lebih berperi kemanusiaan. Slogan ‘8 jam kerja, 8 jam rekreasi, 8 jam rehat’ mula dipopularkan. Perjuangan ini bagaimanapun bkan mudah. Di Australia, pekerja pembinaan melancarkan mogok selama dua minggu, di Kanada, 10,000 penduduknya berarak dalam demonstrasi jalanan, manakala di Amerika, lapan orang dihukum mati kerana terlibat dalam rapat raksasa yang menimbulkan kekecohan. Pada 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh mendesak lapan jam waktu berkerja di Amerika Syarikat. Desakan ini akhirnya berjaya dan mula dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886.

Bersempena peristiwa tersebut, majoriti negara di seluruh dunia bersetuju menjadikan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Antarabangsa. Selamat Menyambut Hari Pekerja Untuk Semua.

6 thoughts on “Selamat menyambut Hari Pekerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *