sejarah Adobe Photoshop

By | April 7, 2010

Pada akhir 1980-an, Thomas Knoll dan John Knoll mengembangkan sebuah pempropgraman perisian grafik yang dipanggil program- pixel imaging – buat pertama kali, kemudian Image Pro, dan akhirnya Photoshop. Mereka membuat suatu persembahan diterima dengan baik kepada Russell Brown di Syarikat Adobe dan kemudian Adobe Photoshop dilesenkan pada tahun 1988. Bermulalah perkembangan suatu sejarah yang dikenali sebagai Adobe Photoshop.

Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. “Photoshop” bermaksud “kedai foto” dalam Bahasa Inggeris. Perisian ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2, Photoshop CS3, Photoshop CS4 dan versi terbaru yang akan dilancarkan April 2010 ini adalah Photoshop CS5.

Photoshop boleh digunakan pada Microsoft Windows, Mac OS X, dan Mac OS; versi 9 ke atas juga dapat digunakan oleh sistem operasi lain seperti Linux dengan bantuan perisian tertentu seperti CrossOver.

Ciri-ciri:

Walaupun pada awalnya Photoshop dirancang untuk menyunting gambar untuk cetakan berasaskan kertas, Photoshop yang wujud kini juga dapat digunakan untuk menghasilkan gambar bagi Jaringan Sejagat. Beberapa versi terakhir juga menyertakan sekali aplikasi tambahan, Adobe ImageReady, untuk keperluan tersebut.

Photoshop juga berkait rapat dengan beberapa perisian penyunting media, animasi, dan authoring buatan – Adobe lainnya. File format asli Photoshop, .PSD, dapat dieksport ke/dari Adobe ImageReady. Adobe Illustrator, Adobe Premiere Pro, After Effects dan Adobe Encore DVD untuk membuat DVD profesional, menyediakan penyuntingan gambar tidak linear dan layanan kesan khas seperti latar belakang, tekstur, dan lain-lain untuk keperluan televisyen, filem, dan laman web. Sebagai contoh, Photoshop CS dapat digunakan untuk membuat menu dan butang DVD.

Photoshop dapat menerima penggunaan beberapa model warna:

  • Model warna RGB
  • Model warna Lab color model
  • Model warna CMYK
  • Grayscale
  • Bitmap
  • Duotone

1. 1990 Adobe Photoshop 1.0 :

Ini adalah produk terawal dan pertama yang memperkenalkan Adobe Photoshop. Perisian baru ini meliputi
Pilihan:

  • Pembetulan warna dengan Balance, Hue, dan Saturasi
  • Paparan gambar dioptimasikan untuk proses pengeluaran
  • Curves
  • Levels
  • Alatan Clone

2. 1991 Adobe Photoshop 2.0:

Versi kedua Photoshop sudah mula menggunakan sokongan untuk warna CMYK, Duotones, alat Pen
dan menyokong fail untuk rastezing Adobe Illustrator.Versi ini juga adalah permulaan untuk system pengoperasian MAC.

3. 1993 Adobe Photoshop 2.5 :

Ini merupakan perisian upgrading ke versi 2 dan dimasukkan beberapa palet juga memberikan sokongan untuk fail 16bit.Termasuk tambahan sokongan system pengoperasian untuk IRIX dan Solaris.

4. 1994  Adobe Photoshop 3 dengan Ciri-ciri Baru:

Versi ini adalah permulaan bercirikan beberapa lapisan di Photoshop. Lapisan ini adalah salah satu tambahan besar untuk Photoshop bahawa benar-benar mengubah cara gerak kerja di dalam Photoshop itu sendiri dan memberi pengguna lebih banyak kekuatan untuk bekerja dengan beberapa lapisan gambar daripada hanya satu lapisan sahaja.Versi ini juga menyokong plattes tab yang membantu pengguna untuk menjimatkan ruangan lebih banyak dan lebih baik untuk menetapkan ruangan kerja Photoshop.

5. 1996 – Adobe Photoshop 4:

Photoshop 4 ditambah dengan ciri2 baru seperti membantu Penyesuaian Layers dan Actions. Dan berkenaan antara muka Photoshop, versi ini dimasukkan ciri2 Toolbar baru bagi mendapatkan lebih lagi antara muka Adobe yang boleh dipadankan dengan produk2 Adobe yang lain.

6. 1998 – Adobe Photoshop 5:

Versi 5 datang dengan dua perubahan utama, teks boleh diedit dan membatalkan beberapa kemampuan yang sebelumnya, dua ciri jugamengalami perubahan sangat besar yang mempengaruhi kerja di Photoshop. Selain ciri-ciri ini Photoshop 5 disajikan kepada pengguna dengan Warna aluran gerak kerja berasaskan Konsortium Warna Antarabangsa (ICC) dan Magnetik Lasso tool.

7. 2000 – Adobe Photoshop 6:

Versi ini memperkenalkan kepada pengguna dengan Layer Styles dan dialog Blending Option, yang membantu untuk membuat banyak kesan dengan mudah dan cepat. Selain ciri ini, Photoshop 6 mempunyi ciri-ciri berikut:

  • Bentuk vektor
  • Memperbaharui antara muka pengguna
  • Penapis Liquify

8. 2002 – Adobe Photoshop 7:

Photoshop 7 dikemaskinikan seperti berikut:

  • Healing Brush
  • Pembentukan teks penuh vektor
  • Mesin untuk lukisan diperbaharui
  • Pelayar carian untuk fail Photoshop

9. 2003 – Adobe Photoshop CS:

Ini adalah versi pertama yang dibundel oleh Adobe dengan produk2 Adobe yang lain dikenali sebagai Adobe Creative Suite (CS).
CS terbaru dikemaskinikan termasuk:

  • Arahan Shadow / Serlahan
  • Penggunaan persamaan arahan Warna
  • Penapis Lens Blur
  • Realtime Histogram
  • Perkakasan Slice.
  • Kumpulan hirarki Layer

10. 2005 – Adobe Photoshop CS2:

Adobe Photoshop CS dan CS2 telah mengambil Photophoto untuk trend terbaru dan berkemampuan, bertujuan untuk membantu pengguna untuk bekerja dengan lebih baik bersama kandungan2 di Photoshop seperti bekerja dengan Smart Objects, red eyes perkakasan yang hilang, Point … dll
Photoshop CS2 juga dikemaskinikan dengan ciri2 lain:

  • Mempunyai sambungan ke Adobe Bridge 1.0
  • Image Warp
  • Spot Healing Brush
  • Pembetulan Lensa penapis
  • Smart sharpen
  • Smart Guides
  • Sokongan HDR imaging

11. 2007 – Adobe Photoshop CS3

Photoshop CS3 memulakan era dan langkah baru.Dengan sokongan Photoshop 3D dan animasi. Kedua-dua ciri
adalah lembaran baru untuk membuka trend terkini di Photoshop. Pengguna Photoshop kini boleh membuat dan bekerja dengan
kandungan 3D dan membuat animasi secara terus di Photoshop.
Versi CS3 mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Integrasi dari MATLAB
  • Pengukuran dan alat-alatan mengira
  • Menyokong format DICOM
  • Movie Paint
  • Vanishing Point dengan sokongan 3D
  • Pemprosesan gambar yang stack

12. 2008 – Adobe Photoshop CS4:

Ini adalah versi sekarang Photoshop dan merangkumi dengan ciri2 tambahan berikut :

  • Penerobos mengedit imej 3D dan composite
  • Gerakan grafik Enhanced
  • Volume rendering
  • Kemudahan pengumpulan data dan analisis

Adobe Photoshop telah dikembangkan selama bertahun-tahun dan dengan setiap update, ada cabaran2 dan kemampuan baru.Pintu sebuah Kemampuan wujudnya penambahan untuk ciri baru dan tambahan baru terus terbuka lebar dan luas. Ini juga adalah sebabnya mengapa jumlah alatan sentiasa berubah dan bertambah didalam photoshop, ini kerana hanya untuk sebahagian besar pengguna.

Namun kini Adobe Photoshop sudah berusia 20 tahun. Walaupun bagi seorang pelajar ataupun pengguna yang tidak mampu milik untuk menggunakannya sebab harganya agak mahal namun ia adalah sebuah perisian grafik yang amat2 diperlukan. Terutamanya pengguna2 yang berkebolehan mereka cipta sesuatu terutamanya bidang2 grafik.

Untuk alternatif lain namun ada perisian percuma dari sumber terbuka dan setanding hebatnya seperti adobe ini. contohnya: GIMP, Irfan View, Paint.net dan banyak lagi.

Sambutan 20 Tahun Adobe Photoshop

Sumber dari: http://tv.adobe.com

24 thoughts on “sejarah Adobe Photoshop

  1. aktechpage.com

    Akhirnya dapat jugak aku jadik 1st comment…hehehe

    Aku mula kenali Adobe Photoshop pada tahun 2002 iaitu versi 6.0 semasa masih belajar di Universiti dulu, beli tu 1 buku inggeris berharga RM45 x silap aku semata2 nak belajar…Kemudia belajar ckit2 dekat sifoo.com

    Alhamdulillah, skrg ni boleh lah ckit2 edit gambar lawa2 untuk diri sendiri dan juga projek2 web. Masa dulu mmg selalu edit2 gambar lps tu tunjuk kt kawan..bangga beb…skrg ni xde daa…2/3 tahun kebelakangan ni kureng dah design2 pkai Photoshop..

    tetapi mmg berbaloi kalo tahu sedikit menggunakan tools2 di Photoshop, menyenangkan kerja kita dalam edit2 gambar ni. Skrg guna Photoshop 7.0 je…

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… tahniah2 dapat first komen…. kalau nak ikutkan tengok gak keadaan pc ke notebook ni… kalau versi lama photoshop pun kena versi lama… janji leh edit mengedit… huhuhu.. la ni aku pakai CS4 lesen company punyer belasah jek….kalau tak bila nak dapat pakai huhuhuhu.. bro guna apa nak wat editing sekarang ni?

      Reply
        1. hazlan Post author

          tu la tu kalau kat opis… memang kena ada lesen… kalau tak panas buntut bos… huhuhu

          Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu tu la tu… seronok gak melayan adobe photoshop ni… tapi CS4 complicated sikit… macamanalah CS5 lak nanti tu ye?

      Reply
    1. hazlan Post author

      aku rasa memang betul tu mesti ada yang terbaik… cumanya mungkin akan lebih besar nak isi kat pc dan notebook sendiri… ram 4G aku CS4 pun dah agak berat dan ni almaklum size nak save dah sebesar banner tepi2 jalan… lagi besar saiz, memory kurang katanya (error)… waduh…

      Reply
  2. TerrickCEF

    dengar cite adobe cs5 nak kuar dah :D tak saba tunggu
    tapi bila version baru2 mesti dia punya layout tuka tu buat aku pening tuh…
    .-= TerrickCEF´s last blog ..Portography =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu yang bos aku pun dok penin lalat ni… nak beli katanya tapi harga… tengah dok kira2 la tu aku senyum jek… larat ke tak lat-top aku ni tak tau laaa…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tak po pelan2 zik… ado rezeki lebih tu kang…amin…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… GIMP pun setanding ala ADOBE PHOTOSHOP… perisian terbuka tak perlu lesen… yang terbaru CS5 dah pun dikeluarkan…. kalau nak tau guna kena pelan2 kayuh… banyak tutorial kat google (searching je)… sekadar pendapat

      Reply
  3. wanwma

    saya mula mengenali adobe semasa menggunakan perisian ini versi 6.0. Masa tu kalau besarkan gambar terus hancur gambar tu..huhuhu..lepas keluar adobe 7.0 barulah best skit..

    tahniah utk info berguna ni, saya amat menyukainya!
    .-= wanwma´s last blog ..Cara Memutuskan Hubungan Cinta =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku start versi 5.0 dulu siap beli buku dia.. pastu terus ngan adobe jek sampai sekarang… nak try aa versi penuh CS5 lak… ish boss ni lambat lak beli… huhuhuh

      Reply
  4. akushazwa

    da lma nk blaja gna phtoshop tpi xde ksempatan..then msuk study n ad plak dlm sylbus ttng seni dgital n ad plak kngkwan yg pndai mngedit gna photshp so dpat la blajar dari diorang cket2….Alhamdulillah skrg da pandai la dri x tau ap2 dulu pakai CS3..mula2 mmg rasa ssah but lme2 bila da slulu gune ase 1 kpuasan n sngt2 best…

    Reply
    1. hazlan Post author

      dah biasa layan photoshop memang menyeronokkan… pas tu layan illustrator pulak rasailah kepuasannya… baru pelan2 ke indesign dan lain2… semoga jadi pro.. amin

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge