
1. Jadi Proaktif
- Fokus kapada menerima tanggungjawab dan menganjak paradigma
2. Mula Dengan
- Mengingati Matlamat. Membawa kepada penyatuan kumpulan dan organisasi ke arah satu visi.
3. Utamakan Perkara
- Penting Dahulu. Mengutamakan perkara yang penting dahulu.
4. Fikirkan Menang–Menang
- Membantu dalam menambahkan keuntungan kedua-dua pihak dengan pemikiran “Mentaliti Kelebihan”.
5. Usaha Memahami Dahulu,
- Kemudian Untuk Difahami Membantu dalam memahami masalah dan mengukuhkan komunikasi ke arah penyelesaian masalah.
6. Bersinergi
- Menghasilkan pilihan yang lebih berkesan
7. Menajamkan Gergaji
- Membantu supaya sentiasa mengekalkan keberkesanan dan hidup sempurna dari segi fizikal,mental, emosi dan rohani.
Faedah
- Perubahan organisasi yang sebenar bermula dari dalam iaitu dari dalam diri setiap individu yang berada di dalam organisasi.
- Membantu organisasi membina asas kukuh bagi pekerja yang amat berkesan agar organisasi dapat melangkah maju mencapai objektifnya. Keberkesanan adalah mengenai melaksanakan prinsip yang mampu bertahan serta mengubah tingkah laku, dan melalui tingkah laku yang bertambah baik, dapat mencapai keputusan yang diharapkan.
- Membantu pekerja anda mengubah asas pendekatan mereka terhadap kerja, perhubungan, maupun masalah serta peluang dengan membuang tingkah laku serta kecenderungan tidak berkesan yang lazim, lantas mencipta kepercayaan yang tinggi serta membentuk hubungan saling bergantungan yang utuh.
- Membantu pekerja akan memberikan kesan yang positif terhadap kejayaan serta daya saing organisasi.
- Mencipta perubahan positif sepanjang hayat—melihat, berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza untuk memperolehi hasil yang lebih baik.
- Meningkatkan tahap kepercayaan dan kerjasama berpasukan serta mempengaruhi individu bagi meningkatkan tahap kejayaan.
- Menyatupadukan pasukan dan organisasi di bawah satu visi, misi serta tujuan yang sama.
- Membantu pekerja memahami masalah dan menganggapnya sebagai peluang, yang akan mencetuskan penyelesaian yang diharapkan.
- Menggalakkan komunikasi lebih baik yang membawa kepada kejayaan dalam menyelesaikan masalah.
- Mendorong peleraian konflik dan membantu individu mendapatkan faedah bersama, lantas meningkatkan momentum kumpulan.
- Menggalakkan penambahbaikan berterusan, serta melindungi dari kelesuan yang menyebabkan tiadanya produktiviti.
- Mewujudkan persekitaran kerja yang lebih memuaskan serta meningkatkan produktiviti dan kesetiaan pelanggan.

bagus tips pembangunan diri ni, aku suka bab win-win situation tu, tak de lah kes satu pihak kena aniaya. menajamkan gergaji tu pun bunyi macam menarik jugak tu 😀 , terima kasih artikel yg baik
.-= etomyam´s last blog ..Terkini: Sah Pelawak Din Beramboi meninggal Dunia =-.
ya betul tu bro, win-win situation ni amat2 diperlukan lebih2 lagi situasi zaman sekarang… sama2, aku hanya berkongsi maklumat dan pendapat kat sesiapa saje…
Bersama kita meningkatkan tahap prestasi diri kita =)
.-= blinkky´s last blog ..How To Open .001 Files? =-.
ya mari kita sama2…
Adakah ini 7 habit yang ditulis oleh Stephen R. Covey yang ditulis dalam buku popularnya iaitu The 7 Habits og Highly Effective People??
X pernah baca buku ni, tp bekas ex-boss kt tmpt keje dulu selalu mention pasal 7 habits ini…
.-= aktechpage.com´s last blog ..Aktechpage.com Kembali Pulih Online =-.
ya betul tu.. tapi aku gubah la sikit pasal ayat dia bukan main panjang lebar… ada keluaran dalam bahasa melayu… aku beli yang first edition baru keluar masa tu (dalam BM)… agak sukar sikit pada mulanya.. tapi memang fun…
tp kdg2, bila kita bercakap, cam sng je..tp bila nk aplikasikannya, ssh sgt..hukhuk
ya… betul jugak tu… sebab tu aku suka membaca dan mendengar pasal psikologi dan yang seangkatan dengannya agar sentiasa tertanam dalam minda aku. Aku cuba untuk realisasikannya… tapi manusia tetap manusia… kekadang memang hilang lansung… termasuk jugak aku ni… huhuhuhu
pergh, terbaikla.. sy suka! huu.. sekarang sdg pkir mcm mna nk laksanankan dgn lbih produktif hehe
diden lakukan bermula dengan sekarang…. gud luck
salam wa tips yang bagus akan ayie gunakan dimasa mendatang,tapi bro mancai masih ada segelintir manusia x sedar or buat-buat x sedar akan dasar tingkahlaku di dalam sesebuah organisasi seprti bro mancai kongsikan.. ayie amat sedih 🙁
huhuhu biasala ayie… manusia ni memang pelbagai kerenah… kadang2 sesuatu yang tak pernah kita terpikir pun….
menajamkan gergaji tu pestime dgr..ap yg dsenaraikn kt ats ni mmg berkesan sekiranya diamalkn dgn cara yg btol…
.-= azizan4444´s last blog ..Trend Percakapan Masa Kini Versi Cerdik Pandai =-.
tul tu azizan… aku hanya mampu berkongsi… cara yang bagaimana tu terpulanglah pada diri sendiri…
Mantap bro…Win2 situation….kira dua2 dapat benefit la kan… 🙂
.-= zik´s last blog ..Yang pergi takkan kembali. =-.
ya betul… tu zik…
Bagus nih…ada yang dapat membantu manaikkan personaliti diri.
farez… menjurus kearah menaikkan personaliti diri aku rasa betul2 amat perlu… pasal kekadang kita tak ambik kisah pun… sedangkan kalau nak temuduga pun kita agak tak confident…
Salam..blogwalking..jumpa lak blog/web ni,
nak tanya ni blog ke website?
kalau blog mcm mane buat URL??
http://thecolour98.blogspot.com
.-= Hadi´s last blog ..Quote#1 =-.
salam kembali hadi, kalau ikutkan blog juga website… nama asal dia web blog (website blog) so diringkaskan jadi blog je.. agar kurang kekeliruan… so aku punya ni menjurus kepada blog sahaja… ooo nak buat url yang macamana tu? nak buat dot com sendiri ye? maaf Hadi, aku agak kurang faham soalan ni?
maksudnya..mcm mana nak buat url dot com
contoh nya..
mcm hazlan punye?
.-= Hadi´s last blog ..Quote#1 =-.
oooo…. ada beberapa cara… nak direct domain [kena beli], transfer terus ke blogspot pun boleh… nak guna hosting dan domain baru (biasa guna wordpress [dot org].. boleh rujuk dekat sini:1. pertukaran domain kat blogspot (memang lengkap):http://www.seniaku.com/2010/03/tutorial-terdetail-membeli-domain-yang.html, 2.memilih pakej hosting untuk wordpress: http://www.cakapbanyak.com/blog/2009/12/wordpress-web-hosting-package-memilih-package-untuk-wordpress/, 3. memindah entry blogspot ke wordpress: http://www.murkiester.com/Blog/2010/03/wordpress-tutorial-1-memindahkan-entry-lama-ke-domain-baru, untuk hosting + domain biasanya orang memilih panggunaan cpanel kerana boleh direct setup dari situ tak sampai pun 5 minit… jika dah beli akan ada setiap langkah ditunjukkan oleh hosting provider… harap dapat membantu
bagus artikel ni..saya rasa blog ini sangat baik dan sangat serasi dengan blog motivasi dan pembangunan diri saya, saya letak link blog ini dalam blog saya ya! Tahniah kerana menghasilkan blog yg ilmiah!
.-= wanwma´s last blog ..6 Minggu, 6 Bulan dan 6 Tahun Selepas Kahwin… =-.
terima kasih wanwma… blog ni biasa2 saja… cuma hobi hidup seharian dan cuba nak kongsikan…
wahh motivasi yang bagus ni bro,baca ni leh gak hilangkan tension masa bekerja
.-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.
huhuhu… nota untuk aku seharian gak ni… ada gak kekadang time dah tak terdaya kepala otak aku ni nak wat keje… aku baca balik… huhuhu…
apa yang penting?kerjasama..
mulakan sesuatu dengan senyuman
.-= Wan Perlis´s last blog ..Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging =-.
ya betul tu… ayat pendek tapi bermakna… banyak tang tersirat…